Bab 29

1K 39 2
                                    

Eril segera melangkah ke 7eleven untuk membeli KITKAT big Lina. Huh! Tak jaga kesihatan langsung. Asik makan manis je.

Eril meletakkan kitkat untuk Lina dan sebotol air mineral untuk diri sendiri diatas kaunter. Cuaca Malaysia sekarang panas woo tengahari. Petang baru lah hujan atau mendung sikit.

"Semuanya.. RM12." Kata lelaki yang menjaga kaunter itu. Eril yang sempat lagi mengelamun tersentak. Dengan segera dia mengeluarkan sekeping not 10 dan dua keping not 1.

"Terima kasih. Datang lagi." Kata lelaki itu terpaksa. Bukan dia nak sangat pun kerja dekat sini. Sebab terpaksa tahu.

Eril mengangguk dan terus keluar. Keretanya dituju dan enjin dihidupkan. Tutup air mineral dibuka dan diteguk sekali.

"Now lets go back to home!" Eril menjerit kecil apabila tertekan volume radio dengan kuat. Boleh pekak telinga.

Keretanya menderum laju keluar dari parking. Tanpa sedar ada seseorang memerhatinya.

"Sport car. Good" Lelaki itu tersenyum sinis.

≥﹏≤≥﹏≤

"Assalamualaikum. Lina!" Jerit Eril apabila Lina tiada di ruang tamu ketika pulang dari rumah.

"Waalaikumsalam. Eh abang sorry saya baru lepas mandi." Lina terkedek-kedek berlari ke arah Eril.

"Whatever. Dah masak ?" Eril mengangkat kening. Kalau belum nak ajar makan luar, sambung Eril dalam hati. Cakap depan-depan karang. Lain yang jadi.

"Dah! Saya tunggu abang balik." Lina melangkah ke dapur untuk memanaskan lauk kembali.

"Tunggu sekejap. Kita makan sama." Eril menuju ke bilik untuk mandi dan sembahyang.

Lina duduk di meja makan. Sabar je lah kalau tunggu Eril mandi. Lama mengalahkan perempuan.

Lina mula bergerak ke ruang tamu semula untuk mengemas apa yang patut sambil menunggu Eril.

Tiba-tiba sahaja loceng rumahnya berbunyi. Dengan segera Lina mencapai tudung dan mengintai sebentar.

"Aiman?" Lina menggaru kepala. Nak buka ke tak. Nak buka ke tak. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk naik memanggil Eril.

Pintu bilik dikuak dan Lina lihat Eril sedang melipat sejadah. Nasib dah habis solat.

"Abang.." Lina mencuit sedikit bahu Eril supaya memandangnya. "Apa?" Balas Eril sambil memandang muka Lina malas. Macam nak meminta je.

"Ada orang dekat luar." Lina macam berat sahaja mahu beritahu membuatkan Eril berkerut dahi. Segera dia memegang erat tangan Lina dan ditarik ke pintu utama.

"Sebelum aku buka. Cakap siapa yang dekat luar tu sampai takutkan kau." Kata Eril tegas. Lina mengangkat bahu. Kalau jawab mesti kena marah.

Eril mengeluh dan dengan perlahan membuka pintu. Lina pula dengan cepat menyorok dibelkang Eril. Eril tersenyum sinis. Oh kau!

"Boleh aku bantu? Ada surat ke? Kenapa, tak jumpa peti surat?" Aiman mengetap bibir. Kalau tak disebabkan tanggungjawab nya tak ada masa dia hendak melawat Eril yang mulut macam puaka tu.

Tanpa banyak bicara Aiman menghulurkan sekeping kad berwarna merah darah dan berlalu pergi.

"Betullah tu tak jumpa peti surat! Terima kasih postman!" Jerit Eril sengaja menyakitkan hati Aiman. Aiman menumbuk pagar rumah Eril yang diperbuat daripada batu. Berdarah tangannya.

Pintu rumah ditutup dan badannya dipusing ke belakang melihat Lina yang menyorok dibelkangnya tadi.

Kepala Lina diusap dan dia tersenyum. "Good girl. Kalau lain kali ada postman lagi jangan bukak pintu tanpa izin aku tau. Hanya aku, kau, our parents yang boleh masuk tanpa minta izin aku." Lina mengangguk seperti budak kecil sambil matanya fokus kepada kad tersebut.

"Kad apa tu?" Lina cuba mengambil tapi disebabkan ketinggiannya memang tak sampai lah. Lina mengehentak kaki menuju ke dapur. Huh , makan lagi bagus.

Eril menggeleng. Kad tersebut dibuka kemudian tanpa memunggu seminit pun dia mengoyak kad tersebut.

"Sh*t!"

Eril cuba mengawal riak wajah nya. Kepingan surat yang telah terkoyak tadi dibuang ke dalam tong sampah di luar rumah. 'Lina tak boleh tau!'

Eril tersenyum sebaik duduk di meja makan untuk menutup gugup dan marah sebentar tadi. Muka masam mencuka Lina dipandang.

Tangan ditadah dan mula membaca doa. Selepas doa diamin mereka mula makan seperti biasa. Tiada bicara, begitu yang Eril mahu selalunya.

Lina yang sudah terbiasa hanya membiarkan. Walhal Eril pula rasa tidak selesa. Seperti Lina sedang merajuk dengannya.

"Lina..." Meleret suara Eril kedengaran ditelinga Lina. Lina berkerut dahi dan mengangkat kening.

"Marah aku ke? Ala sorry laaa" Sekali lagi meleret membuatkan Lina rasa nak tergelak namun ditahan. Nak tengok sejauh mana Eril pujuk dia yang TAK merajuk. Apa yang Eril buat semua selalunya betul. Jadi takkan hal sekecil itu pun nak merajuk.

"Lina... Talk to me please..." Eril memegang tangan sebelah kiri Lina dan menggoyang sedikit. Lina menahan tawa sekali lagi. Sementara tangan sebelah kanan setia menyuap makanan ke dalam mulut. Lapar woi.

"Ala sayang. Sorry laaaa" Lina terus menerus menyuap nasi kedalam mulut sambil bebola matanya berpusing. Eril pula masih mengggenggam tangan Lina.

"Okay. Abang kenapa?"

"Sorry eh sebab surat tadi. Jangan lah merajuk." Eril tersenyum sangat manis untuk memujuk Lina membuatkan Lina pula ketawa.

"Lina tak kesah pun la.. Apa lah abang ni." Setelah reda ketawanya kembali dia menyambung makan. Eril pula mencebik. Huh terkena aku!

Eril tersenyum sinis. Setelah memastikan Lina sudah mencuci pinggan. Dia pula menuju ke singki.

"Kenakan abang eh! Meh sini budak kecik ni!" Eril yang sudah mencuci pinggan sebentar tadi datang menghampiri Lina yang sedang sibuk mengemas semula meja makan.

Eril mula mencucuk pinggang Lina berkali - kali dan itu adalah tempat paling sensitif Lina!

"Abang stop!!!" Gelak Lina akibat terlalu geli dan mula berlari walaupun meja masih belum kemas sepenuhnya.

"No no sayang kenakan abang tadi. So ni balasan. Hahaha" Eril berlari mengejar Lina menggunakan kaki panjangnya.

"You can't run away from me princess." Didakapnya badan Lina dari belakang. Well Lina ni bukannya boleh lari laju sangat kalau lepas makan.

Ketawa berdekah-dekah Lina. "Love you.." Bisik Eril sangat perlahan ditelinga Lina.

"Apa dia abang?" Soal Lina kembali. Akibat ketawa yang terlalu kuat dia langsung tidak dengar apa yang Eril katakan tadi.

Eril hanya menggeleng dan tidak melepaskan pelukan. "Okay abang lepas. Lina nak kemas balik meja tu. Jangan kacau!" Eril melepaskan Lina dan jari telunjuk Lina digoyang dihadapan Eril. Eril hanya tersenyum dan menghalau Lina.

Lina mencebik dan menghentak kaki lalu ke meja makan semula. "How can I love a childish girl like you." Eril tergeleng sendiri.

This feeling making me crazy! Well siapa tak sayang bini kalau dia yang jaga makan pakai kau setiap hari! Eril in love with Lina already❤

T.A.M.AT

































______________________________

Boleh lah nangis. Kay bye!❤

Sorry But I Need UWhere stories live. Discover now