Hari ni genap seminggu aku tak datang sekolah. Semua sebab mamat sewel tu.
Flashback
"Lina! Kau mari sini" Menggangu ketenteraman orang tengah makan betul Puteri Diana ni. "Yes Puteri Dana, Nak apa?" Aku dah tanya baik - baik kot.
"Kau jangan rapat dengan Eril tu kalau tak siap la kau" Dia ni gila ke? Sejak bila pulak aku dengan Mamat sewel tu rapat.
"Euww aku tak rapat dengan dia la. Never"
"Kau jangan menipu la" Tengking Puteri Diana. Semua murid di kantin menumpukan perhatian kepada kami. Maklumlah Drama Puteri Diana VS Amalina Balqis Popular.
"Pergi la tanya Eril tu kalau tak perca...." Puteri Diana tergamam. Muka aku habis basah, melekit, manis.
"Heiii mamat sewel kau nak backup sangat Puteri Dana ni kenapa?" Bengang aku dengan Eril. Selamba sahaja dia mencurah air sirap ke muka aku.
"Oopss tak sengaja" Dia berlalu pergi. Aku pula berlalu ke tandas. Mamat sewel tak guna. Aku dimalukan
End Flashback
"Lina dah esok kamu kena pergi sekolah. Walau apa pun jadi. Kalau tak Ibu dera kamu" Kekejaman apakah ini?
"Hmmm" Kepala aku ligat berfikir cara nak balas dendam.
Tiba - tiba kepala aku keluar mentol bercahaya macam dalam cerita kartun tu. "Okay esok Lina pergi sekolah"
⭐⚫⭐
"Ibu, Lina pergi dulu" Jerit aku dari luar rumah. Sengaja keluar awal dari biasa dan yang tolong hantar pun luar dari biasa.
"Kenapa Lina keluar awal sangat? Terpaksa abang bangun awal sebab terpaksa hantar Lina" Abang Amran ni tak ikhlas cakap je lah. Aku hanya diamkan diri.
"Sejak bila Miss Amalina Balqis pendiam? Selalu banyak jer cakap macam ibu." Aku diam lagi. Malas nak balas.
"Ada masalah dengan boyfriend ke? Dia curang?" Buku yang berada di tangan aku guna untuk ketuk kepala Abang Amran.
"Ni memang salah. Lina mana ada boyfriend. Tak de masa la nak layan semua perkara tu"
"Tipu sangat. Habis kenapa diam?"
"Adalah" Aku senyum senget. Abang tak boleh tahu. Secret.
"Dah sampai pergi la turun. Balik nanti sekali dengan Eril." Aku hanya mengangguk. Ingat aku suka sangat datang sekolah ni.
"Heii Lina lama tak jumpa. Awal datang. Abang Amran pun ada. Rajin hantar Lina hari ni. Lelaki idaman Malaya." Mawar dah mula nak menggatal dengan abang aku. Crush la katakan. Laki orang pun dia kata Handsome.
Abang aku pun terus pecut lepas dengar Mawar bercakap. Baik dia layan bini dia dekat rumah daripada layan mawar ni. "Jangan menggatal dengan abang aku tu. Jom teman aku beli air dekat kantin and then masuk kelas, hari ni kita ada misi" Mawar buat muka blur.
"Misi apa?" Tanya Mawar. "Misi balas dendam terhadap mamat sewel." Mawar hanya geleng kepala. Sudah faham dengan kerenah kawan yang seorang ni.
"Apa kau nak buat kat dia kali ni?"
"Wait and see" Satu fakta yang Lina tau tentang Eril. Dia tak suka orang sentuh rambut terlebih tebal dia tu. Style macam rambut korea so junior semua kata handsome.
YOU ARE READING
Sorry But I Need U
Teen FictionAmalina Balqis dan Ahmad Syeril Hakim disatukan. Bagai ribut datang melanda sahaja bunyinya. Boleh kah Lina menerima Eril yang pelik perangai itu seadanya? Bagaimana pula dengan Eril yang hati batu itu hendak menerima Lina? Sepupu yang tinggal serum...