Lina berjalan turun dari tangga sambil bernyanyi kecil. "Happy je anak ibu ni kenapa? Suka Eril balik ke?" Ibu menduga.
Lina tersentak. Eril? Aku langsung tak ingat dia balik hari ni. "Mana adalah ibu. Lagi bagus dia tak balik." Ibu hanya geleng kepala mendngar jawapan Lina.
Lina menekan butang 'on ' dan membuka siaran 617. "Adik tak siap lagi?" Lina menggeleng.
"Nak pergi mana?" Lina berpaling dan Abang Amran terus menjentik dahi Lina setelah disoal sebegitu. "Adik ni pelupa betul. Harini Eril balik , nak pergi ambil dia dekat airport." Lina tersengih. Tempat yang dijentik diusap.
"Kalau tak nak pergi boleh?" Pandangan mata Lina dikalih memandang astro semula. "Jangan nak mengada. Siap cepat." Abang Amran terus 'off' astro dan menolak Lina ke tangga.
"Yalah." Lina mengeluh perlahan. Baru nak berehat.
"Qis cepat!" Abang Amran menjerit dari tingkat bawah. 'Huh , abang jerit lagi teruk dari ibu.' Ejek Lina dalam hati.
"Dah , abang tunggu dekat kereta." Lina melihat dirinya dihadapan cermin sekali lagi sebelum keluar dan masuk kedalam kereta.
"Lina suka tak Eril balik? Boleh gaduh dengan dia lagi." Soal abang Amran memecah kesunyian didalm kereta itu.
KRIK.. KRIK.. KRIK..
Abang Amran menjeling sekilas melalui cermin belakang. Dia lihat Lina sedang leka termenung keluar tigkap sambil memakai headphone. "Patut tak jawab." Abang Amran tersenyum nipis dan pemanduan diteruskan dengan tenang ditemani suara radio.
Lina berjalan lemah mengikuti langkah laju Ibu , mama , abang Amran dan Abang Aril. "Adik jalan cepat sikit boleh? Lagi 30 minit dia sampai. Tempat duduk pun tak jumpa lagi." Abang Amran menarik lengan Lina dan memaksa berjalan laju.
Lina mencebik. 'Nasib je lah kau abang kalau tak dah lama aku tendang' Niat Lina dalam hati.
Lina mengeluarkan phone dan mencari contact Mawar. Lama tak sembang sejak balik ni.
Lina: Assalamualaikum
Waalaikumsalam :Mawar
Sihat ke Lina? Kau dah balik Malaysia ke?Lina: Aku sakit ni.. Dah lama aku balik dekat 2 minggu. Hahaha
Sakit? Weyh sakit apa? Cepat pergi klinik. Sampai hati balik tak kasi tau , nak merajuk 2 minit. :Mawar
Lina: Sakit menahan rindu nak jumpa kau lah. Alolo jangan la merajuk aku tak nak pujuk.
La yeke? Aku tak rindu kau pun. Tak nak pujuk sudah , tak jadi nak merajuk : Mawar

YOU ARE READING
Sorry But I Need U
Teen FictionAmalina Balqis dan Ahmad Syeril Hakim disatukan. Bagai ribut datang melanda sahaja bunyinya. Boleh kah Lina menerima Eril yang pelik perangai itu seadanya? Bagaimana pula dengan Eril yang hati batu itu hendak menerima Lina? Sepupu yang tinggal serum...