Sambungan untuk bab 27.. Enjoy!
Fail pesakit terakhir itu Eril tutup dengan senyuman. Setelah memastikan biliknya kemas segara dia keluar. Langkah kakinya laju ke lot parking. Ip nya dibuka untuk melihat jam. Awal sejam daripada masa selalu dia pulang.
Kereta dipandu dengan kelajuan sederhana. Nasibnya agak baik apabila jalan raya tidak terlalu sibuk.
"Home sweet home!" Jerit Eril tatkala sampai dihadapan pintu rumah. Kereta di lock.
Kelihatan Lina sedang berdiri di hadapan pintu sambil bercekak pinggang dan memegang sudip. Aip lain macam. Maklumlah Lina pun baru balik dan start masak tetiba dengar bunyi kereta Eril pula.
"Home sweet home konon." Lina menjulingkan mata keatas. Tangan Eril diambil lalu disalam.
"Sekarang terangkan dekat saya kenapa pukul 9 malam baru nak balik. Bukan nak whatsapp ke apa. Apa guna beli phone mahal tapi tak berguna. Lain kali beli phone nokia je senang. Boleh main game ular lagi. Tapi harap tak buta la tengok screen. Bla bla bla" Bebel Lina sambil itu mata melirik ke arah Eril yang selamba duduk di atas sofa. Huish orang tengah marah ni.
"Banyak membebel lah. Tak boleh guess lagi ke aku kerja apa?" Eril menjongket kening sambil memandang Lina. Lina mendengus. Soalan Eril dibiar tidak berjawab. Kaki melangkah ke arah Eril.
"Whatever. Now go take shower and let's have a dinner. Kalau awak lambat semua saya makan." Ugut Lina kemudian kaki terus melangkah kembali ke dapur. Namun belum sempat dia melangkah tangannya dipegang.
"Mandikan aku?" Pinta Eril sambil buat muka comel ala pussy cat. Siapa rasa Eril comel angkat tangan!
Sudip yang berada di tangan digunakan mengetuk bahu Eril. "Auch sakit lah." Marah Eril tapi nada suara dikawal.
"Jangan nak mengada. Pergi cepat. Awak ada banyak perkara kena terang dekat saya." Lina berjalan semula ke dapur.
Selesai mandi dan solat isya' Eril segera turun ke dapur dan mengambil tempat di meja makan dengan pakaian sempoi sahaja, baju t-shirt nipis dan shortpant paras lutut. Eh lantak la aurat ke apa.
"Awak nak makan apa?" Nasi dicedok seperti biasa. Bukan Lina tak tahu Eril makan nasi banyak mana. Dia dah biasa cedokkan even sebelum kahwin. Lauk kegemaran dan minuman kegemaran pun Lina tau jadi tak susahlah.
"Ketam masak cili dan sayur lemak tu." Sambil mengarah sambil menjuih bibir ke arah makanan yang menyelerakkan malam ini.
Doa diamin dan mula makan. "Jadi awak kerja apa?" Selesai kunyahan pertama Lina bertanya soalan pagi tadi. Eril tergeleng. Tak sabar!
"Makan la dulu nanti kita bincang." Lina mencebik dan mengiyakan sahaja. Nak perlilah tu!
Lina makan sambil meneliti muka Eril. Maklumlah selama ni muka Eril pun dia malas nak tenung jadi lepas kahwin ni nak juga la copy & paste muka dia masuk otak. Kot tiba-tiba suami dia yang sorang ni hilang boleh dia report polis tanpa tunjuk gambar. Eehh merapu!
"Handsome kan aku?" Soalan yang Eril utarakan terus membuatkan Lina tersembur jus oren yang diminum. Yang paling teruk tersembur pada Eril. Lina tersengih sambil buat muka tidak bersalah.
"Ah Lina. Aku baru mandi tahu!" Kata Eril geram. Bajunya ditanggalkan tanpa segan. Dan dicampak ke tepi. Lina menutup kedua belah mata rapat.
"Ish awak ni. Hilang suci mata saya ni." Eril tergelak kecil. Pinggannya ditilik. Fuh! Nasib tak masuk. Kalau tak membazir je ketam rasa oren.
"Eleh. Nanti kau kena tengok juga." Sengaja Eril menyakat Lina. Lina membulatkan mata sambil tayang penumbuk comelnya.
"Tatutnya titew." Balas Eril. Makanan di dalam pinggan segera dihabiskan. Kemudian diletak ke dalam singki.
YOU ARE READING
Sorry But I Need U
Ficção AdolescenteAmalina Balqis dan Ahmad Syeril Hakim disatukan. Bagai ribut datang melanda sahaja bunyinya. Boleh kah Lina menerima Eril yang pelik perangai itu seadanya? Bagaimana pula dengan Eril yang hati batu itu hendak menerima Lina? Sepupu yang tinggal serum...