Bab 30

1K 48 2
                                    

Kay sis memain je... Scroll sambungan story ni eh! Ada lgi lebih kurang 10-15 bab lagi... Tengok idea dan kerajinan larh😂
...

Lina tersengih lebar dan menahan gelak memandang Eril yang mengenakan apron bewarna pink dan makeup setebal 4 inci rasanya.

"Nak gelak la tu! Ha gelak gelak." Muka Eril membahang.

Mendapat sahaja kebenaran Eril , ketawa Lina meletus di ruang dapur itu.

"Dah la main tipu. Cisss" Rungut Eril dan mula menggaul ikan dengan kunyit.

Lina duduk tegak semula. Air mata yang keluar akibat kuat ketawa diseka.

"Tu la abang berlagak lagi!" Lina menumpukan pandangan ke muka Eril. Memang kelakar tapi agak cantik disitu. Terbukti lah fakta kalau lelaki pakai makeup lagi cantik dari perempuan sendiri.

Nanti kau Lina!

Pada malam sebelumnya,

"Abang!!!!" Laung Lina kuat dari bilik tidur dia dan Eril. Tergopoh-gapah Eril mendaki tangga naik ke bilik.

"Kenapa ni?" Eril memandang Lina yang pada pandangannya tidak mempunyai masalah. Dah tu kenapa panggil ni.

"Boring laaa" Rungut Lina kepada Eril. La tu je? Buat rugi aku tinggalkan perlawanan bola kat bawah tu.

"Habis tu nak suruh aku tolong apa?" Eril bercekak dan berjalan kemudian duduk di atas katil bersebelahan Lina.

"Jom main chess nak?" Lina mengoyangkan tangan aku agak kuat. Sakit la.

"Boleh la tapi ada syarat!" Eril tersenyum sinis. Lina mengangkat kening pelik. Main chess pun ada syarat ke.

"Kalau aku menang, kau kena ikut aku pergi tengok perlawanan bola antara Kedah dan Pahang nanti dan jadi kuli aku sebulan." Mulut Lina terlopong mendengarnya. Tak suka tengok bolaaaaaaaaa. Rungut hatinya. (Dah hbis bola dh bru nk publish bab ni)

Eril ketawa kecil seraya menutup mulut Lina.

"Saya pun ada syarat juga." Eril hanya mendengar sahaja.

"Saya nak abang buat kerja rumah selama 1 minggu and saya bagi extra pakai makeup sekali. Tebal punya." Lina mengangkat ibu jarinya dihadapan Eril.

Eril menelan liur. Makeup tu paling leceh tahu. Susah nak tanggal.

"Takut ke abang?" Saje Lina menyakat Eril. Sambil itu jari'2nya bergerak mengusik tangan Eril.

"Jangan nak goda aku. Okay deal! Jom mula main." Lina ketawa dan mengambil buat chess yang diletakkan di atas almari baju.

"Saya putih dan abang hitam." Eril mengikut sahaja. Lina tersenyum sinis. Abang akan kalah! Hahahaha

Eril tergelak kecil melihat muka serius Lina. Kalah menteri kabinet semasa berdebat. Kalau dapat kamera ni masuk status instagram mesti ramai comment. Lina is totally weird.

20 minit berlalu... Lina hanya tinggal 3 buah manakala Eril tinggal 2 buah. Eril merungut dalam hati tak puas hati. Kalau Lina menang mati lah aku!

Lina tersenyum sinis lagi. Aku akan menang!!

"Your turn dear.." Eril mempersilakan Lina main kerana sudah sampai gilirannya.

Tiba-tiba lagu I Promise; Harris J terpasang. Lina memandang Eril pelik. Eril tersengih dan mengeluarkan handphone dari poket seluar tracknya dan melangkah ke beranda bilik untuk menjawab panggilan dari kawan sejawatnya tanpa rasa syak wasangka.

Sorry But I Need UWhere stories live. Discover now