Darah mengalir keluar dari bibirku yang pecah. Mata merah milik ayah tiriku merenungku tajam.
"Kenapa kau buat macam tu...?''
Suaranya bernada keras. Menahan amarah yang ingin keluar.
Aku hanya mampu menggeleng. Kepala ditunduk kerana tidak mahu bertentang mata dengannya.
"Arkella satu-satunya anak perempuan aku... Dan aku mengharapkan kepulangan dia..." bergetar suaranya menahan tangis. Mata merahnya berkaca.
"Ayah... "
"Aku bukan ayah kau."
Suaranya dingin memotong percakapanku.
"Ayah tetap ayah Archy... '' aku bersuara lembut.
Fengari mendekati aku. Lantas bibirku yang pecah disentuhnya. Serta-merta, luka tadi hilang.
"Please, tell me the whole thing.."
☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀
Sebuah istana sederhana yang menempatkan guru itu sungguh sunyi. Kemungkinan guru-guru yang lain sedang berehat.
Aku membuka tingkap. Memandang deretan rumah penduduk Omonoia.
"Eh?" Aku tercenggang. Perasaan aneh menular. Aku cuba mencari-cari lagi beberapa bahkan satu manusia yang wujud. Namun... tiada.
Sunyi. Hanya itu sahaja yang mampu digambarkan keadaan Omonoia sekarang. Pekan atau kampung, tiada langsung bunyi yang keluar. Omonoia ibarat pulau yang tidak berpenghuni.
Sayap dikibas. Aku terbang ke bawah. Cuba mencari rakan sekerjaku yang lain.
Sunyi. Tiada orang mahupun makhluk. Hanya angin dan... aku.
"Archestar... " suara lunak namun bernada keras menegurku.
Aku menoleh kebelakang menghadap takhta pengetua. Seorang gadis berambut coklat muncul merenungku dengan mata ungunya. Bulu sayap biru gelapnya beralun ditiup angin.
"Kella... " gumamku perlahan. Syukur jelas tertera.
"Do you know what happen actually, Kella? Omonoia macam pulau takde penduduk.."
Aku berseloroh. Sengihanku terbentuk tetapi tidak lama selepas melihat wajah bekunya.
Aku tidak nafikan... dia mirip dengan Fengari. Raut wajahnya yang dingin itu saling tak tumpah dengan Fengari. Tiada langsung ciri-ciri ibu padanya. Jika ada pun, jantina sahaja yang diwarisi adikku dari ibu.
"Spellchanting.." perkataan itu meluncur keluar dari bibir merah jambunya. Aku agak terkejut lalu bersuara.
"Kenapa?"
"Sebab aku taknak orang lain tahu apa yang berlaku di antara kita."
Aku tercenggang dengan kata-katanya. Dia bahasakan kau-aku dengan aku.
"Kella, bagitahu abang. Abang ada buat salah ke?" Aku bertanya, lembut. Arkella mengukir senyuman sinis.
"Baru sekarang kau mengaku yang kau tu abang aku? What a crap..."
"Just tell me... did I did wrong to you?"
"You did nothing to me. But... "
"But what?"
Arkella diam. Suasana sepi menyelubungi kami. Aku mula dihambat rasa takut. Entah kenapa aku rasa akan ada pertumpahan darah yang bakal berlaku nanti.
"Ingat tak budak perempuan yang bernama Tianna?"
Tianna? Budak perempuan yang disambar griffin tempoh hari?
YOU ARE READING
AWAKE: THE RESSURECTION OF THE HERO
FantasySudah lama dia 'tertidur'. Sudah lama dia tidak dibangkitkan. Bagi Ashwin, dia hanya seorang pelajar biasa. Tiada kuasa mahupun kelebihan. Hanya memiliki otak yang bijak serta tubuh badan yang tegap. Namun, apabila umurnya masuk 16 tahun, sesuatu...