Hey dear readers ! Hari ni dapat update sebab curi masa sikit. Hehe. So enjoy this chap !
🔸🔸🔸🔸🔸🔸
-No one POV-
Sudah satu jam berlalu namun Jihyo masih juga tidak sedarkan diri. Kawan-kawannya telah pulang ke rumah. Mereka hanya menanti berita dari Sehun tentang Jihyo.
Sehun duduk bersandar di atas katil sebelah Jihyo. Dahinya berkerut memerhatikan wajah Jihyo. Keluhan kecil dilepaskannya.
'Berapa banyak benda lagi yang you sembunyi Jihyo ? I nak tahu. I cuba untuk faham. I nak dengar sendiri dari mulut you' bisik hati Sehun.
Sehun membelai rambut Jihyo perlahan-lahan. Terasa pergerakan kecil dari Jihyo.
"Errghh...." Jihyo membuka matanya. Siling bilik menyapa pandangannya. Mata dikelipkan berkali-kali.
Dia melihat Sehun yang hanya mendiamkan diri di sebelahnya. Jihyo bangkit untuk duduk. Dia turut bersandar di kepala katil.
Suasana bilik itu senyap seketika sehinggalah Sehun mengeluarkan suaranya.
"I think I need an explaination"
"Nothing to explain" balas Jihyo.
-Sehun POV-
Nothing ?!
Dia tak tahu yang aku ni risau gila bila dia pengsan tadi. Dan dia cakap nothing to explain.
Aku cuba mengawal rasa marah ku. Aku tak nak dia stress sebab ni.
"Awak kena bagitahu Jihyo. Saya risau dekat awak tahu tak. Kalau boleh saya nak tanya maid je tadi tapi saya tahu dia takkan buka mulut sebab awak larang. So, sekarang awak yang kena share"
"Saya penat je. Mungkin sebab tu jatuh pengsan tadi." Kata Jihyo
Aku tak percaya.
Aku memandang matanya. Begitu juga dia.
"Oh penat. Awak harap saya percayakan tu lepas dengar tentang ubat awak tu ? Too bad sebab I tak percaya" balas ku sambil senyum sinis
"Awak marah" katanya lagi.
Of course !
Aku mengeluh.
"Siapa je yang tak marah ? You secretive sangat. You selalu sembunyi banyak benda dari I. I suruh you explain dengan I tapi you cakap nothing to explain ! I ni siapa ?! Apa fungsi I sebagai bf you ?!" Suara ku naik sedikit.
"I tak apa-apalah"
"See ? Macam nilah perangai you. Kadang-kadang I fikir yang I ni tak guna. Tak guna sebab tak tahu apa-apa pasal you" balas ku.
Aku ingin bangkit dari katil itu tetapi tangan ku ditahan Jihyo.
"Sorry"
Aku perlu penjelasan bukan kata maaf. Aku turun dari katil. Aku nak keluar untuk tenangkan fikiran. Belum sempat aku membuka pintu bilik untuk keluar, suaranya mematikan langkah ku.
"Saya betul-betul tak sakit. Cuma kurang tidur semalam. Tu yang sakit kepala sangat sampai boleh pengsan" ucapnya dengan suara lemah.
Aku menghadapnya semula.
"Saya pernah ada insomnia sebelum ni. Saya selalu susah tidur malam. Bila tidur saya tak cukup saya akan sakit kepala esok hari. Doktor yang bagi ubat tu untuk rawat insomnia saya. Tu pun ubat sisa je. Maid grandma tu je kecoh sangat. At first dia marah juga bila saya tak habiskan ubat tapi saya cakap kat maid tu yang saya dah ok" sambungnya lagi.
Aku mengeluh lagi..
"Saya minta maaf. Semua ni salah saya. Bukan tak nak bagitahu cuma tak nak membebankan. Nanti semua orang risau"
"Wait. Parents kita pun tak tahu yang awak ada insomnia sebelum ni ?" Tanya ku.
Dia mengangguk.
"Kenapalah awak macam ni ? Kalau tak nak parents kita tahu, sekurang-kurangnya bagitahu saya"
"Kan saya dah cakap sorry tadi. Saya tak nak awak risau"
"Kalau pasal awak saya tak kisah nak risau 24 jam"
"Sorry" dia mengucapkan kata maaf lagi. Kepalanya ditundukkan.
Aku berjalan naik ke katilnya semula. Aku memegang kedua pipinya. Dahinya aku kucup sekilas.
"Lain kali kalau ada apa-apa bagitahu je. Saya tak suka awak berahsia. Cerita je semua benda kat saya. Saya takkan bosan dengar. Ok ?"
"Saya tak susahkan awakkan ? Saya tak nak menyusahkan" balasnya.
Aku menggeleng. Dia menggenggam tangan ku. "Saya minta maaf" katanya lagi.
"Ya. Next time jangan buat lagi"
"Ok. Temankan saya kat sini boleh ?"
Aku mengangguk. Aku kembali duduk bersandar di kepala katil. Jihyo berbaring semula dan dia memeluk pinggang ku.
"Kenapa LE datang tadi ?" Tanya ku.
"Dia ada benda nak cakap kat saya. Dia suruh saya hati-hati."
Dahi ku berkerut. Hati-hati ?
"Kenapa ?" Tanya ku
"Entah. Mungkin Hani ada rancang benda nak kenakan saya"
"Dah lama kenal dia ?"
Jihyo menceritakan kesemuanya tentang LE. Awalnya aku terkejut juga. Patutlah aku tak pernah nampak LE campur tangan kalau Hani kacau Jihyo.
Jihyo memegang sebelah tangan ku sambil mulutnya bising bercerita.
"Saya rasa orang yang hantar text kat saya semalam tu Hani. Tapi saya nak tunggu berita dari Mark dulu. Tak nak main tuduh" katanya
Mata ku terbeliak.
"Hah ! Pasal tu juga. Kenapa tak cakap dengan saya ? Dengan Mark boleh pula" kata ku lagi.
"Oopss !"
Setakat tu je. Typo abaikan.
Votement😗😗
YOU ARE READING
Different Yeoja
FanfictionJihyo seorang yeoja yang selalu dibuli sejak pertama kali menjejakkan kaki di S Highschool."Nerd,miskin,tak sedar diri" cacian untuk Jihyo "Jangan biar orang buli kau Jihyo.Kau patut bagitahu siapa kau yang sebenar.Mungkin dengan cara tu dorang akan...