Bab 8

1.9K 126 12
                                    

Angin malam datang menghembus, mengelus muka dan tapak tangan yang terdedah. Malam ini bulan mengambang penuh. Tatkala cahayanya terang menyinari gelap malam, bintang-bintang hadir tanpa diundang. Berkelipan bagaikan sedang menyanyi lagu malam.

Satu keluhan dilepaskan.

Entah apa yang ingin dikeluhkan. Kalau umi dengar, mesti kena tegur. Yelah, mana elok mengeluh-mengeluh ni. Better pergi basahkan lidah dengan zikrullah.

Kan?

Selalunya kalau di kampung dahulu, aku suka membawa diri setiap malam di pangkin yang hanya diterangi oleh lampu pelita yang was-was ingin memancarkan cahaya.

Tapi sejak sudah berhijrah ini, diri ini memilih untuk bersantai di pondok kecil di tepi rumah aku dan umi duduki.

Cantik.

Pondok ini dilengkapi dengan lampu sederhana kecil yang terletak di siling pondok. Tidak terlalu malap.

Aku memebetulkan cara duduk dari bersimpuh ke bersila.

Aku memejamkan mataku. Menikmati angin malam yang mencucuk-cucuk tubuhku yang tidak tahan dengan cuaca sejuk.

Eceh. Macam duduk dalam salji pula.

Tiba-tiba aku merasakan sesuatu yang kehangatan yang menjalar di tubuhku.

Cepat-cepat aku membuka mataku. Aku melepaskan nafas kelegaan.

"Suka datang tiba-tiba tau" tuturku perlahan sambil membetulkan sweater ditubuhku yang diberi oleh Amir sebentar tadi.

Amir tersengih kecil.

"Elleh. Dia yang seronok berangan kata kita pula" balasnya senada.

"Esok Amir last kat sini. Sebab lusa dah start kerja. Tapi jangan risau, Amir akan still hantar Qis pergi U. Okay?"

"Susah-susah je. Kan lagi senang kalau Qis naik teksi je? Takpun naik bas? Takp-"

Kata-kataku dipotong terus oleh Amir.

"Tak payah mengada. Amir lagi rela hantar Qis setiap hari daripada kasi Qis naik teksi atau segala binatang tu" balasnya geram.

Aku tertawa kecil.

"Amir ni dari dulu tak betubah tau. Over-protective. Qis bukannya budak kecil lagi tau" balasku lembut.

"Tapi Qis perempuan. Susah zaman sekarang ni, bukan macam zaman dulu-dulu. Lagi-lagi duduk dekat KL ni. Bahaya tau" aku hanya menggeleng perlahan.

"Kalau macam tu kenapa tak duduk sini je? Tak payah nak ulang-alik dari rumah"

"Kalau boleh memang nak duduk sini je. Tapi Amir nak berdikari. Dah besar panjang dah. Lagipun takdalah jauh sangat dari rumah sewa Amir dengan sini. Satu hala. Kalau Qis nak pergi rumah mak pun dekat."

Aku hanya menganggukkan kepalaku. Senyap-senyap aku mengagumi sifat Amir yang satu ini. Tidak mahu menyusahkan orang lain.

"Nanti jangan rindu Amir pulak bila Amir tak ada nanti." Sakatnya sambil menjongketkan keningnya beberapa kali.

Aku menjelirkan lidahku.

"Tak adanya. Entah-entah Amir yang rindukan Qis. Kaaaaaan?" Aku membalas selorohnya dan sengaja memanjangkan harkatku di hujung ayat.

Dia melepaskan tawanya sambil menggeleng perlahan.

"Dah lah. Pergilah masuk dalam tidur. Tak elok anak dara tidur lambat. Lagipun sejuk malam ni. Nanti tak pasal-pasal jatuh sakit." Tuturnya prihatin.

Mr Heartless (On Hold)Where stories live. Discover now