Lelaki Pure Human tadi diletak bersebelahan dengan mayat-mayat yang lain. Dia menggosok berkali-kali kedua-dua tapak tangannya tanda bangga akan hasil kerjanya.
"Cukup untuk 3 bulan. Kenyang aku. Hihihi… "
Teressa ketawa mengikik. Tidak disedarinya dek Sang Wira yang berada di belakang menghampirinya.
"We meet again, Teressa. What a joyous day."
Teressa terkejut mendengar suara itu. Kepalanya ditoleh kebelakang.
"ARCHESTAR?!"
Aku tersenyum sinis. Pedang disisip semula di pinggang.
"Kau betul-betul menempah maut.."
"Aku taknak berlawan dengan kau. Aku ingin berdamai.."
Aku berkata dengan tenang.
Walhal dalam hati aku dah excited nak mati dah ni…
"Berdamai? Jangan buat lawak.."
"Easy, tigress. Aku taknak lawan dengan kau dan taknak bunuh kau, so… berdamai?"
"HAHAHAHA!!" Teressa ketawa besar mendengar ujaranku.
Sial.
"JANTAN SIAL! KALIAN MEMANG TAK GUNA!!"
Dia mengaum sekuat hatinya. Aku hanya memerhatinya sahaja.
"KALIAN SEKSA AKU!! SEKSA HATI AKU!!"
Luahan Teressa mengingatkan aku pada wajah Huilin yang tampak terkejut apabila mendengar namanya.
"DASAR TAK GUNA!! TAKDE MARUAH PUNYA-''
"Huilin?" Sebutku. Entah kenapa aku rasakan yang Huilin ada kaitan dengan Teressa.
"Kau kenal ke lelaki sial tu?"
Aku terdiam mendengar soalannya. Sah! Ada kaitan!
"Kalau kau kenal maknanya KAU PUN SAMA DENGAN DIA!!!"
Teressa menyerang aku bertubi-tubi! Aku agak terkial-kial kerana kelajuannya hampir sama dengan kelajuanku!
"MATI KAU! KAU SAMA MACAM JANTAN TU!! DASAR HIDUNG BELANG!!!"
Akhirnya, dadaku dicakarnya!
"Kau lemah, Archestar! SAMA MACAM HUILIN!! HAHAHAH!!!"
Shit! Ni dah melampau! Mentang-mentang mental kau dah wrong kau samakan aku dengan Huilin.
"Atleast, aku tak serang membabi buta macam kau.."
Luka di dadaku sembuh dengan perlahan. Kuat jugak kuku Teressa. Sampai tembus perisai aku.
She's the badass..
"… tapi aku admit, kau kuat. Sekuat-kuat dendam kau pada Huilin."
"DIAAAMM!!" Jeritnya. Dia meluru laju ke arahku.
Aku mengelak serangannya. Kali ini aku mahu elak sahaja...
"BAIK AKU BUNUH KAU, MANUSIA!! DASAR BUAYA!! GRRR!!!"
Cakap manusia... tiba-tiba masuk buaya ni apahal?
It's okay, Archy. Semuanya dalam perancangan. Kau cuma perlu tunggu masa untuk buah hati kau bertindak sahaja.
"ROOOAAAARR!!"
Teressa mengaum saat tubuh harimaunya dililit rantai besi!
"Archy…!"
Mendengar sahaja jeritan Queen Rosa, aku pantas meluru ke arah Teressa yang sedang bergelut untuk melepaskan diri.
"SIAL!! KALIAN BERKOMPLOT, YA?!!"
YOU ARE READING
AWAKE: THE RESSURECTION OF THE HERO
FantasySudah lama dia 'tertidur'. Sudah lama dia tidak dibangkitkan. Bagi Ashwin, dia hanya seorang pelajar biasa. Tiada kuasa mahupun kelebihan. Hanya memiliki otak yang bijak serta tubuh badan yang tegap. Namun, apabila umurnya masuk 16 tahun, sesuatu...