Seorang perempuan duduk di tempat menunggu. Matanya dari tadi melilau mencari ahli keluarganya.
"Kalau aku tahu diorang pergi bercuti dah lama aku bagi alasan demam denggi dekat pensyarah garang tu." Bebel perempuan itu seorang diri.
"Aku nak bunuh abang lepas ni sebab bagi tahu aku lepas dorang semua dah bertolak , Suruh aku jemput pulak tu!" Perempuan itu mendengus. Dia cukup tak puas hati sebab tidak ikut sama.
Penguguman kapal terbang tiba menghentikan perempuan itu dari bebelannya. Haih dah gila ke Cik? Bebel sorang - sorang.
"Wow! I miss you Malaysia" Lina menjerit setelah turun dari kapal terbang.
Eril yang mendengar terus mengetuk kepala Lina yang berlapik tudung itu. "Tak malu betul! Sejak bila kau sayang Malaysia. Selalu kau kutuk je."
Lina mengusap kepalanya. "Ish , lantak aku lah! Asyik cari pasal je dari Paris sampai Malaysia ni."
"Kalau nak bergaduh nanti dekat rumah ye sayang? Ni tempat awam." Mama menegur perlakuan dua orang manusia tak tahu malu itu.
Lina terus berjalan meninggalkan Eril! "Abang!" Jerit Lina di telinga Haikal.
"Ye? Sakit telinga abang" Haikal memandang Lina sambil menekup telinga.
Lina tersengih. "Sorry.. Lina cuma nak tanya."
Haikal menyerahkan Naim yang berada didalam dukungan kepada Najwa. "Tanya apa?"
"Abang ada adik beradik lain ke?" Lina memandang muka Haikal dengan penuh harapan supaya lelaki itu menjawab persoalan yang berlegar dikepalanya.
Haikal hanya tersenyum mendengar soalan Lina. Haikal berjalan laju meninggalkan ahli keluarganya. Soalan Lina hanya dibiarkan tak berjawab.
"Apalah abang ni. Orang tanya dia tak jawab pun!" Lina membebel seorang diri. Berjangkit dengan perempuan tadi kot.
Najwa yang melihat hanya tertawa.
Mata Haikal melilau mencari seseorang. Dia tersenyum melihat seorang perempuan yang duduk sambil termenung itu.
Haikal berdehem. "Abang!!" Perempuan tadi terus memeluk Haikal. Rindu kot lama tak jumpa. Pasal bercuti tu lain cerita.
"Kak Najwa tengok apa abang buat!" Lina menarik lengan Kak Najwa untuk melihat adegan peluk² itu.
Najwa terkejut. "Abang. Selama ni abang curang! Tak cukup ke Najwa ada dalam hidup abang sampai abng peluk perempuan ni dekat tempat awam." Najwa menengking Haikal. Perempuan yang dituduh itu menjadi pelik tapi dia hanya diamkan.
"Maafkan abang.. Abang boleh terangkan." Perempuan itu terkejut lagi dia berasa semakin pelik. Kesemua orang yang melihat menggeleng kepala.
"Tak perlu rasanya. Dah ada bukti. Semua dekat sini boleh jadi bukti dorang lihat apa yang abang buat." Kesemua ahli keluarga yang baru tiba terkejut dengan apa yang dilihat. Kecuali Encik Amir.
Lina terus memeluk Kak Najwa. "Tak apa kak, kalau abang tak nak jaga akak dengan Naim lagi. Lina ada untuk jaga akak." Lina menjeling tajam kearah Haikal. Dia menyumpah seranah abang tirinya didalam hati.
Jantan tak guna!
Dah ada bini still menggatal.
Perempuan tu pun sama je.
Baik pergi kahwin daripada buat aksi macam ni.
"Lina.." Haikal memanggil nama Lina sayu. Meminta belas kasihan.
YOU ARE READING
Sorry But I Need U
Teen FictionAmalina Balqis dan Ahmad Syeril Hakim disatukan. Bagai ribut datang melanda sahaja bunyinya. Boleh kah Lina menerima Eril yang pelik perangai itu seadanya? Bagaimana pula dengan Eril yang hati batu itu hendak menerima Lina? Sepupu yang tinggal serum...