BAB 5

52 5 0
                                    

Lokasi : Cafe' Hotel Seri Permai

Jam 8.30 malam , mereka berkumpul di cafe' yang berada di tingkat lapan untuk menikmati makan malam . Afiq , Ammar dan Daniel memilih meja panjang yang terletak di bahagian hujung cafe . Mereka melabuhkan punggung di kerusi kayu jati yang disediakan . Kelihatan pelbagai juadah makan malam telah terhidang secara buffet . Lebih kurang 20 jenis makanan . Wow ! Masing masing sudah menelan air liur . Mana tak nya , dari petang tadi langsung tidak menjamah sesuap nasi . Hanya beralaskan roti gardenia sahaja ketika dalam perjalanan ke sini .

" mana Faris ? " soal Ammar sebaik sahaja Mikhail muncul di meja yang mereka pilih .

Oppo nya diletakkan di atas meja . Kemudian , melabuhkan punggung dikerusi kayu jati yang disusun secara mengelilingi meja makan tersebut . " dia kata dia turun lambat sikit . Perut dia tiba tiba memulas . Makan apa pun aku tak tahu . "

Sedang Ammar dan Mikhail asyik bersembang tentang Faris , Daniel yang duduk secara bertentangan menghadap pintu masuk cafe , matanya dikecilkan sedikit kerana ternampak kelibat seperti Faris . Ya ! Faris . Betul lah Faris . Takkan salah orang kot . Kalau ikutkan dia seperti mahu memberitahu kepada Ammar tetapi setelah melihat mereka sedang asyik berbual , rasa malas pula .

" biarlah , maybe dia ada tertinggal something dekat bilik kot " duga Daniel .

*****

Hampir satu pinggan licin mereka kerjakan . Laparlah katakan . Afiq sudah bangun dari duduk nya untuk mengambil juadah yang lain pula . Kali ini , dia mengambil Spaghetti Carbonara . Salah satu western food kegemarannya .

Ammar melihat kelibat Faris yang sedang berlari dari pintu masuk cafe . Secara tidak langsung semua mata terus menumpukan perhatian kepada Faris . Senyuman segaris diukir dibibir sebaik sahaja tiba di meja .

"Sorry , aku sakit perut tadi . " ujar Faris sambil menarik kerusi ke belakang .

Yang lain hanya mengangguk . Makanan kembali dijamah semula . Faris hanya duduk sahaja . Tidak ingin mengambil makanan . Mungkin takut perutnya memulas lagi . Daniel , Afiq dan Ammar sedang rancak berbual . Sesekali mereka menghamburkan tawa terbahak bahak . Entah apa yang dibualkan . Mata Faris melilau memerhatikan di seluruh bahagian cafe . Jari jemarinya diketuk perlahan pada permukaan meja . Hanya secawan teh O yang dihirupnya dari tadi .

" kau tengok apa , Faris ? " Tangan kanannya sibuk menempekkan tisu perlahan lahan pada mulutnya . Kot kot lah , makan tercomot tadi .

Faris berhenti memerhati . Duduknya kini berhadapan dengan Daniel . Satu senyuman yang tiada makna diukir .

" takde apa apa . Aku adore sangat dengan cafe hotel ini . Cantik ! " Sampai terangkat keningnya apabila memuji kecantikan hotel tersebut . Mungkin pujiannya hanyalah sekadar pembohongan semata mata .

Daniel hanya mengangguk . Tiba tiba otaknya seperti teringatkan sesuatu . Secara tidak sengaja , dia terjerit " ha ! " . Semua orang disekelilingnya mula memerhati . Ammar mengangkat kening sebagai tanda tanya . Tanpa dia sedari , semua mata sedang menumpu ke arahnya . Daniel menayangkan barisan gigi nya yang tersusun itu .

" kau apahal ? " Afiq memgangkat kepala ke atas sambil mengangkat kedua dua keningnya .

Soalannya tidak dilayan . Malah, Daniel terus mengajukan soalan yang tiba tiba wujud dalam fikirannya tadi . Faris pula terkejut kerana ' diserang ' secara mengejut . Blur jugalah muka dia ketika itu .

" tadi , kau ada turun cafe kejap kan ? Lepastu kau naik bilik balik kan ? " Daniel ingin mendapatkan kepastian tentang apa yang dilihatnya tadi .

Kening Faris mula bertaut . Riak wajah kehairanan mula terserlah . Sedikit demi sedikit tawa kecil nya terhambur . Bukan Faris sahaja , Afiq , Ammar dan Mikhail juga melakukan perkara yang sama seperti Faris . Ammar yang duduk bersebelahan dengan Daniel lantas memukul bahu kanannya .

" kau kenapa ? Aku duduk sebelah kau tak nampak pula batang hidung si Faris ni haa " Ammar sibuk bermain Candy Crush untuk melengkapkan level yang sedang didudukinya .

" eh , yelah . Tadi aku nampak . Kau ada lalu depan cafe ni . " Sedaya upaya Daniel cuba mempertahankan apa yang dilihatnya sebentar tadi .

Faris menggaru kepala hairan . Tangannya diletakkan didagu . Matanya melilau lilau ke atas seperti sedang berfikir . " aku punyalah lama kot dalam toilet tadi . Aku baru keluar toilet , lepastu memulas lagi perut aku . " Bersungguh sungguh dia menjelaskan situasi sebenar .

" kau rindu Faris pun agak agak lah Daniel " gurau Mikhail diakhiri dengan tawa kecil .

Satu jelingan maut diberikan Daniel . Ah ! Kenapa Faris kata bukan . Apa yang aku nampak ? Siapa yang lalu tadi ? Pelbagai soalan muncul satu persatu dalam fikirannya . Mukanya diraup kasar .

" ah ! Malas aku nak fikir . " keluh Daniel .

*****
Lokasi : Bilik B3 - 190

Jam dinding yang digantung berhadapan dengan katil Daniel ditenung . Jarum saat bergerak dari saat ke saat yang lain . Sudah pukul 12.30 pagi tetapi matanya masih luas terbuka . Rasa ngantuk memang ada . Namun , matanya seperti tidak mahu terlelap . Daniel menoleh ke kanan melihat Ammar yang sedang nyenyak tidur . Penat sangat lah tu , main bola tampar pantai tadi . Senyuman cuba diukir walaupun segaris . Di sebelah kirinya pula , Afiq . Kelakar pun ada lihat keadaan dia tidur . Dengan mulut ternganga . Kaki bersilang silang . Hahaha ! Tersengih Daniel .

Badan dipusing ke kanan , ke kiri , ke kanan dan ke kiri .

" ahhh " wajahnya yang putih bersih itu diraup kasar . Daniel bangun dari pembaringan . Badannya disandarkan pada kepala katil . Jam dilihat lagi . Pukul 2.30 pagi . Hairan dan pelik . Kenapa sampai waktu macam ini , mata nya tidak dapat dilelapkan .

" Faris . Ya , sebab Faris aku tak boleh tidur sampai sekarang . " Hanya suaranya sahaja yang kedengaran di dalam bilik yang sunyi sepi itu . Sunyi sebab semua dah tidur . Tidak ada sebarang suara pun melainkan omelannya sendiri . Dia yang bercakap dia jugalah yang mendengar . Sesekali kepalanya digelengkan . Tipulah kalau tak ada rasa penat sedikit pun . Badannya pada waktu ini terasa sangat berat dan letih . Tengkuk diurut perlahan tanpa minyak . Keluhan berat dilepaskan .
Jam terus berputar mengikut arahnya Jarum jam bertukar dari jam kepada jam yang lain . Begitu juga dengan jarum minit . Mata Daniel semakin  berat . Kelopak mata akhirnya tertutup rapat dan Daniel mula diulit mimpi indah . Indah ke ?

Bella Where stories live. Discover now