Bab 21

848 42 0
                                    

1 tahun kemudian..

"I miss you Malaysia!" Lina menjerit teruja. Akhirnya dia dah tamat belajar! Rindu dekat semua orang.

Mata Lina mencari ahli keluarganya. "Ibu!!" Lina terus memeluk tubuh wanita tua dihadapannya.

"Ya allah , rindunya ibu dekat anak ibu ni. Lina sihat?" Ibu bertanya setelah pelukan dilepaskan.

"Nampak ibu je terus sihat badan Lina." Lina tersenyum manja. Abang Amran datang kearah Lina.

"Alaa adik , abang tak rindu? Kesian betul kita." Amran pura - pura merajuk. Lina buat muka menyampah. "Siapa nak rindu abang? Baik rindu mama." Lina memeluk mama pulak. Tergelak mereka semua. Amran sudah menarik muncung.

"Ye lah , siapa lah abang ni kan? Nak suruh Mira pujuk lah macam ni." Amran menarik tangan Kak Mira untuk berdiri disebelahnya.

"Siapa nak pujuk abang? Tak ingin. Nak peluk Lina." Giliran Kak Mira pulak untuk memeluk Lina. Muncung Amran makin panjang. Lina ketawa mengekek.

"Tak handsome langsung abang buat muka macam tu. Macam itik. Lina rindu lah abang! Lama tak kacau abang dengan akak." Lina memeluk lengan Amran erat. Bibir melakar senyum.

"Abang tahu , adik mesti rindu abang punya." Amran menggosok kepala Lina yang berlapik tudung itu. "Abang! Habis rosak tudung Lina." Amran terus menyorok belakang Ibu sambil Lina membetulkan balik tudungnya.

"Dah jom kita semua balik. Ibu Lai dah masak special untuk Lina tau! Semua dah berkumpul dekat rumah." Lina tersenyum bahagia.

"Ibu Lai , Ayah , Haira , Abang Haikal , Naim , Kak Najwa , Lina dah balik!" Lina menjerit sampai sahaja di depan rumah.

"Amboi adik semua nama kau panggil. Kucing kau yang gatal tak nak panggil?" Lina menjeling Amran tajam. Ni seorang lagi haters snowwhite aku tumbuk kang. Haritu Eril yang kutuk , harini Abang Amran pulak. Cakap pasal Eril mana dia ye?

"Abang mana Eril? Tak nampak batang hidung dia pun?" Abang Amran pandang Lina dengan pelik kerana soalan itu.

"Adik tak tau ke? Dia belajar overseas gak. Dalam 2 minggu lagi dia balik." Lina mengangguk. 'Aah tak tau, baru tau' Kata Lina dalam hati.

"Yahoo akak dah balik!" Haira menerpa kearah Lina yang duduk di atas sofa. Lina menepuk sofa ditepinya untuk Haira duduk.

"Best ke akak belejar dekat sana? Ada jumpa someone special tak?" Haira terus bertanya. Tak bersabar betul.

"Best la jugak. Someone special? No akak tak minat orang barat." Lina menjawab satu per satu. Haira tersengih.

"Naim! Dah besar dah budak bambam ni." Lina mencubit pipi Naim geram. "Shaa..kitt." Naim mengusap pipinya yang dicubit Lina.

"Kesian anak abang tu Lina. Dia dah besar boleh cakap habis lah Lina." Haikal tergelak kecil. Anak dia tu bila dah pandai cakap semua benda yang dia dengar dia cakap. Jangan lah cakap perkataan bukan - bukan.

"Nah kalau nak main , main dengan Farah Naira. Ni baru umur dua tahun." Lina memandang budak perempuan di dukungan Kak Najwa teruja.

"Amboi Kak dah anak dua tak kasi tau. Nak merajuk dengan akak 2 minit." Kak Najwa tergelak. Dia meletakkan Farah Najwa ke bawah. Terkedek - kedek budak kecil itu berjalan kearah Lina. Farah Naira ni cepat betul belajar berjalan.

Lina terus mengangkat Farah. "Jom kita curi Farah. Bawa balik rumah!" Kak Najwa hanya tertawa. Muka Naim masam mencuka.

"Aunty Na tu adik Naim. Jangan ambik dia." Kata Naim garang dengan pelat bayi. Amboi sayang benor dengan adik dia.

Sorry But I Need UWhere stories live. Discover now