11☀Midnight Club

396 35 2
                                    

SEORANG lelaki  menghentakkan buku limanya pada meja. Sesekali matanya mencerlung Ladd dan Mike. Seterusnya Lysander dan akhir sekali Jeffrey.

''KENAPA KORANG TINGGALKAN 'DIA' MACAM TU JE?!!'' Tengking lelaki itu. Mata coklatnya berubah warna. Warna merah darah. Sayap naga mula menjelma di belakang badannya.

''Ka-kami…'' Mike gagap. Tidak tahu hendak berbuat apa.

''KORANG TAHU TAK ADA MAKHLUK YANG TENGAH BURU DIA?!!''

''Relax, Kevin. Relax,'' seorang lelaki berwajah babyface memegang bahu Kevin, lelaki yang menengking Mike tadi. Risau jika Kevin mencederakan adik angkatnya, Mike.

''Haihh, korang ni. Lain kali jangan cuai. Kau ni pun satu, Lys. Kau kan paling tua dari tiga ekor ni. But next time, jangan terlepas pandang. Faham?'' Tenang Kevin berkata.

''Faham.'' Serentak mereka berempat menjawab. Lysander menundukkan kepalanya.

Kevin berlalu ke biliknya untuk menenangkan fikirannya. Sempat dia menangkap suara adik angkatnya memprovok Jeffrey.

''Wuu~. Kena marah~. Kethian kau. HAHAHA!!''

''Diamlah kau, pelat,'' bahas Jeffrey. Geram dengan lelaki pelat 's' itu. Ingin sahaja dia memotong telinga lelaki itu. Tiba-tiba, Jeffrey teringat sesuatu.

''Silvryn Owen,'' Panggil Jeffrey. Lelaki pelat tadi berhenti ketawa.

''What?'' Jawab Sylvryn. Pelik kerana namanya disebut penuh oleh Jeffrey.

''Jangan sampai aku bongkar rahsia kau.''

''Rahthia? Rahthia apa?''

''Aku bagitahu  Quellina Zofea yang kau suka dia. Agak-agak apa reaksi dia ye?''

''K-kau jangan…''

''So, stop provoking me, Slyvryn Owen.''

Sylvryn diam. Ugutan Jeffrey terngiang-ngiang di telinganya.

Aku bagitahu Quellina Zofea yang kau suka dia. Agak-agak apa reaksi dia ye?

Please Jeff, don't tell her, pinta Slyvryn dalam hati.

DRAKE meletakkan tuala basah pada dahi Ashwin. Dia kemudian tergelak kecil.

''Jantina je berubah. Muka tak,'' kata Drake seorang diri. Tanpa dia sedar, Teo yang berada di sebelahnya membuat muka geli yang amat. Berfikir bahawa Drake mempunyai perasaan terhadap Ashwin.

''Kenapa buat muka macam tu, Teo? Macam Sleeping Ugly aku tengok,'' kata Drake. Pelik dengan Teo. Dah kenapa syaitan seorang ni?

Sleeping Ugly? Bukan Sleeping Beauty ke? Ah! Lantaklah!

''Kau…'' Teo tidak mampu  meneruskan kata-katanya. Takut Drake mengamuk.

Drake seperti tahu apa yang hendak ditanya oleh Teo. ''Bohonglah kalau aku cakap yang aku tak suka. Malah, bertambah suka.

Mula-mula, aku fikir yang aku salah orang. Rupa-rupanya, tak. Aku bersyukur sangat,'' panjang lebar Drake meluahkan isi hatinya. Teo yang mendengar terbuntang mata. Bertambah suka?! Biar betul?!

Teo meneliti wajah Ashwin. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Sama, gumamnya.

''Sebab mereka berdua orang yang sama. Sebab tu muka sama.''

''I'm not talking about your 'lover'.''

''Then, who?'' Drake pelik. Dia dapat merasakan apa yang hendak diperkatakan Teo adalah sesuatu yang menarik. Namun, dia tidak tahu apakah itu.

 AWAKE: THE RESSURECTION OF THE HEROWhere stories live. Discover now