Bab 17

875 45 10
                                    

Lina menepuk perlahan dahinya. "Macam mana aku boleh lupa?" Lina melangkah ke bilik stor. Dia dalam projek membersihkan rumah cuma Eril jer tak turut serta sebab baru baik dari demam. Asyik demam je mamat ni. Rumah ni bukan ada pembantu rumah. Perempuan ada tiga orang , perlukan ke pembantu rumah lagi?

"Macam sarang tikus je. Tak pernah kemas ke apa?" Lina membebel sendiri. Dia mula mengangkat dan mengalih kotak satu persatu.

"Apa kau buat dalam bilik berhabuk ni?" Eril masuk sambil menutup mulut menggunakan tangan. Terbatuk-batuk dia.

"Kemas." Hanya satu patah perkataan membuat Eril mengangguk. "Need my help? I'm boring right now" Eril menawar diri. Walaupun dia demam tapi rasa mahu menolong tetap ada. Lagipun ni rumah dia jugak.

"Sebab aku dah penat alihkan semua barang ni. Aku perlu bantuan kau untuk sapu , okay?" Lina menghulur sebatang penyapu. Demam tak demam kalau Eril dah kata nak tolong bagi je. 'Awak kan demam , rehatlah' perkataan yang tiada buat Eril.

Eril mencebik dan mula menyapu sambil membebel perlahan. "Kenapa terbalik dia yang angkat aku yang sapu. Patutnya dia yang sapu. Menyesal sebab offer nak tolong." Antara yang Lina boleh dengar.

'Hahaha padan muka kau!' Desis Lina dalam hati.

"Lipas!!" Lina berlari kebelakang Eril. Lina mengetuk kepala Eril yang terpinga-pinga.

"Bunuh la sewel! Geli weyh" Lina menolak Eril kearah lipas itu.

Lina sangat tak suka Lipas dan yang sejenis dengannya. Kalau tak habis dia menjerit macam orang gila.

Eril tersenyum sinis. Eril mula menyapu lipas itu. Pandangan pelik Lina dihirau.

"Weyh bunuh AHHHH!!" Bergema suara jeritan Lina disegenap rumah dua tingkat itu apbila Eril menghulur Lipas itu kepadanya.

Ibu dan mama bergegas ke bilik stor. "Kenapa kamu berdua ni? Kemas rumah ke apa sampai terjerit-jerit." Puan Sharifah menggeleng. Eril dan Lina memang tidak pernah berbaik.

"Tak ada apa Mama. Lina nampak lipas je tadi sebab tu dia jerit. Young womens problem" ayat yang terakhir diperlahankan. Kalau Lina dengar boleh berlubang kepala aku sebab dia ketuk.

"Young womens problem? Kami ni dah tua la ye?" Puan Ain menjeling Eril manja. Sengaja menyakat.

"Memang tua pun." Lina menutup mulut.

TERSASUL!

Ibu dan mama berjalan keluar dari bilik stor. "Ibu , Mama! Maaf. Tersasul pulak."

Lina terus menyalam tangan mereka. "Yelah , mana ada marah. Hakikat yang kami memang dah tua" Mama dan ibu berlalu turun. Bukannya mereka marahpun.

"Kau la ni Eril!" Lina menayang muka tidak puas hati.

"Eh, aku pula? Lipas tu yang salah sayang~" Eril sambung menyapu. Lipas yang sudah penyek dipijak oleh Lina tadi ditolak kepada Lina kembali.

Lina melompat. "Kau memang lah Eril!!" Lina mengetuk kepala Eril menggunakan bulu ayam. Eh jap. Dia panggil aku apa tadi? Sayang?

Eril mengusap kepalanya. "Dah berapa kali kau ketuk kepala aku? Botak karang."

Lina tayang sengih. "Biar botak! Jadi macam Uncle Joe." Eril membulatkan mata. Uncle Joe tu jiran sebelah , kepala dia takdak rambut langsung! Jambang adalah dengan janggut sejemput. Kelakar gila muka. Kalau duduk bawah cahaya matahari silau!

Sorry But I Need UWhere stories live. Discover now