Harini subjek Geography. Very very not good. Paling teruk adalah aku lupa nak bawa set geometry.
Shit.Sudahlah aku mimpi benda pelik. 'Suci' pulak tu. Errk...
Sekarang ni, set geometry siapa aku nak rembat?
"This pretty boy looks worry about something. Why? Lupa bawa set geometry ke?"
Seriously, dalam banyak-banyak manusia dalam sekolah ni, kenapa mesti Nicholas yang aku jumpa?
Oops! Nicholas kan v*mp*r*.
"Ash, Ash. Such a shame. By the way, Peater cakap yang Marika bonceng motor kau semalam. Kau ada hubungan dengan Marika, eh?"
"Ha'ah. Memang ada pun. Kenapa?" Balasku-ingin mencabarnya. Nicholas mengetap giginya menahan geram. Koyak ke?
"Kau tengok nanti." Nicholas berlalu pergi selepas memberi amaran pada aku. Do I care?
Macam 3 hari lepas, sampai sekolah aku akan ke library. Tiba-tiba, aku terasa seperti terpijak sesuatu. Aku memandang ke bawah. Serta merta, aku terkedu.
Aku terus mencapai set geometry yang aku pijak tadi dan berlalu dari situ seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Persoalannya, mana datang set geometry tu?
☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀
Aku hanya memerhati Ashwin dari jauh. Sengaja aku jatuhkan set geometry aku supaya dia boleh pinjam. Aku ni takdelah kejam sangat. Cuma… pasal Marika, aku terkilan sikit.
Marika tu sepatutnya mate aku. Dah beribu-ribu tahun aku tunggu dia. And now, apa yang aku dapat? Broken heart.
Lagi sakit bila aku dapat tahu yang mereka couple. Pagi tadi macam biasa, aku akan ganggu Marika. Act pervert around her. But then, Marika cakap yang dia dah couple. With who? Tch. Ashwin.
Mula-mula, aku tak percaya. Sampailah tadi, Ashwin cakap macam tu. Aku rasa macam… yang aku ni orang ketiga dalam hubungan mereka.
"Nicho…" suara perlahan Leonard menyapa aku. Aku memandang kosong ke arahnya. Serius, perkara tadi buat aku hilang mood.
"Kau pasti ke yang mereka dah couple?"
Melalut apa pula singa ni pagi-pagi?
"Ya, aku tahu aku singa. But aku tak melalut pun. Aku rasa semua ni kebetulan je."
"Apa maksud kau, Mr Jade?" Tanyaku penuh hairan.
"Marika ada cakap tak bila dan dekat mana dia start jadi girlfriend Ashwin?"
"Marika cakap yang dia confess dekat Ashwin pagi tadi dekat X-cloudy Hall," ujar aku tanpa memandang wajah Leonard. Dengan itu, Leonard tertawa kecil.
"Malangnya, tak ada sesiapa pun dekat situ dari jam 0500 pagi tadi. Aku ditugaskan untuk tengok keadaan dewan and sampailah jam 0700 sekarang, tak ada siapa pun masuk dewan X-cloudy."
Mendengar penjelasan Leonard membuatkan aku tercenggang. Jadi maknanya…
Ah! Tak mungkin Marika bohong pada aku. Ashwin pun mengaku yang dia ada relay dengan Marika.
"Mustahil. Ashwin pun mengaku yang dia couple Marika. Macam mana--"
"Macam yang aku cakap, semua ni hanya kebetulan. Lagipun, Ashwin baru je sampai. Depan mata aku dia letak motor dia dekat port dia. Marika pula terus pergi jumpa cikgu lepas dia sampai."
Entah kenapa, otak aku seperti sedang memproses sesuatu.
Marika datang awal ke sekolah dan duduk di Smart One Hall. Aku pun terus ganggu dia. Dia tak tahan then terus buat pengakuan yang dia dah couple dengan Ashwin. Marika pun terus pergi dari situ. Aku tak percaya dan terus berlari mencari Ashwin. Satu sekolah aku pusing dan aku kembali ke Smart One Hall. Dan saat itu, barulah aku nampak Ashwin baru meletakkan begnya. Dan aku pun terus serbu Ashwin.
YOU ARE READING
AWAKE: THE RESSURECTION OF THE HERO
FantasySudah lama dia 'tertidur'. Sudah lama dia tidak dibangkitkan. Bagi Ashwin, dia hanya seorang pelajar biasa. Tiada kuasa mahupun kelebihan. Hanya memiliki otak yang bijak serta tubuh badan yang tegap. Namun, apabila umurnya masuk 16 tahun, sesuatu...