BAB 2

79 4 8
                                    

Lokasi : bilik AC 2

Mikhail sibuk mengemas pakaian yang ingin dibawanya untuk percutian esok hari . Kalau bab bab pakaian ni , memang teliti orangnya . Begitu juga dengan pemakaian semasa ke kelas . Sentiasa segak dan kemas . Mikhail sudah dicop sebagai student lelaki yang paling handsome dalam kelas nya . Mana taknya , dicop sebegitu dengan wajahnya yang kacak ala ala Izzue Islam gitu . Memang jadi pujaan wanita lah jawabnya .

" dia ni tak pack baju ke ? Macam tak nak pergi je . " omelnya sendirian .

Satu persatu baju T-shirt dimasukkan ke dalam beg nya tetapi matanya fokus memandang Ammar yang sedang asyik menaip . Ammar menoleh kebelakang , niat ingin melihat rakannya mengemas pakaian. 
" kau apa hal pandang aku macam tu ?! " sergah Ammar keras kerana terkejut melihat Mikhail yang memandangnya seperti ingin makan sahaja .

" kau tak pack baju ke ? Aku tengok kau ni macam nak tak nak aje pergi " bebel Mikhail .

" hey , aku dah pack ' semalam ' okay . Aku bukan macam kau esok nak pergi malam ni baru nak pack . Dah nak terberak baru nak korek lubang . heh " Pap ! Seperti sebutir peluru ditembak masuk tembus ke dalam  hatinya .

" kau buat novel ke tu ? Susah sangat nak bagitau aku . " Mikhail sengaja menukar topik perbualan kerana bimbang disindir lagi .

" taklah . Aku update cerita hantu dekat blog aku . " jawab Ammar tenang tanpa menoleh ke arah Mikhail yang berada tidak jauh dibelakangnya .

Dengar sahaja " cerita hantu " Mikhail lantas bangun dari duduknya lalu berjalan menghampiri Ammar . Matanya membuntang bulat apabila terbaca satu petikan ayat yang berwarna merah .

Jangan pernah sesekali seru hantu untuk datang kepada kita kerana apabila diseru untuk datang , ianya mungkin akan susah untuk jauh dengan ' tuannya ' .

" title apa ? " soal Mikhail yang kelihatan teruja selepas membaca petikan ayat berwarna merah itu .

" spirit of the coin " Ammar sengaja memperlahankan suaranya dengan gaya berbisik di telinga Mikhail .

Meremang bulu roma Mikhail dibuatnya . Air liur ditelan perlahan . Ah ! Rasa perit pula mahu menelan air liur ketika itu . Mikhail menjauhkan dirinya setapak kebelakang daripada kerusi Ammar . Takut agaknya . Ammar sudah tersenyum kecil selepas melihat wajah Mikhail yang ketakutan .

" oi , rileks lah Mika . Penakut lah kau ni . " Ammar menghamburkan tawanya terbahak bahak .

" kau gelak apa ?! Tak lawak do . Kau buat cerita dah lah merepek . Lepastu seru seru bagai . heish ! " marah Mikhail lalu pergi kembali semula ke tempatnya mengemas pakaian .

Mulutnya terkumat kamit menyumpah seranah Si Ammar itu . Mikhail juga seorang yang penakut diantara rakan rakannya iaitu , Ammar , Daniel dan Afiq . Kalau black out , dia lah orang pertama yang akan gelabah dan menjerit . Tidak lah menjerit sekuat hati mengalahkan perempuan . Jika dibandingkan sifat penakut Mikhail dengan perempuan , perempuan masih tetap no 1 . Tidak macho lah kalau lelaki penakut . Heh .

*****
Lokasi : Balik AD 3
- esok korang pergi Melaka eh ?
• Faris •

- haa , kenapa ?
• daniel •

- nak join , boleh tak ?
• Faris •

- nnti pape aku inform . aku tnye Mika dulu .
• Daniel •

Daniel meletakkan IPhone 6 miliknya di atas meja belajar selepas tamat menjawab mesej dari Faris . Tuala di ampaian besi diambil lalu berjalan menuju ke bilik air .

" kau mesej siapa , malam malam ni ? Afrina ke ? " tanya Afiq , teman sebiliknya .

Langkah Daniel terhenti dihadapan pintu bilik air . Kepalanya ditoleh kebelakang menghadap Afiq yang sedang duduk di atas katil sambil bermain  phone .

" ape kau ? Tak lah . Faris tu haa . Dia nak join kita pergi holiday . " beritahu Daniel .

" Faris ?! Budak baru tuke ? " Afiq terkejut mendengar berita yang disampaikan Daniel .

" habis kau reply apa ? " soalnya lagi .

" entah . nantilah aku tanya Mika dulu " jawab Daniel acuh tak acuh .

*****
Jam menunjukkan pukul 2.35 pagi . Ammar masih bersekang mata menghadap laptop nya . Sejak dari lepas solat isyak tadi , tidak henti henti dia ' menulis ' cerita hantu di blogger nya . Badannya disandarkan seketika pada kerusi mungkin sudah rasa kepenatannya atau pun sudah tiada idea . Jari jemarinya diketuk perlahan lahan di atas meja .

" huh , apa lagi aku nak masukkan dalam ghost story aku ni ? " keluh Ammar sendirian .

Kepalanya ditoleh ke kanan melihat Mika yang sedang nyenyak tidur , lena dibuai mimpi . Matanya melihat jam di dinding sekali lagi , kini jam menunjukkan tepat 3 pagi . Kebiasaannya , pada waktu pagi buta sebegini , idea nya mencurah curah macam air terjun . huh . Ammar memeluk tubuh . Matanya masih lagi segar seperti di siang hari . Pelik , tak tidur sampai pagi pun boleh mata segar bugar macam tu . Kalau orang lain , heh dah sampai mana dah agaknya .

' tok , tok , tok '

Pintu bilik AC 2 , Hostel UNISEL diketuk . Laju kepalanya ditoleh kebelakang . Walaupun Ammar bukan lah seorang penakut seperti Mikhail , namun ketakutan ketika itu amat dirasai . Bulu roma nya sudah mula naik . Ketukan pintu bilik masih tidak henti henti . Tiada ucapan salam yang didengarinya .

" blurp " air liurnya ditelan perlahan . Perit rasamya ketika hendak menelan air liur ketika itu .

Otaknya mula ligat berfikir sama ada mahu membuka pintu tersebut atau tidak . Kalau ikutkan hati , memang tidaklah nak bukak . Dahlah pagi pagi buta macam ni . Kalau ikutkan otak , macam kena buka sahaja . Kot kot ada orang emergency malam malam macam ni .

Matanya memandang ke arah Mika yang sedang nyenyak tidur . Seperti tiada apa apa yang didengarinya . Sedangkan ketukan pintu itu kuat. Ammar mula rasa tercabar . Dia memberanikan diri untuk pergi membuka pintu melihat gerangan yang mengetuk pintu bilik nya . Langkahnya tidak terlalu laju . Satu langkah demi satu langkah dia ke hadapan sehingga dia berada betul betul di hadapan pintu . Ketukan tidak henti henti lagi . Masih sama seperti tadi . Jantungnya kini mula berdegup kencang . Tangan kanannya mula memegang tombol pintu . Tinggal untuk dipulas sahaja .

Sorry kalau ayat banyak tak best dalam bab 1&2 ni . Silalah komen respon korang untuk bab 1&2 ni . Kalau ada feedback & vote yang baik serta memuaskan , saya akan update untuk bab yang seterusnya 👍✌

Bella Where stories live. Discover now