Bab 6

1.1K 48 3
                                    

Tangan aku dipaut oleh Eril "Kau memang tak reti jalan tengok depan ke?"

Nasib baik dia pegang tangan aku kalau jatuh tergolek habis jatuh saham aku. Mana nak sorok muka? "Maaf.." Lelaki itu berkata.

"Its okay. My fault" Salah aku dia pulak yang mintak maaf , hadoii. Lelaki itu menghulurkan tangan. "Putera Syah. Call me Syah."

"Amalina Balqis. Just Lina." Jawabku selamba tanpa menyambut tangannya. Haremm! Dia yang menyedari salahnya menarik tangan.

"Who you then?" Lelaki itu bertanya kepada Eril pula. Sesi temuduga ke apa ni. "Eril. Her cousin, sorry we need to go now." Penyelamat aku! Sebab lelaki dekat depan aku ni semacam jer. Takut pulak aku.

Eril menarik tangan aku. Berlapik yer, kalau tak aku karate dia. "Nasib kau cakap macam tu. Kalau aku tak tau nak cakap macam mna."

"Kau memang! Nampak lelaki handsome jer cair. Aku letak kau dalam peti ais baru tau!"

"Dia bukan lelaki biasa kot! Putera tu." Sengaja aku menyakat Eril.

"Putera la konon. Aku ni lagi handsome kalau dibandingkan dengan dia tu." Eril jalan dihadapan aku sambil mendada.

Riak!

Tahu la tinggi!

Handsome kepala hotak!

"Cepat la jalan. Kenapa terpegun tengok aku?" Dia mendekatkan muka dia ke arah ku. Aku? Rasa nak muntah.

Seraya itu aku tolak badan dia. Berjalan dihadapan dia sambil mengibas tudung ke belakang. Tangan letak dipinggang dan semestinya catwalk. Macam model tu cuma bezanya model tinggi. Ingat dia seorang je boleh buat?

Eril dah bantai gelak dibelakang aku. Dia mengejar aku sebelum menepuk belakang aku dengan Agak kuat. "Woii sakit la!" Aku pukul lengan dia pulak.

"Kau jalan macam tu. Kambing dekat rumah opah pun lagi cantik." Dia bezakan aku dengan kambing opah? Si Jambu tu? Euwww.

"Humph! Ingat kau handsome sangat ke jalan tadi?" Eril yang mahu membidas terhenti apabila ada satu suara mencelah di belakang. Cikgu Arif ataupun lebih popular Cikgu Krab! Sebab apa? Dia suka cubit pelajar.

"SPM dah nak mula. Kamu tak habis gaduh lagi?" Habis la. Aku jeling Eril di sebelah memberi isyarat. 'Woi! Jom lari sebelum cikgu mula bebel.' Dia mengangguk seperti memahami. Aku mengira menggunakan jari.

1 , 2 , 3.... Lari!!

"Serupa la kamu! Kali ni je cikgu lepas." Cikgu Arif menjerit sebelum mengeluh nafas berat. Dah lali dengan sikap mereka.

Aku dan Eril tercungap - cungap. Penat doh walaupun tak jauh mana. Ye la aku atlet sekolah. Riak sebentar bersama kitkat. Aku masuk ke dewan peperiksaan selepas menarik nafas dan meninggalkan Eril. Nasib sempat sampai 10 minit sebelum bermula.

Aku terpandang Mawar yang tengah khusyuk termenung sambil mata tertutup. Idea nakal menerjah minda. Aku menendang mejanya sebelum berlalu ke mejaku yang selang beberapa meja daripada Mawar. Mawar melihat sekeliling. Mungkin pening apa yang telah berlaku. Kemudian dia sambung menutup mata.

"Mawar." Aku memanggil dengan lembut. Tidur ke apa dia ni? "Hmmm?" Dia menyahut. "Tidur eeh? Kau tidur lambat ke semalam?" Dia mengangguk.

Tak boleh jadi. Mawar kena bangun pereksa dah nak mula. Aku mendapat idea bernas apabila terlihat seekor kucing dibelakang dewan. Ya Mawar geli dengan bulu kucing. "Maaf yer kucing. Aku pinjam kau kejap. Ampunkan patik." Aku berkata kepada kucing itu selepas mendukungnya (?).

Sorry But I Need UWhere stories live. Discover now