BAB 18

34 4 0
                                    

Lokasi : Lobi Hotel Seri Permai

Mereka berlari sepantas yang mungkin untuk ke lobi dan keluar dari hotel ini .

" ahh !!!! " Faris meraung kesakitan . Jeritannya menggemakan seluruh kawasan lobi . Ammar terkejut dan terus menoleh ke belakang .

Mikhail berhenti berlari di belakang Faris . Matanya membuntang bulat apabila melihat kaki kiri Faris berdarah . Jantungnya mula berdegup kencang selepas melihat sebilah pisau melekat pada kaki kiri Faris yang menyebabkan darahnya banyak mengalir . Langkah Ammar terkunci . Faris sudah terduduk dilantai . Pisau yang terlekat di kaki , cuba ditarik .

" ahhh ! " Satu lagi jeritan kuat Faris membuatkan bangunan hotel itu berdengung .

Ammar dan Mikhail berjalan laju menghampiri Faris yang sudah terbaring dari duduknya . Kaki dipegang kuat menahan kesakitan .

" wo wo . . . " Langkah Ammar dan Mikhail serentak terhenti selepas sesuatu objek sedang merangkak keluar dari bawah kerusi sebelah kiri Faris .

Air liur ditelan perlahan . Bulu roma mula naik . Angin seram sejuk mula menyapa . Mata tidak berkelip melihat objek yang sedang merangkak keluar itu . Ammar tidak tahu untuk berbuat apa . Sama ada mahu selamatkan diri atau selamatkan Faris dahulu . Objek itu kini berdiri di hadapan Faris . Senyuman yang menyeringai terukir pada wajah objek itu . Objek tersebut adalah seorang budak perempuan bergaun putih dan rambut yang diikat dibahagian belakang kepala . Ya , Bella . Mikhail berada dihadapan pandangan Bella . Ammar pula berada di belakang Bella . Nafas Mikhail sudah tidak teratur apabila ternampak wajah Bella . Langkahnya diundurkan perlahan lahan ke belakang . Tiba tiba fikirannya memainkan semula mimpi yang menghantuinya beberapa hari lepas . Wajah budak perempuan itu . . . Ya , sama macam dalam mimpi aku .

Fikiran Ammar sudah serabut . Apa yang perlu dilakukannya ? Cuba mencari ketenangan supaya lebih mudah berfikir tetapi tiada masa ! Faris meraung kesakitan buat kali ketiga . Ammar memberanikan diri untuk berjalan menghampiri Bella dan Faris . Melangkah dengan teliti tanpa sebarang bunyi tapak kasut . Mata nya terbeliak apabila melihat Bella sedang menarik pisau yang melekat pada kaki kiri Faris dengan kuat . Pandangannya beralih ke arah Mikhail pula . Mikhail berdiri kaku kerana kejadian ngeri itu dipertontonkan live di hadapan matanya . Perasaan takut mula menyelubungi dirinya .

" ah , tak boleh jadi ni ! " Ammar tidak boleh berdiam diri melihat rakannya diseksa sebegitu .

Tanpa membuang masa , Ammar terus berlari ke arah Mikhail walaupun dia terpaksa melalui tempat Faris dan Bella . Bahu Mikhail dipegang . Faris sudah merintih kesakitan . Air matanya tidak dapat bertahan lagi . Mula jatuh membasahi pipi . Tangan Mikhail mula menggeletar .

" Mika . . Listen ! " Suara Ammar dikuatkan . Mikhail tersentak daripada menonton tragedi itu .

Peluh mula membasahi dahi Mikhail . Badannya menggigil . Dada nya naik turun naik turun akibat pernafasan yang tidak stabil .

" selamatkan Faris . Kita tarik Faris , ok ? " Suara Ammar pun terketar ketar pada waktu itu . Tidak dinafikan , rasa takut , cemas dan bimbang juga turut menyelubungi dirinya .

" hah ? " Jelas sekali wajah ketakutan Ammar dan Mikhail ketika itu . Tidak boleh disorok . Pandangan mereka dialihkan ke arah Faris yang sudah terbaring lemah .

Bella merenung tajam ke arah Faris . Sesekali senyumannya menyeget ke kanan .

Bila melihat wajah Bella ketika itu , bermain segala cerita tentang Bella dalam fikiran Ammar dan Mikhail . Wujud rasa kasihan terhadap Bella . Tapi , tiada apa yang boleh mereka bantu Bella ketika itu . Sedih sangat bila ternampak wajah sedih Bella .

Mereka aturkan langkah perlahan menghampiri Faris . Gigi diketap . Mereka perlu juga cuba untuk selamatkan Faris . Perasaan itu sudah ditekadkan dalam dirinya . Langkah mereka terhenti lagi apabila Bella mengangkat pisau ke langit .

" jangan jangan nak. . . . . " Tak sempat Ammar menghabiskan teka teki yang bermain di minda nya , pisau tadi telah pun menusuk tepat ke perut Faris .

Wajah Bella terkena pancutan darah dari perut Faris . Suara Faris mengerang kesakitan semakin hilang dari pendengaran . Mikhail jatuh terduduk dilantai .

" Faris !!!!! " Laung Ammar sekuat hati .

Bella beralih tempat . Semasa Bella hendak beralih tempat , Ammar dan Mikhail berundur sedikit ke belakang . Bella sedikit pun tidak memandang mereka berdua . Hanya Ammar dan Mikhail sahaja yang merenungnya . Kalau ikutkan memang mereka boleh terus lari dari situ tetapi , langkah mereka sudah terkunci selepas melihat cara Faris dibunuh . Bukan hanya dibunuh sahaja malah diseksa .

Bella duduk bersila di tepi kepala Faris . Kepala dibetulkan posisinya . Pisau yang sudah berlumuran darah tadi , di pusing pusingkan beberapa kali di atas wajah Faris .

" sinkh " Bunyi pisau bergesel dengan wajah Faris .

Mikhail segera bangun dari duduknya apabila melihat muka Faris ditoreh . Kedua dua telinganya ditutup . Tidak sanggup dengar bunyi geseran pisau itu . Ammar menarik tangan Mikhail dan mengundurkan langkah perlahan .

Selepas beberapa kali torehan dibuat , Bella tersenyum puas . Darah yang membaluti pisau menitis di lantai . Bella bangun dari duduknya dan kini wajahnya dihadapkan ke arah Ammar dan Mikhail yang sedang melihatnya . Rasa takut macam sedang berhadapan dengan hukuman gantung . Peparu yang menjalankan proses respirasi ketika itu sudah tidak teratur . Jantung berdegup laju . Fikiran buntu . Bella berjalan perlahan ke arah Ammar dan Mikhail . Sepantas kilat , mereka berlari meninggalkan lobi . Berlari macam lipas kudung . Sedaya upaya cuba menyelamatkan diri .

Bella Where stories live. Discover now