BAB 7

31 4 0
                                    

Merata tempat mereka jelajah . Salah satu nya , kota A' Famosa . Memang tidak sah kalau bercuti di Melaka , tak singgah kota A' Famosa . Galeri phone pun sudah hampir penuh dengan gambar gambar selfie , candid serta gambar mereka berlima . Canon EOS 1000D kepunyaan Ammar memainkan peranan penting semasa bersiar siar di seluruh tempat yang menarik di Melaka . Segala video direkod . Gambar juga telah banyak diambil . Lagi lagi gambar Daniel , Afiq , Faris dan Mikhail secara senyap senyap . Jahat juga Ammar ini . Nak jadikan bahan ketawa lah itu nanti .

*****

Lokasi : Bilik B3 - 190

" bapak ahh , penat gila ! " Afiq menggeliat dengan tangan ditolak ke atas . Badannya direbahkan ke atas katil yang empuk . Satu badan terasa penatnya . Kaki apatah lagi . Berjalan tak henti dari pagi . Sedikit demi sedikit matanya mula tertutup . Akhirnya , selamatlah dibuai mimpi .

Nada dering IPhone 5 berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Panggilan pertama tidak diangkat .  IPhone 5 berdering lagi buat kali kedua . Ammar tersedar dari tidur  kerana Iphone nya ' menyanyi ' tidak henti henti . Badannya terasa malas hendak bangun dari pembaringan . Tangannya mencapai IPhone 5 yang diletakkan di atas meja kecil di sebelah katil nya . Nama Mika terpapar pada skrin phone . Punat hijau ditekan .

Ammar : kenapa ?
Mika : kau tidur ke ?
Ammar : ha , dah lama dah .
Mika : aku nak jumpa kau . Ada something aku nak bagitahu .
Ammar : urgent ke ?
Mika : urgent . aku tunggu dekat cafe .

Talian dimatikan serentak . Sempat dia melihat jam pada skrin IPhone 5 nya . Pukul 4.15 p.m. Hendak atau tidak , Ammar harus juga bangun , berjumpa dengan Mikhail . Matanya digosok perlahan . Kalau ikutkan , mahu sahaja baring balik . Penat ! Ammar menoleh ke kanan melihat Afiq yang sedang nyenyak tidur . Toleh ke kiri pula , Daniel sedang tidur di sofa . Siap peluk bantal lagi . Huh . Kepalanya digelengkan . Mungkin untuk lebih segar . Kot . Langkahnya terus ke bilik air .

" psirtt ... " Air sinki dipasang .

*****
Lokasi : Tingkat 8

" ting " Pintu lif terbuka . Ammar melangkah keluar dan terus berjalan menuju ke cafe seperti yang diberitahu Mikhail .

Matanya melilau mencari Mikhail sebaik sahaja menjejakkan kaki ke cafe . Kepala ditoleh ke kanan dan ke kiri . Selepas beberapa saat mencari , akhirnya Mikhail dapat dikesan walaupun dari belakang . Langkah nya mula diatur .

Dalam jarak yang dekat , Ammar barulah mendapat kepastian orang yang duduk disitu adalah Mikhail . Bahu Mikhail ingin ditepuk . Biasalah lelaki kalau tegur cara tepuk bahu dari belakang .

Bajunya tiba tiba basah . Secara automatik , Ammar menoleh ke belakang . Air tumpah rupanya . Seorang staf hotel tertumpahkan air pada bajunya . Ammar mengibas bajunya yang basah . Terasa sejuknya sampai ke kulit kerana air yang tertumpah adalah air sejuk .

" maaf maaf , encik . " Staf hotel yang tertumpahkan air mula cuak dan segera mengelap air yang tumpah pada baju Ammar dengan sehelai kain .

" tak apa lah , tak apa . " Ammar cuba menghentikan perbuatan staf hotel yang baik hati itu . Bersungguh sungguh cuba mengeringkan air pada bajunya . Senyuman diukir . Staf hotel pun pergi beredar dari situ .

Ammar menoleh semula menghadap Mikhail . Matanya membuntang bulat
Jantungnya seakan akan mahu terhenti waktu itu juga . Nafasnya semakin laju . Kaki nya kaku . Tidak boleh bergerak . Terkesima . Mikhail sudah tiada di kerusi .

Bella Where stories live. Discover now