"Lina! Kenapa biarkan Eril tidur luar semalam?" Aku yang baru bangun dari tidur menutup telinga dan buat muka blur. Minda tengah memproses apa yang berlaku.
"Lina tutup pintu je. Dah malam nanti kalau pencuri masuk macam mana?" Minda berfungsi pun pagi ni.
"Sekarang kamu tolong bawakan bubur yang ibu dah masak dekat dia."
"Diakan boleh ambil sendiri" Aku menjawab dengan malas.
"Dia demam. Sebab kamu la"
"Ye la" Aku terus melangkah masuk ke dalam bilik air. Nasib hari ni cuti.
⭐⚫⭐
Aku masuk kedalam bilik Eril dan menutup pintu dengan kuat. Eril yang tidur, terkejut dan terus terjaga. Maaf la yer.
"Nah makan bubur. Ibu masak" Kalau dia taknak makan aku memang sumbat jer.
Dengan terketar - ketar dia cuba mengambil mangkuk bubur dari tangan aku. Aku yang melihat jadi kesian. Aku still ada perasaan perikemanusian walaupun dengan dia.
Aku tarik balik mangkuk bubur dari tangan dia dan terus menyuap ke dalam mulut Eril. "Kau ni lemah betul. Jantan apa lah, kena hujan sikit pun demam."
"Kau la punya pasal. Hujan sikit kau kata? Lebat gila" Eril yang mendengar membantah.
"Aku dah bagi warning suruh balik awal. Kau degil, padan muka" Aku mengambil bubur dengan kadar yang banyak lalu disuap ke dalam mulut Eril dengan ganas. Sengaja.
Eril ingin membalas tetapi dibatalkan hasratnya kerana mulut yang penuh. "Sekarang ni aku terpaksa jadi maid tak bergaji kau sebab perlu jaga kau yang sakit. Nanti lepas sihat jangan lupa bagi upah."
"Aku buat ni untuk Ibu dan mama kalau tak jangan harap."
"Bukak la mulut tu besar - besar"
"Kunyah cepat sikit boleh tak? Penat aku tunggu."
"Boleh tak kau diam? Aku nak makan pun tak senang. Suap je la diam - diam" Eril merungut. Penat dia mendengar bebelan Lina pagi - pagi ni.
"Ye la.. Aku senyap." Lina mendapat akal. Dia mengambil sesudu bubur, dia berpura - pura ingin menyuap ke dalam mulut Eril. Sampai sahaja sudu dihadapan mulut Eril, Dia menarik balik sudu itu dan menyuap bubur ke dalam mulut dia sendiri.
"Heii! Itu bubur aku. Kenapa kau yang makan?." Kalau aku sihat dah lama aku pelekung budak ni.
"Maid pun perlu makan jugak."
"Mengada. Pergi la turun makan breakfast dekat bawah."
"Nah suapan terakhir sebelum aku turun." Eril membuka mulut dan sekali lagi aku membuat perkara yang sama dan terus berlari keluar dari biliknya. Ketawa aku terus pecah.
"Lina!"
⭐⚫⭐
"Lina, jom teman mama pergi beli barang dapur." Aku yang tengah fokus menonton Drama Suri Hati Mr.Pilot mengalihkan pandangan ke arah mama. Drama tu dah berapa kali aku ulang. Handsome Fattah Amin!
"Boleh la. Give me 5 minutes."
Aku mencapai pakaian. Baju blaus hitam, seluar jeans and shawl pink. Perfect.
YOU ARE READING
Sorry But I Need U
Teen FictionAmalina Balqis dan Ahmad Syeril Hakim disatukan. Bagai ribut datang melanda sahaja bunyinya. Boleh kah Lina menerima Eril yang pelik perangai itu seadanya? Bagaimana pula dengan Eril yang hati batu itu hendak menerima Lina? Sepupu yang tinggal serum...