Cuti semester telah tiba . Menjadi adat bagi student untuk keluar bercuti bersama rakan rakan . Jarang , student sekarang keluar bercuti dengan keluarga . Kotlah .
Lokasi : Bilik AC 2
" apa plan cuti sem ni ? " tanya Mikhail yang baru keluar dari bilik air .
" ha ? Entahlah " Ammar menjawab soalan rakannya walaupun sibuk menumpukan perhatian pada skrin laptopnya .
" jom lah holiday . Aku malas lah nak balik rumah . Malas nak hadap muka Asyraf tu " rungut Mikhail .
Ammar hanya membalas dengan gelengan kepala sahaja . Tidak tahu mahu respon apa . Jari jemarinya laju menaip pada keyboard laptop Acer nya . Mikhail sesekali menoleh kebelakang melihat Ammar yang sedang asyik menaip tanpa henti . Susah untuk lihat dia berhenti menaip melainkan waktu solat , waktu makan dan waktu tidur . Itupun kalau ngantuk , kalau tidak dia tetap bersengkang mata mengahadap laptopnya .
" oi ! " sergah Mikhail lalu mencampakkan tuala berwarna merun miliknya ke arah Ammar .
Ammar menjeling . Kemudian menyambung semula ' aktiviti ' nya . Tuala milik Mikhail yang tersidai di bahu kanannya dicampakkan ke atas katil . Mikhail hanya berdiri kaku dihadapan cermin sambil melihat tindak balas Ammar .
Mikhail berjalan menghampiri Ammar dan berdiri di belakang kerusi tempat Ammar duduk . Matanya membulat melihat skrin laptop Ammar penuh dengan tulisan .
" kau buat novel ke do ?! " soal Mikhail , kelihatan teruja disitu melihat Ammar menaip seperti ingin membuat novel .
" tak " Mikhail mencebikkan bibirnya apabila mendengar jawapan sepatah Ammar .
Ammar perasan riak wajah Mikhail ketika itu . Senyuman sinis diukir pada wajahnya .
" hahaha ! Taklah . Aku bukan buat novel . Erm , adalah benda nya . " beritahu Ammar .
Mulut Mikhail membentuk ' O ' selepas mmendengar jawapan yang agak memuaskan hati .
" tadi kau kata nak holiday ? " tanya Ammar ketika hendak bangun dari kerusi .
" yup , kau nak tak ? " terpampang kegembiraan pada wajah Mikhail . Mana taknya , pelawaan untuk pergi bercuti mendapat sokongan . Mikhail memang kaki berjalan . Pantang ada masa terluang , pasti ada sahaja tempat yang ingin ditujunya . Dia lebih rela berjalan atau bersiar siar sendirian daripada duduk terperap di hostel .
" kita nak pergi mana ? " tanya Ammar sungguh sungguh .
" aku ingat nak pergi Melaka . Nak tak ? " cadang Mikhail sambil memegang dagunya .
" kita dua aje ke ? " soal Ammar lagi
Mikhail mula berfikir untuk mencari jawapan . Sesekali dia meletakkan jari telunjuknya di dagu . Ammar mengangkat kening sebagai tanda tanya .
" ha ! Kita ajak Daniel dengan Afiq , nak ?"
" okey jugak . " kata Ammar
*****
Lokasi : Restoran Seri KeningauSeperti yang dijanjikan , mereka berempat berkumpul di Restoran Seri Keningau , restoran yang paling hampir dengan kampus .
" nak order apa ? " seorang pelayan lelaki berumur dalam lingkungan 20-an datang mengambil pesanan pelanggan . Tangan kanannya laju menulis menu yang dipesan .
" dah tuje . " Mikhail mengakhiri pesanan dengan senyuman .
" so , where are we going ? " soal Daniel ketika menyandarkan badannya pada kerusi .
" aku dengan Ammar plan nak pergi Melaka . okay ? " Mikhail memberitahu cadangannya yang telah dipersetujui Ammar .
Daniel dan Afiq mengangguk tanda setuju . Pelayan tadi , datang dengan dulang yang membawa beberapa gelas minuman . Kemudian , pelayan lelaki tersebut pergi meninggalkan mereka berempat .
" bila nak pergi ni ? " tanya Ammar pula setelah sekian lama mendiamkan diri .
" aku tak kisah . ikut aje " Daniel dan Afiq mengangkat bahu tanda tidak kisah .
" how about lusa ? " cadang Afiq tiba tiba .
Ammar mengangguk tanda setuju . Diikuti Mikhail dan Daniel .
YOU ARE READING
Bella
HorrorAmmar dan rakan rakannya merancang ingin pergi bercuti sempena cuti semester . Adakah ini percutian yang paling best dan tidak boleh dilupakan mereka berempat ? Kenapa ? Sebab percutian mereka diganggu oleh ' BELLA ' . Siapa Bella ? Kenapa dengan B...