Bab 16

913 38 0
                                    

Lina memegang tangan Abang Amran erat. "Abang.. Lina takut la."

Hari yang ditunggu telah tiba , hari mengambil keputusan SPM.

"Keep calm dear. Adik abang kan pandai? Mesti keputusan baik punya." Abang Amran cuba menenangkan Lina. Lina hanya sekadar mengangguk.

"Amalina Balqis" Akhirnya namanya dipanggil untuk mengambil keputusan.

Dengan berhati - hati Lina naik ke atas pentas. Lina tersenyum kearah Pengetua sekolahnya.

"Abang! Yeay straight A+" Lina menjerit ditepi telinga Abang Amran.

"Seriously? Tahniah adik abang yang comel. Sekarang kita tunggu Eril punya." Lina buat muka menyampah. 'Keputusan dia mesti sama je dengan aku , macam tak biasa' Kata Lina dalam hati.

"Abang kenapa mama dengan ibu tak datang?" Lina berkata perlahan cukup untuk Amran sahaja dengar.

"Kenapa Lina tak suka ke abang-abang handsome datang?" Abang Amran sengaja menyakat Lina.

"Pembetulan Pakcik-pakcik tua. Dah kahwin pun ingat muda lagi ke? Lina suka tapi semua perempuan dah mula menggatal tengok abang. Lina ni pulak dia kutuk." Suara Lina ditahan supaya tidak begitu kuat.

Dia tak kesah la kalau abang Amran nak datang tapi sekarang semua abang dia datang. Abang Amran , Abang Aril , Abang Haikal dan Abang Nafiz pun datang teman Lina. Ini melampau!

"Biar la diorang nak menggatal dengan Abang , lelaki boleh pasang 4." Abang Haikal yang duduk disebelah Amran mendengar perbualan Lina dan Amran menyampuk.

"Berani lah abang , Lina report Kak Najwa!" Lina menjeling dan tersenyum sinis kearah Haikal.

"Ayook , tidur luar lah kau malam ni!" Abang Amran menambah perisa. Lina membuat tanda good kepada Amran.

"Abang main-main je lah. Congrats Lina!!" Haikal mengubah topik. Sendiri buat hal pandailah jawab.

Lina hanya mengendahkan. "Ahmad Syeril Hakim". Lina cuba untuk melihat riak wajah Eril namun hampa. Muka mintak penampar yang dia nampak.

"So how?" Abang Aril bertanya apabila melihat Eril yang sudah turun dari pentas.

"Same like Lina. Mesti sebab dia tiru Eril." Membulat mata Lina mendengarnya.

Lina genggam tangan kanannya dan ditayang kepada Eril. "Tumbuk nak?" Eril hanya biarkan Lina marah sendiri.

"Abaikan jelah mamat tu. Abang nak cakap congrats pada adik angkat abang ni! Tak sia-sia apa yang abang ajar dulu." Abang Nafiz tersenyum manis.

Lina mengangguk. "Dah jom balik semua pakcik-pakcik tua. Kita celebrate dekat rumah!" Lina menarik tangan Amran dan Haikal.

"Jom! Kita tinggal Eril." Kesemua mereka lari kecuali Eril. 'Macam budak-budak je semua. Padahal dah kahwin pun' Desis hati Eril.

⭐⚫⭐

"Mama , Ibu." Lina bergegas masuk kedalam rumah. Abang Amran hanya menggeleng. Kereta belum sempat parking dia dah meluru keluar.

"Ye sayang? Macam mana?" Ibu datang setelah mendengar jeritan Lina yang seakan petir tu.

Lina menunjukkan slip keputusannya dan tersenyum bangga. "Lina tau kan ibu tak berapa nampak tulisan kecik macam ni? Just tell me." Lina tersengih. Ibu aku dah maju dia speaking.

"Straight A!!"

"Tahniah Anak ibu!! Bangganya ibu dengan Lina." Puan Ain terus memluk Lina erat.

"Mestilah ibu kena bangga tau. Ini semua keturunan dari ibu gak." Lina menguntum senyuman bahagia. Bukan selalu ibu puji.

"Eril?" Ibu mengalihkan pandangan kearah Eril. Mama yang baru turun datang dan berdiri disebelah Eril menanti jawapan.

Eril tersenyum. "Same as Lina." Mama terus memeluk Eril. Bangga.

"Kalau macam tu nanti ibu dengan mama masak special for my baby! Lina and Eril." Lina membuat muka. Mama mengangguk.

"Ibu , Lina dah besar lah." Ibu ketawa sebelum beredar kedapur.

Lina duduk diatas lantai sambil melihat kesemua jejaka idaman malaya yang fokus kepada siaran tv. Diorang datang bukan bawa bini jadi mungkin sebab tu boleh bermaharaja lela depan tv. Kalau tak telinga kena piat dengan bini sendiri. 'Kenapalah abang aku semua tinggalkan bini dekat rumah. Hampreh betul.' Desis Lina.

"So , any present for me?" Lina berharap. Namun tiada reaksi. Lina membuat muka tidak percaya.

Eril datang duduk disamping Abang Nafiz setelah menukar baju. "Abang~ layan lah Lina ni." Lina mendengus apabila sekali lagi tidak dilayan.

"Lina buat apa duduk depan semua laki orang tu? Yang free pun Eril dengan Nafiz je. Kamu kalau nak pergi minta kahwin dekat ibu cepat nanti melepas." Mata Lina membulat.

"No Mama! Tapi diorang semua palau Lina. Huh! Tetiba je cerita pasal kahwin ni." Lina memeluk tubuh.

"Kau tu yang busuk siapa nak layan dia kan?" Lina menjeling Eril tajam. Taulah dia dah siap mandi!. Lina berjalan kebilik sambil menghentak kaki. Pintu bilik dihempas kuat.

"Merajuk latu!!!" Bergema suara lima orang lelaki yang kuat. Sengaja mahu mengenakan Lina.

"Abang!!!" Lina membalas balik dengan marah.
______________________________

Kali ni pendek sikit. Nanti tunggu cuti raya cina mungkin panjang, tak janji lah ><

Sorry But I Need UWhere stories live. Discover now