39☀Liquid Of Affection

139 17 0
                                    

"I'M HOME!!"

Aku melangkah masuk ke dalam rumah. Sebuah botol potion berisi cecair merah ditanganku digenggam erat.

Aku pasti… cecair ini mampu membantu aku meraih kembali kepercayaan Queen Rosa.

"Mana abang pergi?" Arkella yang muncul dari dapur menyoal saat melihat kelibatku pulang.

Aku tidak mengendahkannya. Langkah dilajukan menuju ke bilik aku dah Queen Rosa.

Setelah tiba, pintu bilikku dibuka. Hatiku sayu saat melihat Queen Rosa berselubung satu badan dalam selimut.

"Rosa… " panggilku dengan nada yang lembut. Langkah disusun menghampiri katil.

"Kenapa, Archy? Awak okay tak?"

Queen Rosa menurunkan selimut yang menutupi kepalanya sambil bertanya pada aku.

Aku diam tak berkutik. Mata biruku terus-terusan merenung dalam mata merahnya.

What a lovely eyes…

"Kenapa diam ni? Tell me, awak ada masalah ke? Atau… awak ada buat masalah?"

Aku tersenyum kecil mendengar soalannya yang terakhir itu.

"Cecair apa tu, Archy? It's scaring me."

"It's scaring me too."

Aku bersuara setelah lama berdiam diri. Aku melabuhkan punggung di sebelahnya. Rambutnya yang terjuntai itu aku selitkan di telinga separa runcingnya.

"You're weird… " luah Queen Rosa sambil menatap wajahku. Keningnya juga bercantum.

"You're weird too."

"Damn! Archy! Please… atleast tell me… did I did wrong to you?"

"Patutnya aku yang tanya kau soalan tu.." aku  berkata sambil meneliti cecair merah dalam botol potion itu.

Suasana sunyi menemani kami. Sehinggalah…

"Hanya ini sahaja cara… " perlahan aku bersuara. Gabus yang menjadi penutup botol itu aku buka.

"Wha…what are you doing…?"

"Nak dapatkan semula kepercayaan kau pada aku.."

Lalu, cecair merah itu aku teguk!

"Stop! Stop it, Archy! Gràdhrentia bukanlah potion biasa! Hentikan!"

Gràdhrentia , sejenis potion cinta yang bertaraf tinggi. Barang sesiapa yang meminumnya akan mempunyai perasaan obses terhadap pembuat potion. Ianya sama seperti Amortentia, cuma Gràdhrentia agak terkawal sedikit.

Ada juga versi lain di mana jika kita minum cecair cinta ini kita akan menyukai seseorang yang berada di depan mata kita seolah-olah seseorang itu cinta pandang pertama.

Kita pun boleh tambah sebahagian dari anggota badan kita (serpihan kuku, rambut atau lain-lain) ke dalam ramuan potion tu. Aku juga ada suruh pembuat potion tu campur sehelai rambut Queen Rosa yang gugur.

Habis sebotol Gràdhrentia diteguk aku. Queen Rosa tercenggang melihatku.

"A-Archy… "

Aku dapat merasakan suhu badanku meningkat. Jantungku pula berdegup pantas.

"Archy… are you okay?! Jangan buat saya risau!"

Aku merenung Queen Rosa. Berdebar-debar aku melihat sepasang matanya yang merah itu.

Semerah bunga ros yang wangi..

Tunggu! Badan Queen Rosa juga wangi seperti bunga ros, bukan?

"I love you so much, my queen. Be mine… "

 AWAKE: THE RESSURECTION OF THE HEROWhere stories live. Discover now