Hari yang dinanti-nantikan sudah tiba. Hari ini bakal menjadi hari yang bersejarah buat aku.
What a lucky day for me...
Sebuah pentas batu yang dihiasi dengan dekorasi bunga-bunga dan lain-lain. Aku berdiri di belakang pentas sambil menggosok kedua-dua tapan tanganku.
Gemuruh betul...
"Dipersilakan... ARCHESTAR AURINKO, THE GREAT SHADOW HUNTER!! WHO KILLED EVERY MONSTER WITH BRAVE AND NO FEAR!! DIJEMPUT NAIK KE ATAS PENTAS UNTUK MERASMIKAN ĦEЖE ỮŇĐ ҜÄΜP₣EŘ!!"
Sungguh lantang suara ketua pekan Orcawall di atas pentas memanggilku. Aku melebarkan sepasang sayap biru langitku.
Tepukan gemuruh kedengaran saat kemunculan aku yang terbang dari belakang pentas. Aku mendarat dengan berhati-hati. Andai kata aku tergelincir tak ke malu nanti?
"There he is!''
"Wow! Coolnya cara dia mendarat!!''
"
Suara-suara manusia yang berkumpul di sini kedengaran kelakar isinya. Aku? Mendarat dengan cool?! Kelakar, wei!!
"Tuan Archestar..."
Suara halus seorang gadis kedengaran di belakangku. Aku menoleh dan menatap Pure Human yang menatang sesuatu.
Sebuah bakul yang dihiasi dengan kain sutera merah dan putih dan juga reben betul-betul mencuit hati aku. Di dalam bakul itu terdapat sebiji kusyen mini berwarna merah. Di atas kusyen tersebut terdapat sebilah gunting berhulukan emas tulen bersama taburan kristal merah yang berkilau. Aku mengambilnya dengan berhati-hati.
"Thank you, sweet girl," ucapku pada gadis tadi. Gadis tadi tersipu-sipu menundukkan kepalanya lalu beredar dari situ.
Aku mendekati kain merah yang diikat reben itu. Gunting diacu lalu putuslah kain merah yang menjadi tanda perasmian sekolah ini.
Tepukan penduduk-penduduk Orcawall begitu kuat sehingga menggegarkan dadaku. Aku memandang kesemua mereka. Sehinggala aku terperasan seseorang.
Gadis berkulit separa pucat dan bermata merah menepuk gembira tangannya. Aku tersenyum melihatnya.
"What a crap... "
Tanpa disedari Archestar, sepasang mata unggu merenungnya dari jauh. Perasaan dengki menyelinap masuk ke dalam hati. Entah sejak bila dia menjadi begini.
"Why don't they adore me?! Why must him?!!"
Dia memberontak lantas hilang dari situ bersama kepulan asap hitam.
☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀ ☀
"What a great day!"
Queen Rosa berkata dengan teruja. Aku tersengih melihat keterujaannya.
"You know what that mean?" Tanyaku sambil tersenyum penuh makna. Queen Rosa juga begitu.
"KITA KAHWIN!!" Serentak aku dan Queen Rosa bersuara. Kemudian kami tergelak.
"Rosa... aku nak pergi gerai kejap, tau? Nak beli bebola daging. Kau tunggu sini, eh?"
"Okay... tapi jangan MENGGATAL!!!"
"Hahaha... takdenya."
"Bye... " lambai Queen Rosa. Aku mengenyit mata lantas membuat isyarat kucup kepadanya. Merona pipi Queen Rosa apabila aku berbuat begitu.
Pasar Orcawall dihujani dengan penduduk-penduduknya. Gerai-gerai yang menjual pelbagai hidangan makanan dituju aku.
"Greeting, The Great Shadow Hunter."
YOU ARE READING
AWAKE: THE RESSURECTION OF THE HERO
FantasySudah lama dia 'tertidur'. Sudah lama dia tidak dibangkitkan. Bagi Ashwin, dia hanya seorang pelajar biasa. Tiada kuasa mahupun kelebihan. Hanya memiliki otak yang bijak serta tubuh badan yang tegap. Namun, apabila umurnya masuk 16 tahun, sesuatu...