Lokasi : Hotel Seri Permai ,Ayer Keroh
" anda telah tiba ke destinasi "
Ammar memberhentikan Perodua Bezza nya ditepi jalan masuk Hotel Seri Permai . Begitu juga dengan Peugeot CRZ Daniel berhenti di belakang kereta Ammar . Kedua dua keningnya bertaut . Mikhail juga melakukan aksi yang sama . Mereka saling berpandangan sebelum mencampakkan pandangan ke luar tingkap kereta . IPhone 5 dilihat dengan teliti . Aplikasi Waze yang digunakan untuk ke destinasi berhenti ' bersuara ' kerana telah tiba di destinasi iaitu Hotel Seri Permai .
" kau set waze betul ke tak ? " soal Mikhail sambil matanya fokus memandang bangunan banglo lama dua tingkat itu .
Kepala yang tidak gatal digaru Ammar . ' tok tok tok '. Cermin tingkap kereta bahagian pemandu diketuk . Ammar dan Mikhail terkejut secara serentak . Lalu menoleh ke tepi . Ouh , Afiq rupanya . Huh , ingatkan siapa tadi . Tingkap kereta diturunkan perlahan lahan secara automatik . Cermin mata hitam yang dipakai , ditanggalkan daripada wajah kacak Ammar .
" apa ni ? Soal Afiq hairan lalu menggaru kepala yang tidak gatal .
Ammar mengangkat bahunya sebagai isyarat tidak tahu . " aku dah set waze betul betul dah . Macam pelik aje tempat ini " Matanya dikecilkan sedikit kerana pancaran cahaya matahari yang terlalu silau .
" memang lain macam pun . Kita set hotel . Dia bawa kita pergi banglo tak siap ini buat apa ? " Kedengaran sedikit nada marah dalam suara Mikhail .
*****
Faris dan Daniel juga turut melemparkan pandangan mereka keluar tingkap kereta . Fikirannya mula rasa hairan . Teruk sangat tempat yang waze bawa ini . Dia tak tahu ke mana satu hotel , mana satu banglo .
" betul ke ini tempat nya , Daniel ? " tanya Faris di seat penumpang belakang . Matanya langsung tidak memandang wajah Daniel di hadapan.
" aish , mustahil lah ini tempatnya . Aku rasa Ammar salah set ni " duga Daniel sambil menaip mesej kepada Ammar .
*****
" try guna waze Daniel . Aku dah what's app dia tadi . " cadang Ammar semasa berbincang dengan Afiq .
Mikhail mengangguk tanda setuju . Begitu juga dengan Afiq . Afiq kembali semula ke kereta . Pintu ditutup perlahan . Afiq mengeluh . Faris memunculkan kepalanya di tengah tengah seat Daniel dan seat Afiq .
" macam mana ? " kening nya diangkat sedikit .
" hm , Ammar kata guna waze Daniel . Dia kata takut waze dia problem . " Jari jemarinya menyelak rambut perangnya yang terjuntai sedikit di dahi .
YOU ARE READING
Bella
HorrorAmmar dan rakan rakannya merancang ingin pergi bercuti sempena cuti semester . Adakah ini percutian yang paling best dan tidak boleh dilupakan mereka berempat ? Kenapa ? Sebab percutian mereka diganggu oleh ' BELLA ' . Siapa Bella ? Kenapa dengan B...