BAB 16

44 5 1
                                    

Lokasi : Pantai

Mikhail menoleh ke belakang apabila terdengar namanya dilaung sekuat hati . Mata dikecilkan untuk melihat objek jauh yang sedang datang ke arah nya .

Tercungap cungap Ammar dan Faris . Nafasnya tidak teratur . Mikhail menepuk perlahan bahu Ammar dan Faris . Hairan dengan kelakuan mereka berdua . Peluh sudah mula menghiasi dahi . Peluh yang sudah mula menitis pada kening , segera dilap dengan tangan .

" apahal ni ? " Soal Mikhail terpinga pinga . Otaknya tidak dapat mentafsirkan apa yang dilihatnya sekarang .

" kita . . . kena blah dari sini sekarang jugak ." Faris mengurut dadanya kemudian bercekak pinggang .

" kenapa ? Mana yang lain ? " Mikhail masih tidak tahu apa yang jadi menyebabkan kepalanya penuh dengan tanda tanya .

" Daniel dah mati . Afiq pun dah mati dalam bilik tadi . " Beritahu Ammar perlahan . Cuba mengawal rasa takut dan cemas nya .

Membuntang bulat mata Mikhail setelah mendengar berita tergempar daripada Ammar . Mulutnya terkunci . Tidak sangka Daniel dan Afiq sudah mati . Hati nya mula ragu ragu . Tidak mempercayai apa yang dikatakan Ammar . Kepala yang tidak gatal digaru kasar .

" ape ni ?! Korang tak payah main main pasal mati lah bangang ! " Perasaan marah sudah mula menguasai dirinya . Mungkin dalam keadaan ini dia terkejut dengan perkara yang tidak disangka berlaku dan memganggap ianya hanya gurauan .

" t. . .tak . . " Faris terketar ketar ketika hendak bersuara menyokong Ammar . Tetapi , bicaranya lantas diberhentikan Ammar . Ammar memintanya untuk diam dan tidak masuk campur seketika . Dia tahu kalau dua dua bersuara makin serabut kepala Mikhail untuk mendengar kisah sebenar . Faris menurut sahaja arahan Ammar .

Ammar memegang kedua dua bahu Mikhail dan saling berpandangan antara satu sama lain . Faris disebelah Ammar sudah terduduk di atas pasir apabila terkenangkan kejadian ngeri tadi . Kepalanya juga sudah mula bersawang dengan masalah , kejadian dan situasi yang dilami sekarang . Air mata Ammar sudah mula bergenang . Lantas tangannya menyeka . Tidak mahu tunjuk kesedihannya dihadapan Mikhail . Dia mahu rakan rakan yang masih hidup sekarang sama sama tabah dan kuat .

" ye , Mika . Aku tak tipu . Daniel dengan Afiq dah mati . Ye , aku tau aku ni bangang . Tak kisahlah kau nak cakap kita orang ni apa . Soal mati kiteorang tak berani nak buat main . "

Air matanya terjatuh membasahi pipi . Sebak . Sebak sebab dia perlu menceritakan sedikit kejadian yang menimpa Daniel dan Afiq kepada Mikhail . Wajah Mikhail yang sedang marah tadi bertukar kosong . Tidak menunjukkan sebarang reaksi selepas air mata Ammar jatuh ke pipi di hadapannya . Ammar tunduk seketika untuk mengambil kekuatan .

" Aku dengan Faris yang nampak sendiri Daniel mati dekat tangga , Mika . Percayalah . Aku tak nak cerita aib orang yang dah tak ada . Afiq pulak , dia lemas dalam tab mandi . Bukan lemas je Mika , dia kena tikam banyak kali . Ini , aku nampak dengan mata kepala aku sendiri . Banyak kesam tikaman dekat perut dia . " Bahu Mikhail dilepaskan . Terasa ketika itu badan Mikhail sungguh lemah . Dia terus terduduk selepas Ammar menceritakan tentang Daniel dan Afiq .

Otaknya buntu . Fikirannya tiba tiba gelap . Baru sahaja 1 jam lepas aku bersembang dengan dia . Gelak gelak tengok tv . Sekarang dia dah tak ada . Ya Allah , ujian apa yang aku perlu hadapi ini . Mikhail menangis bila teringatkan semua kisah kisah di dalam bilik tadi . Memang tak sangka . Ammar juga turut terduduk selepas menghirup udara segar dan nyaman di tepi pantai ini . Terasa tenang sekejap selepas menghadapi tragedies berdarah tadi . Lapang sedikit hatinya . Ringan sikit kepala . Semua diam . Tiada yang bersuara . Seolah olah telah terpukau dengan keindahan pantai dan udaranya yang nyaman membantu mereka untuk tenang seketika . Peristiwa yang terjadi tadi hampir lenyap dari fikiran mereka . Lenyap buat seketika .

" aku rasa ini semua salah aku . " Faris bersuara memecahkan kesunyian yang menyelubungi mereka bertiga .

Serentak Ammar dan Mikhail menoleh ke arah Faris yang berada di antara mereka . Faris melemparkan pandangan ke arah pantai yang luas terbentang dihadapannya .

" why ? " Kening Ammar terangkat sedikit .

" kenapa salah kau pulak ? Kau buat apa ? " Soal Mikhail pula .

Faris menundukkan kepalanya ke bawah . Air mata menitis jatuh ke pasir . Ammar dan Mikhail hairan . Ammar mendekatkan dirinya . Bahu Faris dipegang dan ditepuk perlahan . Begitu juga , Mikhail melakukan perkara yang sama . Faris diberi sokongan mental dan fizikal dari rakan rakannya walaupun baru sahaja kenal . Tidak sampai dua bulan pun mereka kenal . Rapat apatah lagi . Tidak sangka persahabatan mereka seperti sudah berpuluh puluh tahun lamanya . Terdetik rasa syukur kepada Tuhan kerana diberi peluang untuk berkawan dengan mereka . Bersyukur kerana dikurniakan sahabat seperti mereka . Alhamdulillah . Sempat Faris memuji Allah S.W.T dalam hati ketika mendiamkan diri .

" kenapa ni Ris ? " soal Ammar setelah sekian lama Faris mendiamkan diri . Hanya terdengar keluhan beratnya sahaja dari tadi .

" semua ni jadi sebab aku . Aku lah punca nya . Aku rasa menyesal sangat sebab join korang holiday . Sorry . " Luah Faris perlahan .

Mikhail dan Ammar agak terkejut selepas mendengar luahan hati Faris . Lagi lagi part ' menyesal join ' . Huh . Kita orang buat salah apa sampai dia menyesal join holiday kita orang ni . Ammar bertanya pada dirinya sendiri .

" kau menyesal join ? " Sengaja ditekankan perkataan menyesal .

Faris lantas mengangkat mukanya .

" eh bukan tu maksud aku . Maksud aku , sebab aku join holiday korang , korang semua jadi macam ni . Nyawa member korang hilang . Tu sebab aku menyesal join korang . Kalau aku tak join , korang takkan huru hara macam ni . " Penuh kekesalan dalam suara Faris .

Makin hairan Mikhail dan Ammar dibuatnya . Kening saling bertaut . Otak pula berusaha sedaya upaya untuk proses setiap perkataan yang keluar dari mulut Faris . 

Bella Where stories live. Discover now