Lypimenos ataupun Athymos, daerah yang digelar 'daerah kesedihan'. Daerah ini merupakan hasil pindahan penduduk.
Ini kerana ramai manusia mati dibaham hydra. Oleh itu, mereka berpindah ke tempat baru sambil meratap mereka yang sudah tiada.
Di Endbreath, sebuah kampung yang pertama dibina, terdapat sebuah rumah agam yang besar.
Di belakang rumah itu, terdapat dua orang manusia. Seorang itu hanya berdiri sambil menghisap curut. Manakala seorang lagi sedang menetak patung kayu dengan badan penuh lenggok.
Zap!
Zap!
Zap!
"Jangan tetak macam orang malas, Archestar.."
Archestar mencebik mendengar teguran Fengari. Pedang dicucuk atas tanah.
"Archy tak minat jadi pahlawan. Archy nak jadi ahli sihir..."
Fengari menggosok lehernya. Tanpa berkata-apa, dia terus memasuki rumah.
Archestar hanya mengikuti langkah Fengari dengan muncung di bibir.
"Ayah... nak belajar sihir... "
"Follow me.."
"Pergi mana?"
"Ikut je. No protest. "
Balasan Fengari itu memanjangkan lagi muncung Archestar.
"Dah habis berlatih ke?"
Ailice menyoal saat melihat si suami dan si anak yang sudah berada di ruang tamu.
"Not yet. Tapi aku nak bincang sekejap dengan Archestar. Arkella mana?"
"Arkella tengah baca grimoire dekat dalam bilik dia."
Fengari tersengih. Sengihannya melebar tatkala mendengar jeritan stres anak perempuannya.
"Fengari..."
"Hurmm...?"
"Janji dengan saya yang awak akan teman saya..."
Mata coklat Ailice merenung mata merah Fengari sedalam-dalam yang mungkin.
"Aku tak janji. Bukan sebab aku akan pergi jauh. Kemungkinan rumor tentang kematian Aurinko palsu."
Ailice tersenyum kelat mendengar balasan dingin dari Fengari.
Benar. Kemungkinan Aurinko masih hidup.
"Sedapnya!"
Archestar menjilat bibirnya. Sup cendawan dalam mangkuknya sudah licin.
"Archestar langsung tak macam ayah dia."
"Tu yang buat aku risau. Aku takut aku tak dapat latih dia sebelum Aurinko balik."
"Awak masih harapkan kepulangan Aurinko?"
"Sejujurnya... ya."
Fengari berlalu meninggalkan Ailice terpinga-pinga. Perasaanya bercampur baur.
"Archestar, jom."
"Okay.."
Apabila bayangan Fengari dan Archestar menghilang, Ailice melabuhkan punggungnya pada kerusi kayu berdekatan.
Dia menekup wajahnya. Bahunya terhenjut-henjut. Air mata mengalir deras.
Susah sangat ke nak terima aku... ?
☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀
"Sit here."
Archestar menurut. Fengari menarik kerusi kayu lantas duduk bertentangan dengan Archestar.
YOU ARE READING
AWAKE: THE RESSURECTION OF THE HERO
FantasySudah lama dia 'tertidur'. Sudah lama dia tidak dibangkitkan. Bagi Ashwin, dia hanya seorang pelajar biasa. Tiada kuasa mahupun kelebihan. Hanya memiliki otak yang bijak serta tubuh badan yang tegap. Namun, apabila umurnya masuk 16 tahun, sesuatu...