KERINGAT mula menghujani di dahi. Tangannya ligat menyusun kotak-kotak kecil sebesar tapak tangan dewasa itu di rak yang dihiasi dengan reben merah hati. Sekali-sekala tangan kanannya mengelap peluh di dahi. Bajunya juga basah bermandikan peluh.
''Haihh…. Ada lagi. Tak guna,'' keluhnya apabila terpandang berpuluh-puluh batang pen yang berterabur di atas lantai. Hatinya menyumpah seranah. Penat tahu tak?!
''Needs some help, Edwin?'' Tanya seseorang di muka pintu. Edwin mengalihkan pandangannya ke pintu kedainya.
''Kau demam ke, Sam?'' Tanya Edwin. Samuel mengerutkan dahinya. Deman?
''Aku tak demamlah. Kenapa kau tanya aku demam ke tak?''
''Yelah. Takde angin takde ribut, tiba-tiba nak tolong aku. Lainlah kalau kau ada muslihat,'' balas Edwin. Mesti Samuel ada sebab nak tolong dia. Mesti ada sebab yang tersembunyi. Mesti ada udang di sebalik mi!
''Actually, yes. Memang ada. Tapi aku akan bagitahu lepas aku tolong kau kemas barang-barang kau.'' Samuel berkata seraya mengutip jam poket antik yang bersepah di kaunter pembayaran dan meletakkan mereka ke dalam sebuah bekas yang dilukis corak geometri.
Mereka pun mengemas dan menyusun kesemua barang-barang yang bersepah. Kedai J&H Fagoúra Shop ditutup untuk hari ini kerana kedai itu seperti dilanda ribut dan angin kencang yang menggila.
ASHWIN memicit pelipisnya. Sakit kepala makin menjadi-jadi. Sudah masuk hari yang ke-3 dia demam. Demamnya itu seperti tidak mahu kebah.
''Ash~''
Ashwin mengangkat kepalanya. Senyuman mula terukir apabila melihat Ladd menuju ke katilnya. Ladd meletakkan bungkusan plastik yang dibawanya di atas meja belajar.
''Mike… da…tang tak?'' Tersekat-sekat suaranya menanya Ladd. Ladd mengangguk.
''Mana dia?''
''Ada kat bawah dengan Backlyz. Diorang tengah angkut hadiah kau.'' Ladd membalas pertanyaan Ashwin sambil tersenyum. Berharap Ashwin gembira.
''Be…betul k…ke?
''Ha'ah. Dan-'' kata-kata Ladd dipotong oleh bunyi pintu yang dikuak dari luar.
''Hi, Ash. Ni aku dengan Backlyz ada bawak hadiah yang kami nak bagi kau dulu.'' Mike berkata seraya meletakkan sebuah kotak sebesar kanak-kanak berwarna kuning yang dihiasi dengan reben putih di atas meja belajar Ashwin.
''Sebenarnya ada banyak lagi dalam kereta. Tapi tak larat nak angkut.'' Backlyz tersengih.
Pintu dikuak lagi dari luar. Muncul seorang lelaki yang tidak dikenali Ashwin membawa kotak yang sama seperti tadi. Yang bezanya, reben pada kotak itu kuning manakala kotak itu berwarna putih.
''Uissh…. Penatnya,'' keluhnya. Dia kemudian memandang Ashwin lalu tersenyum.
Ashwin membalas senyumannya. ''Duduklah,'' pelawa Ashwin.
''Hi. I'm Edison Ace. Class 2 Charm. Nice to meet you. Are you Ashwin?''
''Eh! Taklah. Abu (ash).'' Gurau Ashwin. Ladd tertawa geli hati. Sakit-sakit pun boleh bergurau. Hebat betul Ashwin.
''Hello~''
Semua tertoleh ke pintu. Seorang lelaki bermata bulat seperti burung hantu membawa kotak berwarna putih yang dihiasi dengan reben putih.
''You're late, Danny,'' bidas Edison. Kowl Danny memasamkan wajahnya.
''Your eyes like an owl, Danny. Malam tidur pukul berapa?'' Ashwin bertanya kepada Danny. Danny meletakkan jari telunjuknya di dagu. Persis orang sedang berfikir.
YOU ARE READING
AWAKE: THE RESSURECTION OF THE HERO
FantasySudah lama dia 'tertidur'. Sudah lama dia tidak dibangkitkan. Bagi Ashwin, dia hanya seorang pelajar biasa. Tiada kuasa mahupun kelebihan. Hanya memiliki otak yang bijak serta tubuh badan yang tegap. Namun, apabila umurnya masuk 16 tahun, sesuatu...