Bab 8

1.1K 42 1
                                    

"AMALINA!" Eril menjerit kepada ku.

Bahu aku terhinjut sedikit. Aku melihat ke kiri dan kanan, tiada kereta. "Kenapa panggil aku?"

"Saja, biar mata kau segar sikit." Kata Eril selamba sebelum meninggalkan Lina.

"What?" Aku menggepal penumbuk. Aku kalah lagi.

Aku masuk ke dalam Dunkin Donuts dan mencari kelibat Eril. Aku menarik kerusi dan duduk dihadapan Eril.

"Kau memang sengaja kan? Aku pikir ada kereta nak langgar aku ke. Boleh la kau jadi superhero." Aku bercakap sambil buat muka nak muntah.

"Please la. Nak jadi superhero kau? Mungkin sampai kau mati pun tak." Eril berkata sambil menjegilkan mata.

Aku bangun setelah membeli donuts aku terus keluar dan masuk ke dalam kereta. Menyampah duduk dengan dia.

"Lina. Buat apa dekat sini? Kena tinggal dengan boyfriend? " Aku melihat ke arah suara yang bertanya ke pada aku.

"Hahaha apalah abang Nafiz ni! Tunggu sepupu jahanam Lina tu la " Tak ramai budak sekolah yang tahu aku sepupu mamat sewel tu. Abang Nafiz antara orang yang tahu selain Mawar.

"Mana dia?"

"Ntah.." Aku menjawab selamba. Tak kesah pun dengan dia. Janji donuts aku ada.

"Tak pe lah kalau macam tu. Abang balik dulu, jaga diri elok - elok! Bye~" Abang Nafiz berkata sebelum masuk ke dalam kedai bersebelahan.

"Tu abang Nafiz kan?" Eril yang berada di belakang aku bertanya.

"Aaah." Aku yang terkejut segera mengawal riak muka.

"Dah, jom balik la. Lama Ibu tunggu kita tak balik." Aku berkata lagi sengaja nak alih perhatian Eril.

"Kau ada apa - apa ke dengan Abang Nafiz tu?" Eril yang fokus memandu bertanya.

Aku yang sedang mengunyah donut tersedak. Soalan apakah ini... Aku lihat muka Eril biasa je. Bagi penampar baru tau sebab tanya soalan merepek.

"Kalau ada pun kenapa?" Soalan dibalas soalan.

"Aku tanya jawab la. Main - main pulak." Eril menengking.

"Dia abang angkat aku. Aku adik angkat dia. Full stop. Kenapa? Cemburu?" Aku memandang muka dia, sengaja menduga. Ingat aku takut?

"Tak ada masa nak cemburu." Eril terus keluar dari kereta selepas memarkir kereta dihapadan rumah.

"Poyo betul. Lepas tu selamba je tinggal aku dalam kereta. Tak gentleman langsung. Bukan nak bukak pintu untuk aku." Aku membebel. Aku ada cakap benda tak sepatutnya ke? Abaikan.

"Mrs. Syeril kenapa membebel sorang - sorang tu? Gila." Eril menegur aku dari pintu rumah.

Aku menghempas pintu kereta dan merempuh Eril. Ganasnya Lina ni kan? Maaf yang tak ikhlas dari author.

Aku menghempas pula pintu bilik. Jap, tadi Eril panggil aku Mrs Syeril? Boleh tak aku muntah.

"Macam gajah pulak main rempuh orang." Eril memperli aku.

Eril's POV

Aku menyapu bahu aku yang sakit akibat dirempuh oleh Lina tadi dengan minyak panas. Ganas betul minah karipap tu.

"Eril kenapa dengan Lina tu? Terkejut ibu lepas solat tadi." Ibu mengurut dada sambil bertanya.

"Entah la anak ibu tu. Pelik semacam je perangai dia." Aku tersenyum. Mrs Syeril, aku menampar mulutku yang terlebih celupar . 'Kenapa mulut aku ni panggil dia macam tu.'

Sorry But I Need UWhere stories live. Discover now