Pintu bilik stor dikuak perlahan . Keadaan rumah banglo itu sunyi dan senyap . Hanya bunyi kipas berpusing yang kedengaran pada waktu itu . Selangkah demi selangkah Bella aturkan sehingga sampai ke ruang tamu . Tiba tiba langkahnya terhenti disebelah tangga selepas melihat ibu dan kakaknya . Lantas Bella berlari ke arah ibu dan Kakak yang terkujur kaku di lantai . Bella terduduk melihat keadaan ibu dan kakaknya . Air mata yang bergenang dari tadi akhirnya jatuh membasahi pipi mulus Bella . Ibu dan kakak ditembak tepat di dahi . Hampir pecah tempurung kepala ibu dan kakak nya . Darah yang mengalir dari kepala ibu dan kakaknya tidak henti . Bella menangis teresak esak . Tidak sangka malam ini dia hilang segalanya . Segala yang dia sayang .
" ibu , tadi kata panggil Bella . Lama Bella tunggu dalam stor tu bu . . . " Badan ibu yang kaku digerak gerakkan berulang kali .
" kenapa ibu biarkan Bella sorang sorang ? "
" kakak , abang , ayah dapat ikut ibu . Kenapa Bella tak dapat ikut ibu sekali . . . "
" Ibu . . . bangunlah . Bella nak makan kek . Sambunglah suapkan Bella "
" Kakak , hadiah Bella mana ? Tadi kakak janji nak bagi hadiah favourite Bella . . . " Bella beralih tempat ke sebelah kakaknya pula . Dahi kakak dicium perlahan . Setitis air mata Bella minitis pada dahi kakak semasa dia menciumnya .
" abang . . . bangunlah . . . abang kata nak bawak Bella pergi Time Square . Bella nak main sama sama dengan abang ."
Satu persatu wajah ahli keluarganya ditenung . Tangisan Bella masih tersisa . Sesekali dia mengelap air mata yang turun deras ke pipi . Langkahnya diatur pula ke dapur .
Makanan yang terhidang di atas meja ditenung satu persatu . Kek redvelvet yang ditinggalkan ibu semasa menyuapnya tadi , disuapkan ke dalam mulutnya sendiri . Makanan yang lain juga turut dirasa sedikit . Sebuah kotak hadiah yang diletakkan di bucu meja diambil . Kini , kotak itu berada dalam pelukannya .
Bella membawa kotak itu ke ruang tamu . Dia duduk disebelah ibu . Kotak hadiah dibuka perlahan . Terdapat sehelai gaun berwarna pink , anak patung dan satu set alat melukis . Air matanya mengalir lagi .
Bella mengatur langkah menuju ke anak tangga untuk ke tingkat atas . Pintu bilik ibu dan ayah dibuka . Foto yang digantung pada dinding dilihat sekilas . Selangkah demi selangkah Bella berjalan sehingga sampai di balkoni . Kakinya cuba memanjat besi yang mengelilingi balkoni . Ketinggian Bella yang rendah menyukarkannya untuk menaiki besi balkoni tersebut . Sedaya upaya Bella memanjat akhirnya , dia berjaya . Bella duduk termenung di atas besi balkoni . Kakinya diayunkan ke depan ke belakang berulang kali . Tangannya menggenggam besi di kanan kirinya dengan erat . Air matanya masih mengalir perlahan di pipi . Satu persatu wajah orang yang disayanginya muncul di fikiran Bella . Wajah ibu , Kakak , abang dan ayah . Sesekali Bella tersenyum sendiri apabila mindanya memainkan semula detik detik sambutan hari lahir nya 3 jam sebelum itu .
((flashback))
" suicide tu apa ibu ? "
" suicide itu maksudnya bunuh diri . "
" bunuh diri ? "
" ye . Hukum bunuh diri ni dosa besar . Nanti segala amalan yang kita buat tak diterima . Sia sia sahaja . Kenapa Bella tanya ? "
" taklah , Bella nampak tajuk Suicide Squad dekat tv . Bella tak faham apa maksudnya , tu yang Bella tanya ibu . "
" ouh . Ingat tau , bunuh diri tu dosa besar . Allah tak suka . "
Bella tersedar dari lamunan . Teringatkan kata kata ibunya . Keluhan berat Bella lepaskan . Bella memusingkan badannya ke belakang untuk turun semula daripada besi balkoni . Kedudukannya tidak stabil semasa dia hendak memusingkan badan .
*****
" lepastu , apa jadi dekat Bella ? " soal Ammar . Suaranya diperlahankan .
" Bella terjatuh dari balkoni . Dia tidak dapat tahan lama lepas dia cuba bergayut dekat besi balkoni tu . " Nada suara staf hotel ketika itu mendatar . Matanya merenung tajam ke arah Faris dan Ammar di hadapannya . Faris menelan air liur apabila ditenung sebegitu rupa . Pandangannya dialihkan ke tempat lain buat sementara waktu .
" okay . . . tapi kenapa Bella kacau kiteorang ? Dan apa kena mengena cerita Bella dengan hotel ini ? " Rasa macam tak masuk akal selepas mendengar cerita staf hotel itu dengan pertanyaan mereka . Kening Ammar terangkat .
" Hotel ni , bekas tapak rumah banglo milik keluarga Bella . Lepas Bella mati , mayat dia tak dijumpai . Ada pihak yang tak bertanggungjawab datang terus robohkan rumah tu untuk pembinaan hotel ni . Ramai kawan kawan ayah dan ibu Bella datang cuba untuk pertahankan rumah tu . Tapi , tak berhasil . Tak tahulah kenapa orang tu kejam sangat terus robohkan rumah tu walaupun dia tahu dalam rumah tu ada orang . "
Faris dan Ammar memberikan sepenuh tumpuan . Seperti telah terpukau dengan cerita staf hotel itu . Hanya telinga sahaja yang mendengar . Mulut sudah terkunci .
" lepas rumah tu dirobohkan dengan cara yang tak berperikemanusiaan , Hotel Seri Permai ni terus dibina . Tapi , tak tahan lama . Customer yang datang menginap dekat sini mesti kena ganggu sama macam korang . Mana yang sempat dan bernasib baik tu , dorang sempatlah lari tinggalkan hotel ni . Bella datang buat kacau dekat hotel ni sebab dia nak balas dendam terhadap perompak yang tak berhati perut tu . Jadi , kalau ada sekumpulan lelaki yang datang bercuti dekat hotel ni , mesti akan sama nasib dengan korang . Cuma hidup atau mati je . Bella tak nampak muka perompak tu tapi yang dia pasti adalah lelaki . Majoriti customer yang mati dekat sini adalah lelaki sebab sasaran Bella adalah lelaki ." Staf hotel menguntum satu senyuman puas selepas tamat menceritakan perkara yang sebenar .
Ammar mengangguk faham . Seperti tiada apa apa yang menakutkan . Faris disebelah menelan air liur . Lengan Ammar ditolak lembut .
" weh , aku rasa kita kena selamatkan member kita yang dekat bilik tu . " Faris mendekakatkan wajahnya dengan telinga Ammar . Kedengaran suaranya terketar ketar .
Oh , ya ! Baru Ammar sedar . Apa yang masih dia duduk dekat sini lagi selepas mendengar cerita staf hotel itu ? Mereka semua akan dibunuh ! Mata Ammar membuntang bulat apabila teringatkan semula cerita staf hotel itu . Faris dan Ammar bangun dari duduknya .
" a. . . .te. .rima kasih ye ..." Badannya sudah menggigil ketakutan sebelum meninggalkan lobi .
" goodluck , best of luck , semoga panjang umur . " Pesanan terkahir staf hotel selepas Ammar mengucapkan terima kasih menambahkan lagi ketakutan mereka berdua . Faris dan Ammar berlari sepantas yang boleh meninggalkan kawasan lobi .
YOU ARE READING
Bella
HorrorAmmar dan rakan rakannya merancang ingin pergi bercuti sempena cuti semester . Adakah ini percutian yang paling best dan tidak boleh dilupakan mereka berempat ? Kenapa ? Sebab percutian mereka diganggu oleh ' BELLA ' . Siapa Bella ? Kenapa dengan B...