Lokasi : tempat parkir kereta , UNISEL
Perodua Bezza milik Ammar sudah dihidupkan enjinnya . Beg yang berisi baju serta keperluan lain dimasukkan ke dalam bonet . Mikhail menyandarkan badannya pada bonet kereta sambil berpeluk tubuh . Mereka sudah pun bersiap sedia untuk bertolak tetapi bayang bayang Daniel dan Afiq masih belum kelihatan .
" pukul berapa dah ni " Jam tangan Casio dilihat . Ammar mengeluh .
Pintu kereta bahagian pemandu dibuka . Ammar melangkah keluar dengan muka yang sedang menahan sabar . (( cuba lah , muka korang tahan sabar macam mana ))
15 minit kemudian , kelihatan Daniel dan Afiq berlari dari blok hostel lelaki menuju ke tempat parkir kereta . Macam kelakar pun ada tengok diaorang berdua lari . Dengan beg galas dibelakang badan yang turut ' melompat lompat ' dan beg kecil di tangan mereka turut ' bergoncang ' semasa sedang berlari seperti lipas kudung , hahaha !
Mikhail menarik nafas lega selepas melihat kehadiran Daniel dan Afiq . Bimbang juga , jika mereka tiba tiba membatalkan perancangan yang telah dibincangkan beberapa hari lepas . Mahu kecewa dibuatnya jika percutian kali ini dibatalkan .
" siapa belakang sekali tu ? " Ammar mengecilkan matanya apabila menangkap susuk tubuh seseorang lelaki yang tinggi , mungkin lebih tinggi daripadanya ikut berlari di belakang Daniel dan Afiq .
" Faris " jawab Mikhail sepatah .
Tercungap cungap Daniel dan Afiq dibuatnya sebaik sahaja tiba di hadapan Ammar dan Mikhail . Muka Ammar sudah mula merah sejak 30 minit menunggu dari tadi . Memang pantang bagi Ammar orang yang tidak menepati masa .
Cap di kepala Afiq ditarik sedikit kebelakang lalu mengelap peluh yang mula menitis di dahi . Padah berlari macam kena kejar anjing . Mana tak larinya , dah lambat . Tak pasal pasal Ammar naik hantu nanti . Afiq sudah masak sangat dengan perangai dan pantang Ammar kerana mereka sudah berkawan sejak sekolah menengah lagi . Faris dibelakang menghulurkan senyuman kepada Mikhail dan Ammar . Hanya senyuman segaris yang diterimanya .
" sorry , sorry . Tadi si Afiq ni ha , sakit perut tiba tiba . " beritahu Daniel dengan penuh rasa kesal dan bersalah .
" dahlah , nanti lambat pulak . Aku takut jem je ni " Ammar memasukkan iPhone 5 kedalam kocek seluar jeans coklat nya .
Ammar dan Mikhail menaiki kereta yang sama . Manakala , Afiq dan Faris menaiki Peugeot CRZ milik Daniel . Wow ! Peugeot Daniel punya ? Macam anak orang kaya saja . Ya , sedikit biodata tentang Daniel . Anak kepada Dato' Aminuddin dan Datin Wan Rahimah . Dilahirkan dalam keluarga yang penuh kemewahan . Bapanya , mempunyai syarikat sendiri yang ditubuhkan bersama isteri tersayang iaitu Amin Empire . Itu yang kereta mahal itu tapi Daniel bukan jenis yang suka show off . Senang cerita low profile .
*****
Lokasi : HighwayAmmar menumpukan sepenuh perhatiannya semasa memandu . Matanya mengerling seketika ke arah Mikhail yang duduk di sebelahnya . Khusyuk Mikhail bermain Oppo nya . Sesekali dia tersengih macam kerang busuk . Entah apa yang disengih sengih nya itu . Ammar menggeleng hairan .
" Mika .. " Nada suaranya diperlahankan . Mata masih fokus memandu .
" Mika ! " Kali ini suaranya ditinggikan kerana panggilan pertamanya tidak didengari , mungkin atau memang sahaja sahaja tak dengar .
Mikhail tersentak daripada bermain Oppo nya . Kepala diangkat dan menoleh ke arah Ammar disebelah .
" Apa ?" Soalnya mendatar . Kacau sahaja aku tengah chat dengan Myra . Heh . Bisik hati nya .
Ammar sedikit pun tidak menoleh ke tepi malah fokus terhadap pemanduan . Tidak mahulah apa apa kejadian kemalangan berlaku .
" kau ... "suaranya agak tenggelam sedikit . Tak tahulah Mikhail dapat dengar atau tak .
" ada dengar apa apa tak malam tadi ? " air liur ditelan perlahan .
" dengar apa ? Entah . Tak ada , kot . " Jarinya sibuk menaip pada keyboard Oppo nya . Sibuk balas mesej Myra lah tu .
Ammar mengeluh perlahan . Fikirannya mula terganggu dan keliru sama ada mahu menceritakan kepada Mikhail ataupun tidak tentang kejadian malam tadi . Jarinya diketuk ketuk perlahan pada stereng kereta . Mata dikerling lagi kesebelah melihat Mikhail . Masih lagi tersengih sengih seperti tadi . Terasa malas pula mahu cerita . Tengah seronok sangat chat dengan girlfriend itu . Hm , malaslah . Kemudian , dia kembali fokus memandu . Terbatal niatnya ingin bercerita .
*****
Sesekali Afiq menoleh ke belakang melihat Faris ' budak baru ' itu . Tidak senang duduk dibuatnya . Rasa hairan pula apabila Daniel memberitahunya yang Faris mahu ikut sekali . Faris sedang lena diulit mimpi . Jadi , dia tidak perasanlah yang Afiq sering ' mengintai ' nya . Daniel melihat kelakuan Afiq yang pelik dari ekor matanya . Terganggu tumpuannya terhadap pemanduan .
" oi ! " sergah Daniel mengejutkan Afiq disebelahnya .
Lantas jari telunjuk diletakkan dibibir merah jambunya menandakan senyap . Diikuti pula dengan isyarat penumbuk . Daniel tertawa kecil . Kepala yang tidak gatal digaru.
" kau kenapa ? Intai intai Faris tu kenapa ? Kau ada feel apa apa ke tengok dia ? " tawanya masih tersisa .
Satu ketukan dikepala Daniel dihadiahkan oleh Afiq . Muka Afiq tidak menunjukkan sekarang reaksi yang dia sedang bergurau .
" gila ke kau ?! Ei , geli aku . Aku ini waras lagi lah sakai . Aku ada taste lagi tau . " Matanya melihat ke atas sehingga mata hitam yang sedikit sahaja kelihatan . Geram pula dengan Daniel ini .
" tak lah , aku hairanlah . Kenapa tiba tiba dia nak join kita . Padahal kita dengan dia takdelah rapat mana pun . " Dah mula dah ceramah dia .
Daniel mengangkat bahu tanda tidak tahu . " biar ajelah , dia nak join pun . What's your problem ? Maybe dia nak rasa holiday dengan kita , kan ? " Daniel menyuarakan pendapat positif nya . Malas mahu berfikir negatif tentangnya .
YOU ARE READING
Bella
HorrorAmmar dan rakan rakannya merancang ingin pergi bercuti sempena cuti semester . Adakah ini percutian yang paling best dan tidak boleh dilupakan mereka berempat ? Kenapa ? Sebab percutian mereka diganggu oleh ' BELLA ' . Siapa Bella ? Kenapa dengan B...