2☀Senior

965 58 1
                                    

Ashwin POV

Aku mendengar segala celoteh-celoteh guru kelas aku. Dia ni makan apa sampai banyak mulut ni-_-; ??

Fikiran aku menerawang ke arah lain. Aku mula teringatkan seseorang.

George Drake.

Handsome kan senior tadi~

Wake up, Ashwin! Kau tu lelaki. Dan kau masih waras lagi. Tapi kalau puji sekali sekala apa salahnya? Lagipun muka dia nak sama dengan korean artist kegemaran aku iaitu G-Dragon dari kumpulan Big Bang. Yehet~

Esok aku nak jumpa senior tu lagilah. Nak mintak tanda tangan. Yehet~

''Ashwin Zef!!'' Aku mula kalut. Cikgu banyak bebel tu panggil aku.

''Ada apa, teacher?'' Aku menayangkan sengihan mintak penampar. Well...aku memang macamni.

''Jangan mengelamun dalam kelas.''

''Okay,'' aku kembali mendengar apa yang dibicarakan oleh guruku. Guruku konon...

Kring~

Tiga jam berlalu dengan pantas. Loceng pun dah berbunyi tanda waktu balik. Aku pun kemaslah apa yang patut. Nanti tertinggal barang pulak.

Aku nampak Ladd melambaikan tangannya dekat aku.

Ladd Xaiver. Lelaki pelupa. Walaupun seorang yang pelupa, tapi kawannya tak pernah lupa. Pantun pulak dah...

DRAKE mengambil mengambil sebotol wain untuk diminum. Sekali sekala dia memegang mukanya yang dicucuk oleh juniornya tadi.

''Ashwin Zef,'' sebutnya. Drake mula teringatkan lelaki tadi. Perwatakan Ashwin sungguh sama dengan si 'dia'. Namun yang berbezanya Ashwin mempunyai sifat kelakian dan itu yang membuatkan dia keliru sama ada 'dia' dan Ashwin adalah orang yang sama atau sebaliknya. Dan Ashwin ialah Light. Berbeza dengan si 'dia'. Si 'dia' pula ialah Dark.

''Hey bro.''

Drake menoleh. Dia memandang ke arah seorang lelaki berwajah manis bak gula berambut hitam, berbaju putih berbutang separuh hampir menampakkan dada bidangnya yang dimasukkan ke dalam seluar hitamnya, memakai choker biru gelap dan berkot putih bercorakkan bunga berwarna hitam yang mempunyai kolar hitam berbintik putih. Dia juga mengenakan subang hitam berbentuk cincin. Drake hanya memandang sepi ke arahnya.

''What do you want, Teo?'' Soal Drake ke arah lelaki yang dikenali sebagai Teo itu.

''Kau rasa tu 'dia' ke?'' Drake menganggukkan kepalanya. Beberapa saat kemudian dia menggeleng semula. Sah mabuk, bisik hati Teo.

Drake meneguk wain itu sehingga habis. Kemudian dia mula ketawa seorang diri.

''Why did you leave me?'' Drake berkata dengan sisa-sisa ketawanya. Teo yang melihat itu hanya mampu terkedu. Parah, gumamnya.

''WHY??!!!''

Kesemua penghuni di dalam rumah itu bergegas ke dapur. Seorang lelaki berambut putih menenangkan Drake.

''Derek, aku arahkan kau lepaskan aku,'' Derek menggelengkan kepalanya. Sesungguhnya dia berasa amat kasihan dengan si ketua. Dia tidak sangka bahawa si 'dia' boleh mengubah hidup Drake.

Pada pandangan Drake, si 'dia' terlalu istimewa. Kecantikkan si 'dia' menjadi tumpuan ramai Kerato sepertinya. Apatah lagi si 'dia' merupakan Clairvoyance. Drake berasa beruntung kerana terpilih untuk membuat perjanjian dengan si 'dia'.

Si 'dia' ingin menjadi seorang gadis bersayap hitam dan mempunyai kuasa untuk membalas dendam terhadap orang yang mencelakakannya. Itulah hajat si 'dia'.

''Raymond tolong papah si Drake ni,'' lelaki yang bernama Raymond itu menurut apa yang disuruh. Dia terus memapah Drake ke bilik.

Seorang lelaki berambut merah jambu mengambil kain lap untuk mengelap meja yang basah akibat percikan wine ketika Drake ketawa.

''Apa kita nak buat ni?'' Lelaki tadi bertanya sambil mengelap mejanya.

''I don't know, Kyros,'' Derek menjawab soalan lelaki yang bernama Kyros tadi.

''Tapikan-''

''Baik kamu lap dulu meja tu,'' Derek memintas kata-kata anak raja itu. Dia tak mahu dengar semua itu.

Keempat-empat Kerato itu kembali ke bilik masing-masing kecuali Derek. Dia duduk di kerusi dan mengelamun. Tiba-tiba...

''รεкคяคหg, мuหcułłคн dคя¡ кεgεłคpคห т¡คdค pεหgнujuหgหყค~

Tatu berbentuk 💦 milik Derek bercahaya selepas mendengar ayat mantera itu. Nampaknya ada manusia yang ingin membuat perjanjian dengan aku, bisiknya.

Dia kemudian melebarkan sayap hitamnya lalu menghilang.

''YOU will never find yourself until you face the truth.''

''Huh!!!'' Ashwin terbangun dari tidurnya.

Dia meraup kasar mukanya. Bisikan itu selalu mengganggunya dari kecil.
Bisikan itu kedengaran seperti suara seorang perempuan.

''Apa maksud semua ni?''

''What do you mean, Ash?'' Ashwin menoleh. Madelyn memberikan pandangan bermaksud pelik akan sikap Ashwin.

''Akak dah masakkan spaghetti ni. Tapi sos cendawan. Takpe kan?'' Ashwin mengangguk. Kalau nak beli sos biasa mahal pulak.

Tiba-tiba dia ternampak seseorang di tingkap. Ashwin mengamati wajah seseorang itu dan dia mula terkedu.

''Senior...'' sebut Ashwin. Dia berlalu ke arah pintu lalu membukanya.

Namun, tiada orang pun berada di luar. Pelik, gumamnya.

Tapi bagaimana dia mengetahui yang seseorang yang dilihatnya itu Drake padahal tingkap rumahnya adalah tingkap bercorak bunga yang memiliki sifat kabur?

DRAKE menghembuskan nafas lega. Dia menjengulkan kepalanya untuk melihat Ashwin. Hampir gugur jantungnya saat matanya bertembung mata biru Ashwin. Bagai nak gila melihat pantulan dirinya di mata Ashwin.

Dilihatnya Ashwin sedang menjamah spaghetti carbonara. Comot dibibirnya membuatkan Drake tersenyum. Macam bayi.

''Nampaknya aku kena bertindak sekarang,'' kata Drake sendirian. Dia pun berlalu keluar dari perkarangan rumah Ashwin.

Skip…

Di Hexa Mall…

Di Dooddle Pet Shop...

(Dalam kedai)

Drake memerhati sekeliling. Mana tahu ada sangkar kosong. Dan…yes! Ada!

Dia pun keluar dari kedai haiwan tersebut. Dia menuju ke tandas lelaki.

(Dalam tandas)

''Good. Takde orang.'' Drake tersenyum. Mulutnya terkumat-kamit sesuatu. Serta merta, badannya mengeluarkan  aura hitam. Aura hitam itu bersatu dengan tubuh Drake seperti 'membungkus' Drake.

Badannya perlahan-lahan mengecil. Dan……

To be continue…

_______________________

 AWAKE: THE RESSURECTION OF THE HEROWhere stories live. Discover now