CHAPTER 24

3.2K 242 18
                                    

-Hani POV-

Aku tak kira. Yang aku tahu, hari ni aku mesti buat perhitungan dengan perempuan tu. Aku bencilah dengan dia.

Aku mencari si dia. Aku terjumpanya di kawasan kantin. Aku berjalan ke arahnya lalu kerusi yang digunakannya aku tendang dengan marah.

Dia terjatuh.

Bukk !

Dia merenung tajam ke arah ku. Nasib baiklah Sehun takde kat sini. Kalau tak mesti dia lagi tak suka dengan aku sebab buat perangai macam ni.

"Ehh tak guna. Kau dengar sini baik-baik apa yang aku nak cakap ni. JANGAN GANGGU SEHUN LAGI. Faham tak ?!"

"Kau siapa nak larang aku ?"

"Huh ! Aku rasa kau dah lama tahu pasal aku kan. Takkan tak ingat kau pernah jadi salah seorang mangsa kegemaran aku" aku senyum sinis

Kepalanya aku tunjal.

"Aku boleh buat kau lagi merana tahu tak ?! So jangan sesekali cabar aku Song Jihyo !" Kata ku lagi. Mata-mata yang memandang aku hiraukan.

"Kau datang sini buat kacau dengan aku, yang kau angin sangat ni apasal ?! Sepatutnya aku yang angin sebab tetamu tak diundang dan tak sedar diri macam kau ni tak layak nak sepak aku" balasnya

Tak guna.

-Jihyo POV-

Ikutkan hati nak je aku tampar muka perempuan ni. Dia siapa nak bagi warning kat aku.

Hell.

"Kenapalah kau tak tinggal je kat Australia tu ? Semak je sekolah balik kat sini. Kalau kau tak balik kat sini Sehun tu dah jadi milik aku. Bitch"

"Ohh. So, selama ni kau je yang tak tahu malu mengaku Sehun tu milik kau kan. Sadlife. Kalau akulah kan dah lama aku sumbat kepala aku kat lubang jamban. Hahhahaha ! Hebohkan satu sekolah cakap Sehun milik dia rupanya tak langsung" aku membalas dengan sinis

"Nampaknya aku ni penghalang untuk kau dapatkan Sehun. Betul tak ? Rasanya aku lagi cantik, baik, manis berbanding kau sebab tu Sehun tak pandang kau !" Tambah ku lagi

"Yah Song Jihyo ! Kau sedar tak kau tengah bercakap dengan siapa sekarang ni ?! Kau nak rasa hidup kat neraka aku ?! Kau nak aku buat kau macam waktu dulu ke ?!"

"Aku sedar aku tengah bercakap dengan sampah. Tahu tak ? SAMPAH !"

"Terserahlah kau nak cakap aku sampah. Sampah macam aku pun tak jual diri dekat pengetua"

Panas ni !

"Hah baguslah tu mengaku diri tu sampah. Sedar juga rupanya. Sampah tetap sampah. Dah kitar semula pun, tetap pernah jadi sampah"

Badan ku ditolaknya dengan kuat.

"Tak guna ! Kau takde hak nak cakap aku macam tu bitch !"

Kantin mula riuh.

Kerana amat marah, Hani membaling gelas minuman ku ke arah ku.

Auch !

Terkena tepat kat bibir aku. Aku pun mula naik angin dan membaling semula gelas itu tetapi dapat dielaknya. Dia jatuh terduduk akibat mengelak dari balingan ku

"SONG JIHYO !"

Aku tersentak.

Sehun merenung tajam ke arah ku.

"Kenapa baling Hani ?! Kalau kepala dia pecah kau nak ganti ke ? Kalau dia bleeding kat sini dia boleh mati tahu tak ?!"

Jantung ku berdegup pantas.

Different YeojaWhere stories live. Discover now