Bab 18

2K 122 8
                                    

Jariku menekan kuat di bahagian bawah perutku. Sakitnya hanya Allah saja yang tahu.

Sekali pandang dah serupa tenggiling dah. Kalau boleh mahu saja dia menjunamkan badannya ke dalam tilam.

Selepas Redza keluar dari biliknya, tiada tanda-tanda untuk tidur. Sakit di kepala kian mencucuk-cucuk.

Tipu kalau dia kata tak lapar. Tapi bila dah sakit macam ni, hilang terus seleranya. Ada juga mama datang ke bilik untuk memberi makanan. Tapi aku tolak dengan cara yang baik.

Kedengaran pintu bilik dibuka. Mungkin mama masuk kut. Aku hanya membiarkan posisiku membelakangi pintu bilikku.

Terasa ada seseorang mengambil tempat di atas tilam ini.

"Tak boleh tidur ke?" Terkejut bukan main kepalang lagi aku bila terdengar suara garau milik suaminya.

Nak tak nak aku hanya menggeleng kepala lemah. Tidak berdaya dia ingin mengeluarkan suara apatah lagi memusing menghadap wajah suaminya.

Tiba-tiba dahiku terasa disentuh.

"Panas." Aku memalingkan wajahku menghadapnya.

"Apa?" Soalku kerana tidak dapat tangkap apa yang dikatakan oleh Redza sebentar tadi.

Kelihatan Redza menyelongkar barang di dalam laci yang terletak bersebelahan dengan katil. Dia mengeluarkan sepapan ubat panadol dan sebotol air mineral yang sudah sedia ada di atas laci. Lalu dia menghulurkan kepadaku.

Aku mengerutkan dahiku.

"Badan kau panas. Makan ubat ni supaya tak melarat." Aku hanya turuti saja arahannya. Dia membantuku untuk duduk.

Setelah selesai menelan 2 biji ibat panadol, Redza menyuruhku untuk berbaring.

Seperti terkena renjatan elektrik apabila tangan Redza menyentuh bahagian perutnya. Aku menepis dengan pantas.

"Aa-wak nak bu-buat apa ni?" Habis gagap suara aku. Redza hanya memandangku dengan riak kosong.

Redza menghela nafas berat.

"Aku cuma nak urut. Jangan fikir overboard." Aku terkebil-kebil melihatnya.

"Tak apa. Saya okay je." Aku menolak dengan lembut.

"Baring. Aku urut then kau boleh tidur." Aku mengetap bibir perlahan.

Macam mana aku nak tidur kalau dia buat macam tu! Makin sesak dibuatnya.

Tanpa mengendahkan tegahan aku, tangannya laju mengurut perutku. Sedaya upaya aku menahan rasa geli yang bertandang ini. Darah menyerbu ke mukanya.

Jujur mukanya terasa bahang ya amat!

Tapi lama-kelamaan, perasaan geli itu automatik hilang dan menjadi satu urutan yang menyenangkan.

Aku tak tahu Redza jampi apa dekat aku sehinggakan aku boleh terlelap tanpa sebarang gangguan lagi.

Terima kasih inche suami.

***
Selepas kejadian 'sakit' haritu, aku sudah jarang bersembang dengan Redza.

Er, selama ni memang jarang bersembang pun.

"Aku tunggu kau dekat sini. Jangan lambat." Aku tersentak dari lamunanku. Lantas aku mengangguk kepala laju.

Segera aku menghulurkan tanganku untuk salam. Tapi tidak disambut.

Aku mengangkat wajahku menghadap Redza. Kelihatan kening Redza diangkat dengan pandangan dah-kenapa-kasi-tangan-dekat-aku?

Mr Heartless (On Hold)Where stories live. Discover now