Lina membuka peti ais. Air Tropicana Twister kegemarannya diambil. Dituang berhati - hati kedalam gelas.
Lina berpusing ke belekang dan meletakkan semula botol tersebut. "What the?!" Jeritnya sedikit kuat apabila melihat cawan yang diisi sebentar tadi kosong.
"Ha.. Kau minum air aku ye?" Lina bercekak pinggang memandang Eril yang selamba mengunyah biskut dihadapannya.
"Aku haus.. Aku minum jelah lagipun dah terhidang." Eril menjawab selamba. Hati Lina bagaikan mahu meletup tika ini.
"Ada tangan ambillah sendiri. Main ambil je." Lina mendengus dan berlalu ke singki. Hilang selera mahu minum. Eh?
"Marah ke cik kak?" Lina hanya menjeling kearah Eril. "Tajam sungguh panahan matamu menusuk kalbu." Kata Eril sambil memegang dadanya.
Lina tersenyum sinis. Air diisi didalam cawan dan..
"WOI BONGOK LAH!" Lina ketawa mengekek apabila air yang disimbah tepat² mengena muka Eril yang dah merah macam tomato. Segera kaki melngkah keluar dari dapur dan berlari ke bilik.
Handphone diatas meja beljar diambil. Aplikasi whatsapp dibuka.
To: Mamat sewel.
Sorry yer mamat sewel! Lain kali aku buat lagi.Lina tersenyum bangga. Tidak sampai lima minit Eril sudah membalas.
To: Minah Karipap.
Kau tunggu balasan aku!Lina tergelak. Eleh Eril tak boleh buat apa punya. Aku ada mama nak mengadu.
To: Mamat sewel.
Dah pergi lah mandi. Busuk macam taik dah. Taik Snowwhite pun lagi wangi dari kau.Eril mencebik membaca balasan Lina. Kucing gatal tu wangi? Huh!
Kakinya melangkah kedalam bilik air. Lantak lah pasal Lina tu.
⭐⚫⭐
"Adik , ibu panggil turun bawah." Kata Abang Amran sambil menjenguk kedalam bilik adik nya.
"Kenapa?" Lina yang bersenang lenang diatas katil terus duduk. "Mana abang tahu." Kata Amran dan terus berlalu kebawah.
Lina menjongket bahu. Tudung dicapai. Langkah kaki diatur ke ruang tamu. 'Ada berita apa sampai semua ada dekat rumah?' Lina melihat kesemua yang berada diruang tamu itu.
"Lina duduk sebelah ibu sini." Lina akur. Semua terdiam dan kesepian itu dipecahkan oleh Aril.
"Ada apa mama nak cakap? Sampai suruh kami balik.?"
"Mama nak begitahu tentang Eril dan Lina." Mata Eril dan Lina serentak memandang kearah mama meminta penjelasan.
"Mama dan ibu harap kamu tak memberontak dan marah. Ini memang rancangan ibu dan mama daei dulu. IBU DAN MAMA NAK KAHWINKAN KAMU BERDUA." Dalam satu nafas mama berkata dan ayat terakhir ditekankan sedikit.
Mata Eril dan Lina membulat. "What!?" Kata Eril dan Lina serentak. Mereka berpandangan dengan muka tak percaya.
"Mama buat lawak apa malam - malam ni?" Eril cuba tenangkan diri. Lina beristighfar. Tidak mahu menengking atau memarahi kedua orang yang disayangi itu.
"Boleh ye Eril? Ini permintaan Mama yang terakhir. Mana tahu masa mama akan tiba tidak lama lagi. Sekurang - kurangnya dapat jugak mama tengok anak bongsu mama naik pelamin." Ini ayat paling lemah penah Eril dengar dari mama.
"Boleh ye Lina? Ibu tahu Eril bole jaga Lina." Ibu mengusap perlahan tangan anak daranya itu.
Lina menghembus nafas berat. Kepala disandarkan diatas sofa empuk. "I don't think I can do it Ibu. Lagipun Lina dengan Eril masih muda." Lina cuba memberi alasan yang dirasa logik.
"Eril setuju." Kata Eril disebelaha mama. Kesemua mata memandang tidak percaya. "Wooo jangan lah pandang Eril macam tu." Lina menjeling. Kalau Eril dah setuju... Terpaksalah.
"Lina?"
"Hmm.. Lina setuju. Tapi bila? Hujung tahun ni please? Lina baru balik. Nak enjoy." Ibu menggeleng. Lina buat muka comel sambil mengusap tangan tua ibunya.
"Lina kahwin 4 bulan dari sekarang. Masa 4 bulan tu lama , enjoy lah." Lina mengangguk lemah. Dah itu kata ibu. Ikut jelah kan.
"Kan abang dah kata korang ada jodoh!" Abang Aril mula menyakat diikuti anggukkan Amran.
"Abang ni!" Lina berpeluk tubuh. Kaki disilang tanda tak puas hati.
"Alolo merajuk ke? Jangan lah.. Esok abang belanja shopping nak?" Abang Amran beralih duduk disebelah Lina pula.
Mata Lina berkeliaun mendengar ajakan abangnya itu. Hal kahwin letak tepi. Shopping first!.
"Okay deal!" Lina terloncat sedikit.
Semua menggeleng kepala melihat Lina kecuali Eril. Fikirannya kusut! Bukan sebab dia benci Lina. Tapi takut dia tak sedia nak pikul tanggungjawab itu lagi.
"Dah semua pergi masuk tidur. Nanti dalam 2 minggu ayah dan papa datang. Baru kita bagitahu." Ibu mengangkat punggung diikuti yng lain kecuali Eril dan Lina.
"Kau okey ke dengan semua ni?" Bukan Lina tidak nampak muka dalam masalah Eril. Dia kenal sangat muka tu!
"Aku okey je. Cuma aku tak rasa boleh pikul tanggungjawab sebesar ini pada usia muda macam ni." Kata Eril memandang lantai. Lina mengangguk.
"Aku pun sama. But we can try right? Sekurang - kurangnya aku kahwin dengan orang yang dah lama aku kenal." Lina menjongket kening.
"Ya. Thats the good. Kau ada boyfriend tak?" Eril cuba mengorek rahsia Lina.
"Aku ? Boyfriend? Jauh panggang dari api weyh. Kau?" Entah beful ke tidak pepatah itu. Tibai je.
Eril melihat kejujuran Lina melalui matanya.
"Aku? Heh bak kata kau aku kan gay." Eril membuat roll eyes.
Lina ketawa. "Bakal pengantin masuk bilik. Nanti dah kahwin baru boleh nak sweet atau duduk berdua ye?" Laung Aril dari dalam bilik sambil ketawa melihat muka cemberut adik dan sepupunya.
_______________________________
Update awal sebab weekends tak dak dekat rumah :'( wah penatnya!
YOU ARE READING
Sorry But I Need U
Teen FictionAmalina Balqis dan Ahmad Syeril Hakim disatukan. Bagai ribut datang melanda sahaja bunyinya. Boleh kah Lina menerima Eril yang pelik perangai itu seadanya? Bagaimana pula dengan Eril yang hati batu itu hendak menerima Lina? Sepupu yang tinggal serum...