BAB 19

42 3 2
                                    

Pintu bilik stor dikuak perlahan . Ammar menjengukkan kepalanya keluar . Menoleh ke kanan dan ke kiri berulang kali . Suasana lobi yang sangat senyap dan sepi . Tiada bunyi yang kedengaran . Kaki melangkah keluar dari bilik stor . Diikuti dengan Mikhail dibelakang . Lega sekejap setelah bermati matian larikan diri tadi . Nafas kembali teratur dan jantung kembali mengepam darah ke seluruh badan secara normal . Jasad Faris yang lemah terbaring di atas lantai berada di hadapan mata Ammar dan Mikhail . Jari telunjuk diletakkan pada bibir merah jambunya sebagai isyarat senyap . Mikhail menurut sahaja .

Langkah mereka diteruskan sehingga melepasi jasad Faris dan kaunter receptionist . Mikhail tidak berhenti menoleh ke belakang jika dia merasakan sesuatu yang pelik . Pintu keluar hotel kini berada di hadapan mata . Ammar dan Mikhail membuka langkah seribu menuju ke tempat parkir kereta .

*****

Lokasi : Tempat Parkir Kereta

" weh , Mar . Cepat cepat " Arah Mikhail tergesa gesa . Dia sudah bersedia berdiri disebelah pintu penumpang hadapan . Tangan pun sudah memegang tempat membuka pintu . Tinggal untuk ditarik dan masuk ke dalam kereta sahaja .

Tangan Ammar menggeletar . Kunci kereta di tangannya juga turut bergoncang akibat terlalu takut . Tiba tiba jantungnya berdegup kencang . Ah , sudah . Kenapa ni . Tangan kanan diletakkan di bahagian dada . Mulutnya sibuk terkumat kamit membaca zikir . Meminta ketenangan daripada Allah S.W.T . Matanya melilau melihat persekitaran parkir kereta .

" Weh Mar ! Kau buat apa ?! " Sergah Mikhail yang sudah naik angin .

" jap , jap . " Kunci kereta dicucuk ke dalam tempat khas nya . Dipusing . Pintu tidak dapat dibuka . Berkali kali Ammar mencuba tetapi tidak berhasil .

" oi . kau buat apa do . " Mikhail mempercepatkan langkahnya menghampiri Ammar . Kunci ditangan Ammar dirampas kasar . Button untuk buka lock pintu ditekan . Sempat lagi Mikhail menayangkan muka toya nya . Ah , bukan masa nak gelak gelak sekarang . Pintu dibuka dan terus ditutup kuat .

" Ammar ! ! ! ! ! " Ammar menoleh ke sisi melihat tempat duduk Mikhail kosong . Tiada orang . Kepala nya mula berpusing berapa darjah mencari Mikhail .

Pintu bahagian pemandu dibuka . Air liur ditelan perlahan . Rasa takut mula menyelubungi dirinya semula . Ammar berjalan ke hadapan kereta . Matanya terbeliak seketika . Mikhail sudah terbaring di atas jalan tar dengan keadaan meraung kesakitan . Nama Ammar dipanggil berkali kali . Langkahnya diatur menghampiri Mikhail . Sebilah pisau berdiri tegak di peha bahagian kanannya . Darah mula membasahi seluar jeans biru yang dipakai . Dia tahu ini kerja siapa . Hati mula tidak tenang . Takut kena serang hendap . Kawasan parkir kereta yang sunyi tanpa sebarang kelibat orang . Awan sudah mula gelap . Menandakan siang ingin bertukar menjadi malam . Matahari hampir terbenam .

Ammar mengangkat Mikhail lalu memasukkanya terus ke dalam perut kereta bahagian penumpang disebelah pemandu . Pintu kereta ditutup . Mikhail masih meraung kesakitan . Peha yang terpacak pisau itu ditekan kuat . Rasa sakitnya seperti disiat siat kulit . Peh .

Dengan selamatnya , Ammar berjaya masuk ke dalam kereta semula . Enjin kereta dihidupkan .

" Mar . . . lock pintu . " Jari telunjuk Mikhail ditundingkan ke arah button lock .

Ammar menoleh sekilas ke arah Mikhail yang sedang perit menahan kesakitan . Pisau masih lagj terpacak pada peha Mikhail . Memang niat Ammar mahu mencabutnya dahulu tadi tetapi Mikhail tidak benarkan . Katanya , masuk kereta dahulu . Takut nanti kena lagi . Ammar menurut sahaja permintaan rakannya . Button lock ditekan . Rasa lega selega nya apabila kereta sudah berada dalam keadaan lock . Hand break ditekan . Pedal minyak juga ditekan . Perodua Bezza Ammar bergerak meninggalkan kawasan parkir kereta itu . Mikhail di sebelah hampir terlelap walaupun masih rasa kepedihan pisau menusuk ke peha nya . Kelajuan kereta bertambah apabila Ammar melihat Mikhail yang sudah tidak tahan lagi menahan kesakitan . Suara raungan kesakitan tidak lagi didengari . Hati mula tidak sedap . Tangan kiri Ammar menggoyangkan bahu Mikhail . Pertama , tiada respon . Kedua , juga tiada respon . Kali ketiga , bahunya di tolak kasar .

Bella Where stories live. Discover now