"Wait! ROSA!"
Aku memanggil Queen Rosa yang sudah menjauh. Langkahnya disusun menuju ke bilik si kucing.
"Where the fuck is him?! WHERE?!!" Queen Rosa mula menggeledah bilik Skye.
"WHERE IS HIM?!!"
"Rosa… " lembut suaraku memanggil namanya. Dia menoleh ke arahku sambil merenung tajam wajahku.
"Kau… masih cintakan Ashley, kan?"
Wajah Queen Rosa berubah. Dari mimik garang bertukar serbasalah.
"A…apa awak cakap ni? I'm already forget him!"
"Liar. Habistu, kenapa kau nak bunuh yokai tu? Lima ratus tahun sudah berlalu, Rosa. Kau patut lupakan. Kalau kau bunuh yokai, bukannya dapat hidupkan Ashley kembali. Malah, Ashley akan sedih tengok kau begini."
Aku berhujah panjang. Queen Rosa menundukkan kepalanya.
Aku mendekatinya. Dagunya aku angkat bagi merenung mata merahnya.
"Apa kau buat ni hanya sia-sia sahaja, Rosa. It waste your time."
Aku membawa Queen Rosa ke dalam pelukan. Bahuku basah dek air mata sang permaisuri.
"Maafkan saya, Archy… maafkan saya… " pohonnya dalam tangis. Aku tersenyum seraya mengusap kepalanya. Dahinya aku cium.
"It's okay. Don't cry.."
"Tak… saya bersalah. Saya langsung tak fikir perasaan awak. Saya teruk..."
Tangis Queen Rosa lalu kepalanya disembamkan di dadaku.
Hmm… inilah peluang.
Aku memandang sebuah almari besar di hadapanku. Di belakang almari itu terdapat dua ekor gebu milik Skye.
Dengan menggunakan sihir, aku mencuit ekornya. Skye yang berada di belakang almari menjengulkan kepalanya.
Aku memberi isyarat mata pada Skye. Kucing itu faham seraya sepantas kilat menyusup di tepiku tanpa melakukan sebarang bunyi.
"Saya… rasa macam Yokai- "
"Shh… "
☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀
Selepas 2 hari kami berlayar, kami bertiga akhirnya tiba di Omonoia.
What a joyous day!
"Saya tak sabar nak bersuamikan guru."
Aku tergelak kecil mendengar luahan berbaur teruja dari Queen Rosa.
Macam mana dia tahu? Heh... takkanlah aku asyik nak 'bermesra' dengan dia! Mestilah kami ingin bertanyakan tentang asal-usul masing-masing.
"NO! NO! JANGAN PERGI!!"
Aku dan Queen Rosa terperanjat mendengar suara garau menjerit bagai nak mati. Aku menoleh ke belakang.
"Skye, lepaskan Arkella. Lagipun dia sama hala tuju dengan kita."
Seorang lelaki Magical Human
berambut putih susu memegang bahu Skye. Si kucing melepaskan pelukan di pinggang Arkella."Yokai… "
Aku menoleh ke tepi. Queen Rosa merenung tajam si kucing.
"Calm down, darling. Past is past, right?" Bisikku di telinganya.
"Awak tak faham…" Queen Rosa melangkah laju meninggalkan aku. Kepala digaru.
Aku kena pujuk dia.
YOU ARE READING
AWAKE: THE RESSURECTION OF THE HERO
FantasySudah lama dia 'tertidur'. Sudah lama dia tidak dibangkitkan. Bagi Ashwin, dia hanya seorang pelajar biasa. Tiada kuasa mahupun kelebihan. Hanya memiliki otak yang bijak serta tubuh badan yang tegap. Namun, apabila umurnya masuk 16 tahun, sesuatu...