Jihyo POV
"Hyo..bangun..sekolah dah habis. Kita balik sambung rest kat rumah"
Terdengar suara Sehun berbisik. Mata ku buka perlahan. Sehun tersenyum manis me arah ku.
"Errgghh..dah lama ke habis sekolah ?" Tanyaku dengan suara yang sedikit serak.
"Baru je"
Aku menutup mataku kembali.
"Hey bangunlah"
"Fine" kata ku lalu bangkit. Kunci kereta aku beri kepada Sehun.
"Nak pergi toilet kejap"
"Ok. Cepat sikit"
Aku berjalan ke arah tandas. Mamai lagi ni. Nak cuci muka.
Sampai sahaja di tandas aku terus ke sinki. Air ku hidupkan lalu muka ku cuci.
"Sukalah kau" kata seseorang dari belakang. Aku mengangkat kepala dan terlihat pantulan Hani di cermin.
Perempuan ni lagi.
"Kau jangan ingat aku akan berdiam diri. Aku akan buat apa saja untuk kemahuan aku" katanya lagi.
Aku menghiraukannya. Aku mengelap wajah ku menggunakan tisu. Setelah itu aku berlalu pergi.
Aku masuk ke dalam kereta. Fikiran ku melayang jauh.
"Awak ok ?"
"Jihyo ?"
"Sayang !"
Aku tersentak. Aku melihat ke arah Sehun
"Kenapa ? Sampai tak dengar saya panggil" katanya
"Tak ada apa-apalah"
"Betul ni ?" Tanya Sehun lagi untuk kepastian.
Sebelah tangannya ku capai. "Jangan risaulah. Awak suka sangat risau"
"Kalau pasal awak saya sentiasa risau"
"Ok. Jomlah balik"
SKIP
Sehun POV
Sampai sahaja di rumah aku terus naik ke bilik dan membersihkan diri. Selesai bersiap aku pergi ke bilik Jihyo
Tok tok !
"Masuk !"
Laung Jihyo dari dalam bilik. Pintu biliknya ku buka. Aku melangkah masuk. Kepala ku gelengkan.
"Saya dah pesan jangan tidur selagi tak makan"
"Orang tak tidurlah" protesnya. Aku duduk di sebelahnya di atas katil.
"Kalau awak dah baring kat atas tilam ni confirm awak tidur. Bangun cepat. Turun makan kat bawah"
Dia tersengih.
"Makan petang nanti tak boleh ?" Tanya Jihyo.
"Mmm...tak boleh"
"Alaaa..."
"Haih..takkanlah dah mandi pun masih mengantuk"
"Penat"
Ada je dia menjawab.
"Cepatlah" kata ku.
Jihyo menghiraukan dan menutup mata. Buat geram je dia ni.
Aku menundukkan kepala lalu mengucup bibirnya sekilas. Dia tersenyum.
"Bangunlah.."
Tak ada respon langsung.
Aku mengucup bibirnya lagi. Kali ini agak lama. Dia tertawa kecil. Aku lepaskan bibirnya sambil tersenyum. Wajahnya ku usap lembut.
YOU ARE READING
Different Yeoja
FanfictionJihyo seorang yeoja yang selalu dibuli sejak pertama kali menjejakkan kaki di S Highschool."Nerd,miskin,tak sedar diri" cacian untuk Jihyo "Jangan biar orang buli kau Jihyo.Kau patut bagitahu siapa kau yang sebenar.Mungkin dengan cara tu dorang akan...