BAB 9

43 5 1
                                    

Lokasi : Bilik B3 - 191

Faris mengangguk faham selepas mendengar cerita Mikhail . Keluhan berat dilepaskan . Sesekali Faris mengurut dagunya seperti orang yang membelai janggut . Kini , baru dia faham mengapa Mikhail bersikap begitu .

' tok tok tok ' Pintu diketuk kuat berulang kali . Mikhail dan Faris serentak menoleh ke arah pintu bilik . Bila teringat cerita Mikhail , kecut pula Faris dibuatnya . Mereka menelan air liur perlahan . Bulu roma mula tegak . Mikhail memandang Faris manakala Faris memandang Mikhail dengan wajah kosong . Tidak tahu mahu buka atau tidak . Ketukan makin kuat .

" macam mana ni ? " soal Mikhail perlahan . Fikirannya sudah tidak tentu hala .

Faris bangun dari katil . Mengatur langkah perlahan menuju ke pintu . Mikhail mengikut jejak langkahnya dibelakang . Bermacam macam surah sempat mereka baca dalam hati sebagai pelindung diri . Apa yang bakal mereka hadapi selepas membuka pintu ini ?

*****

" weh , A. . . . . Afiq " Suaranya terketar ketar . Mukanya yang berpeluh dan ketakutan menghairankan Faris dan Mikhail .

Faris terkejut melihat Daniel yang dalam ketakutan itu . Tanpa berfikir panjang , Mikhail membuka langkah masuk ke bilik dihadapannya iaitu bilik Ammar , Afiq dan Daniel . Langkahnya terhenti apabila menoleh ke kanan . Muka Afiq yang mempunyai sisa darah serta tangan kirinya yang dipenuhi dengan darah . Daniel tidak sempat membersihkan darah pada tangan kiri nya selepas melihat apa yang berlaku di dalam bilik air sebentar tadi . Afiq memandangnya dengan wajah ketakutan . Mulutnya terkunci . Tidak mampu berkata apa apa lagi . Mikhail memberanikan diri untuk berjalan menghampiri Afiq . Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasan takut pada waktu itu .

" weh , kenapa  . . . . " Mata Faris terbeliak melihat keadaan Afiq . Jari telunjuknya ditunding ke arah Afiq . Daniel lantas menarik tangan Faris untuk berada dengan Afiq. Dia tidak mahu membuang masa .

" Ammar ! " Nama Ammar dilaung . Mikhail lantas menarik Ammar yang terduduk kaku di dalam bilik air keluar. Nafasnya tercungap cungap . Tangan Ammar menggigil . Mikhail cuba memerhatikan keadaan di dalam bilik air . Air di dalam sinki sudah hampir melimpah kerana paip dibiarkan terpasang . Masing masing cuba meredakan ketakutan yang melanda diri mereka sendiri .

*****

Afiq telahpun melelapkan mata . Mereka membiarkan Afiq berehat terlebih dahulu supaya otak nya lebih tenang selepas kejadian yang boleh menyebabkan seseorang trauma . Daniel menoleh ke arah Afiq . Keluhan berat dilepaskan .

" apa yang jadi tadi ? " soal Mikhail tenang . Tangannya diseluk ke dalam kocek tracksuit nya .

Ammar menundukkan muka ke bawah . Tidak tahu apa perasaanya sekarang . Sama ada takut , kesal dan . . . . macam macam lagi lah . Ammar langsung tidak bergerak walau seinci dari duduknya di kerusi meja solek . Faris mengambil tempat di katil Ammar . Posisi duduknya menghadap Afiq yang sedang nyenyak tidur . Semua senyap . Tiada sesiapa yang berani bersuara pada waktu ini . Soalan Mikhail senyap tanpa jawapan . Mikhail melemparkan pandangan ke luar bilik . Hanya langit malam yang gelap dilihatnya . Angin pada waktu malam sungguh sejuk . Dingin rasanya sehingga mencucuk kulit . Mikhail berpeluk tubuh di balkoni . Selepas beberapa minit , Mikhail melangkah masuk ke dalam bilik semula .

" Daniel , apa jadi tadi ? " Mikhail menyandarkan badannya pada dinding di tepi Daniel .

" kalau ikut apa yang Afiq cakap , masa dia nak bilas muka , dia tadah air yang keluar dari paip sinki tu . Dia tak perasan sebab time tu dia tutup mata . Lepas buka aje mata , tengok tengok muka dia dah penuh dengan darah . Tangan dia pun . Sebab dia ingatkan air . Siapa je expect darah yang keluar dari paip sinki tu . " Daniel memberitahu apa yang dikatakan Afiq tadi . Kepalanya diurut perlahan . Sakit kepala fikir apa yang terjadi ini .

" Ammar . " panggil Mikhail . Panggilan pertama tidak dilayan . Tiada sahutan .

" Mar . "

" apa ? " Suaranya perlahan . Lemah sahaja suaranya ketika itu .

Mikhail berjalan menghampiri Ammar .

" kau tak rasa pelik ke dengan apa yang jadi semua ini ? " Mikhail duduk mencangkung di hadapan Ammar . Ammar masih menundukkan kepalanya . Tangannya digenggam erat . Perasan takut masih lagi tersisa .

Akhirnya , Ammar memberikan respon . Lega sedikit Mikhail melihatnya . Ammar menganggukan kepalanya tanda setuju dengan apa yang dikatakan Mikhail . Kepalanya diangkat . Mikhail kembali berdiri semula .

" ya . Bila aku dah tengok apa yang jadi dekat kita , aku rasa ada benda . . . . " Belum sempat Ammar menghabiskan ayatnya , Faris mencelah .

" ada benda yang kacau kita . " Suaranya langsung tidak ada unsur hendak bergurau .

Secara serentak semua memandangnya . Seorang demi seorang Faris perhatikan . Mata mereka saling merenung antara satu sama lain .

" siapa yang kacau ?! " Daniel meninggikan suaranya . Lepas geram agaknya . Tidak puas hati dengan apa yang berlaku terhadap mereka berlima .

" alang alang kita semua dah berkumpul dekat bilik ini , aku nak bagitahulah , sebenarnya aku pernah mimpi pelik pasal sorang budak perempuan " Mikhail bercakap seperti seorang bos .

Kecut perut mendengar pengakuan Mikhail .

" aku pun kena . Tapi bukan mimpi " Ammar menyampuk . Sepatutnya hal ini perlu diketahui rakan rakan yang lain . Jadi , inilah masa yang sesuai untuk semua tahu apa yang dialaminya pagi tadi .

Daniel juga turut menceritakan tentang kes Faris yang terjadi di cafe semalam .

*****

Mereka akan tidur di dalam bilik yang sama malam ini untuk memudahkan jika berlaku sesuatu . Hal ini telah pun dipersetujui dalam perbincangan ringkas tadi .

Ammar dan Daniel tidur di katil masing masing . Manakala , Faris dan Mikhail tidur di sofa . Boleh sakit badan dibuatnya tetapi itu bukan perkara yang penting buat masa ini . Apa yang penting buat masa ini adalah keselamatan mereka berlima .

Bella Where stories live. Discover now