"Ah, Archy! Duduklah. Saya dah siapkan sarapan."
Pelawa Queen Rosa saat melihat kelibat aku di ruang dapur. Aku melabuhkan punggung di atas kerusi kayu.
Kerusi di sebelahku ditarik. Agak mengejutkan kerana Arkella yang menarik kerusi tadi!
"W-what? Haha... " tawa janggal terletus di bibir Arkella.
"Kau buang tebiat ke?" Soalan pedas terluncur keluar dari bibirku. Sepasang mata biruku terus-terusan merenung wajah yang tidak pernah bersarapan dengan aku.
"Apa awak ni, Archy? Tak baiklah..."
Queen Rosa menegur aku perbuatan aku. Haih...
Dahlah tadi aku dapat mimpi pelik. Naik serabut kepala aku. Tambah pula adik aku yang pelik kelakuannya pada pagi ini. Nak pecah kepala aku dibuatnya.
Suasana pun menjadi sunyi selepas itu. Hanya bunyi sudu dan garfu berlaga dengan pinggang sahaja kedengaran. Arkella, makhluk pertama yang berjaya menghabiskan isi dalam pinggannya.
"Archy..."
Aku berhenti menyuapkan makanan dalam mulut setelah mendengar suara lembut memanggilku.
"Yes, dear?''
"Buru monster nak tak?"
Pinta Queen Rosa sambil mengerdipkan matanya berkali-kali.
"Boleh je..." balasku lalu menyimpulkan senyuman.
"Yeah!" Soraknya. Aku tergelak kecil melihat telatahnya.
"Tch.."
Arkella berdecit di sebelahku. Aku tersenyum sinis lalu membuat isyarat pada Queen Rosa.
Queen Rosa yang faham akan isyaratku terus bangun dari kerusinya. Dia berjalan menghampiri aku.
Aku menarik tangannya sehingga dia terduduk di atas pehaku.
Leher Queen Rosa dikucup dari belakang. Sengaja aku kuatkan bunyi kucupan agar Arkella rasa meluat.
"It's okay. I'll go find Skye."
"Macamlah kucing hodoh tu nak dekat kau... " bidasku.
"Atleast, dia tak macam abang."
Aku terdiam mendengar balasan Arkella. Apa maksud dia? Skye tak macam aku?
Bodoh. Memang Skye tak sama dengan aku sebab dia tu Yokai dan aku Shadow Hunter! Jika dia tu haiwan, aku pula manusia!
"Teruklah awak ni! Kesian Arkella!" Queen Rosa berkata sambil tergelak kecil. Aku hanya tersenyum sinis.
"By the way, Skye tu yokai yang saya nampak haritu, bukan?"
"Yes. He is.."
☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀
"Selamat tengahari, Tuan Archestar.."
Seorang lelaki Magical Human tua beramah mesra. Aku tersenyum lalu menunduk hormat.
Walaupun aku terkenal, aku harus menghormati orang yang lebih tua daripada aku.
"You're too polite. Saya tak salah pilih bakal suami."
Merona pipiku mendengar pujian Queen Rosa. Suasana bingit dengan jeritan lantang manusia berjual beli tidak diendahkan aku.
Shit! Sejak bila pulak aku jadi pemalu ni?!
"Look, Archy! Ada contract! Jom tengok!"
Queen Rosa bersuara lantang sambil menarik lenganku ke sesuatu tempat.
YOU ARE READING
AWAKE: THE RESSURECTION OF THE HERO
FantasySudah lama dia 'tertidur'. Sudah lama dia tidak dibangkitkan. Bagi Ashwin, dia hanya seorang pelajar biasa. Tiada kuasa mahupun kelebihan. Hanya memiliki otak yang bijak serta tubuh badan yang tegap. Namun, apabila umurnya masuk 16 tahun, sesuatu...