BAB 17

36 4 0
                                    

" sebenarnya ayah aku yang rompak rumah Bella tu . " Ammar terkejut dengan pengakuan yang dibuat Faris . Faris menundukkan kepala dengan penuh rasa kesal .

Mikhail masih tidak memahami apa yang sedang dibincangkan oleh Ammar dan Faris .

" kejap , siapa Bella ? " Keningnya terangkat .

Ammar tidak sampai hati hendak menceritakan kisah Bella yang menyayat hati itu . Dia sendiri pun tidak sangka nasib Bella seperti itu . Mulut baru hendak dibuka tetapi sudah dihalang Faris . Faris membuat gaya high five sebagai tanda ' takpe , biar aku yang explain ' . Ammar mengangguk perlahan . Mikhail menunggu dengan setia .

Cerita Bella yang menyayat hati itu diceritakan kepada Mikhail . Faris menceritakan semua yang diceritakan oleh ' staf hotel ' tadi . Walaupun , dia dan Ammar sendiri tidak tahu dari mana staf hotel tadi boleh tahu kisah Bella dari awal sampai akhir . Semua itu ditolak ke tepi . Dia tidak mahu tahu siapa staf hotel itu sebenarnya . Perkara itu cepat cepat dihapuskan daripada wujud dalam fikiran yang tengah serabut ni . Reaksi Mikhail majoriti nya sama seperti Ammar dan Faris ketika mendengar cerita itu . Sesekali zikir ' astaghfirullah ' dilafazkan kerana terkejut dengan nasib yang menimpa Bella . Besar sungguh dugaan yang Bella hadapi . Hilang segala galanya dalam satu malam . Tidak tertinggal sedikit pun perkara yang disebutkan oleh staf hotel tadi . Termasuklah pesanan terakhir staf hotel tadi ketika mereka sudah gelabah nak naik bilik .

" habistu , apa kaitan pasal ayah kau pulak ? " Soal Ammar usai Faris bercerita . Ammar turut mengangguk tanda setuju dengan soalan Mikhail . Faris melepaskan keluhan berat .

*****

10 tahun yang lalu . . . . .

" weh , kau yakin ke polis tak dapat detect kita ni ? "

" Alah , tak payah risau lah . "

" lagipun siapa nak report , kan semua dah mati kena tembak dengan Zack , hahaha ! "

" otak kau semua dah mati . Memanglah Zack dah tembak semua . . . "

" ada lagi sorang , menyorok mana entah aku pun tak tahu . "

" siapa ? Uish , naya kita Zack . "

" tak ada apelah . Korang rileks lah . Budak kecik je yang aku tak tembak tadi . Budak perempuan lagipun . "

" kenapa tak cari ? "

" hah , sekarang salahkan aku ?! Tadi aku nak cari budak tu , korang gelabah tahap gaban ajak aku balik . "

" hehe . ouh ha , tadi masa kita usha rumah tu , aku kan kena pergi belakang rumah kan ? "

" ha kenapa pulak ? Kau nampak hantu pocong ke belakang rumah tu ? Ke penunggu hahaha ! "

" aku dengar dorang tengah celebrate birthday . Tapi tak tahu birthday sape "

" aku rasa birthday budak kecik tu ha . "

" eh , mana kau tahu ? "

" aku agak ajelah . Dah lah , tak payahlah cakap pasal budak kecik tu lagi . Yang penting mulai malam ni kita kaya ! "

Faris mendengar segala perbualan antara ayahnya dan dua orang rakan yang lain disebalik langsir yang memisahkan laluan dapur dengan ruang tamu . Perasaan ketika itu sungguh sedih dan kecewa apabila mendapati bahawa ayahnya pergi merompak . Entah rumah mana pula kali ini . Terdetik juga dalam dirinya untuk menegur kesalahan yang dilakukan ayahnya tetapi tiada keberanian dalam diri. Kalau tegur , nanti mesti kena belasah . Hampir setiap hari , badannya lebam lebam dan biru akibat dipukul oleh ayahnya setiap hari . Disebabkan oleh seorang insan yang amat disayanginya , dia masih lagi boleh bertahan dan kuat untuk menghadapi dugaan dan ujian yang telah Allah aturkan untuknya iaitu ibu nya . Untuk lebih faham , Faris dibesarkan dalam keluarga yang bermasalah . Ayah nya kadang kadang balik lewat malam dalam keadaan mabuk . Apelagi kalau bukan minum air kencing syaitan . Tidak tahan rasanya nak duduk dekat rumah yang bau air kencing syaitan ni . Tiada apa yang boleh Faris lakukan ketika itu kerana usia nya yang masih kecil . Abangnya pula penagih dadah . Dulu tidak . Mungkin pengaruh rakan . Ibu nya hampir tiap tiap hari menangis apabila terkenangkan apa yang abang lakukan . Sanggup memarahi ibu semata mata nak duit untuk beli dadah . Faris pernah sekali cuba mempertahankan ibunya daripada dipukul oleh abang dan kesannya Faris terjatuh sehingga kepala berdarah apabila terhantuk pada kaki meja . Tapi , sekarang dia tidak lagi menghadapi masalah keluarga selepas ayahnya meninggal dunia akibat kanser peparu dan abangnya pula sudah dihukum gantung sampai mati hanya disebabkan dadah . Kini , dia dan ibunya hidup dalam keluarga yang diimpikan selepas ibu nya mengahwini dengan majikan tempat kerja nya dahulu .

*****

" kau sure ke ayah kau yang rompak ? " Soal Ammar benar benar inginkan kepastian . Dia tidak mahu Faris menjadi anak derhaka hanya disebabkan kes Bella ini .

" iye . Tu yang korang semua kena bunuh sebab dia tahu aku ni anak perompak tu . Dendam dia terbalas , Mar . . . . . " Kedengaran suaranya penuh dengan rasa kesal . Kepala ditundukkan semula ke bawah . Lutut dipeluk erat . Ammar dan Mikhail mendiamkan diri seketika . Tidak sangka cerita sebenarnya begini .

" baik korang pergi dari sini cepat . Aku tak nak dia datang bunuh korang pulak " Perkataan bunuh ditekankan . Pandangan Mikhail beralih ke arah Ammar . Mereka saling berpandangan . Otak mula berfungsi selepas berehat seketika daripada masalah berat yang dihadapinya tadi .

" jom " Pergelangan tangan kanan Faris dipegang .

Faris mendongkkan mukanya . Cahaya matahari yang memancar pada waktu itu menghalang Faris untuk melihat gerangan yang memegang tangannya . Mata dikecilkan . Ammar tersenyum . Kepala ditoleh ke kiri , Mikhail membuat isyarat ' jom ' dengan kepala .

" korang pergi je . Aku tak nak libatkan korang dah . Aku yakin Bella tu nak aku . Dia nak bunuh aku . " Faris bangun dari duduknya . Suaranya ditinggikan . Geram mungkin .

" bro , kita member . Datang sini sama sama , balik sama sama . Itu belakang cerita . Yang penting kita cuba untuk keluar dari sini sama sama " Ujar Ammar sambil menepuk bahu Faris perlahan .

" tak kisahlah apa kau nak cakap . Gila ke kita orang nak tinggalkan kau dekat sini sorang sorang ?! Ris , kita orang ni manusia jugak . Ada perasaan ada hati . Ingat kita orang ni kejam , tak de hati perut nak tinggalkan kau dekat sini sorang sorang ? " Kata kata Mikhail bak pensyarah ketika itu menghidupkan semula hati dan fikiran Faris . Faris mendiamkan diri seketika untuk berfikir .



Bella Where stories live. Discover now