Umi mengesat air matanya yang turun dengan laju. Tiada tanda untuk berhenti. Aku memeluk tubuh tua uminya untuk menenangkan umi.
Amir mengusap belakang tengkuknya beberala kali.
Rasa bersalah.
"Ala umi, janganlah macam ni. Bukannya Amir tak balik langsung. Setiap hari Amir datang jenguk umi dulu sebelum pergi kerja. Jangan macam ni umi" tuturnya sayu.
Umi memang berhati tisu. Sebab itu aku mewarisi sifatnya.
Buktinya mata sudah dipenuhi dengan air mata.
Masa Amir nak pergi Jordan pun, lagi teruk umi nangis. Katanya rindu, tak dapat tengok muka anak-anak dia.
Budak-budak yang lain sudah memeluk tubuh Amir erat. Yelah, nanti siapa nak teman main bola sepak? Aku? Aku takut aku yang jadi bola sepak.
"Kalau Amir boleh peluk, dah lama Amir peluk Umi kuat-kuat" balasnya perlahan.
Yelah. Amir hanya anak angkatnya sahaja. Bukan mahramnya.
Lainlah kalau dulu umi menyusukan dia. Boleh jadi anak susuan. Dan aku akan jadi adik kepada Amir.
Umi tergelak kecil dalam sendu yang masih berbaki.
"Dah lah. Tak pasal-pasal umi buat drama swasta dekat sini. Amir mesti dah lambatkan? Tak apa, umi redha." Tutur umi sayu.
Amir tersenyum hambar.
"Amir pergi dulu ya umi? In shaa Allah Amir akan jenguk umi dulu sebelum hantar Qis pergi U." Umi hanya menganggukkan kepalanya.
Tiba-tiba Amir mengalihkan pandangannya kepadaku.
Aku pantas menyeka air mata yang bersisa.
Aku mengukir senyuman manis. Lalu, Amir mendekati jaraknya denganku.
Cukup dalam 1 depa.
"Jaga diri elok-elok. Jangan lupa makan ubat. Benda-benda berat tak payah mengada sangat nak angkat. Suruh je budak-budak lelaki kat sini. Tau?" Nasihatnya.
Aku tergelak kecil.
"Yee. Macam tak jumpa setiap hari je" Amir mengggaru kepalanya yang tidak gatal.
Aduh! Jatuh maruah kaum Adam.
Setelah memberi salam, Amir terus meloloskan dirinya masuk ke dalam perut kereta.
Sempat dia melambai tangan ke arah kami sebelum kenderaan beroda empat memecut laju meninggalkan perkarangan rumah ini.
***
Aku menuruni tangga sambil menilik jam tangan sekilas.4.30 petang.
Sedanv dia berjalan, matanya tertancap pada seorang wanita tua bersama seorang wanita remaja.
Sekolah menengah mungkin?
Kelihatan mereka seperti mencari sesuatu. Aku mendekati mereka berdua.
"Assalamualaikum makcik. Cari siapa ya?" Tegurku sopan.
Makcik itu tersenyum manis ke arahku. Tiba-tiba teringat dekat mummynya. Aduh.
"Waalaikummussalam. Makcik tengah cari anak makcik ni. Katanya kelas habis kelas pukul 4. Tapi sekarang dah 4.30 petang. Risau pula makcik. Abang dia tak boleh ambil sebab ada kerja." Terang makcik itu tanpa dipinta.
Aku terrsenyum manis.
"Apa kata makcik tunggu dekat pondok dekat tepi taman tu? Panas dekat sini. Jom saya bawa" balasku ramah.
YOU ARE READING
Mr Heartless (On Hold)
ChickLitMemegang status sebagai anak yatim piatu langsung tidak memberi kesan kepada Nur Qistina Humairaa'. Namun, dia berubah setelah pertemuannya dengan seorang lelaki. Tak, lebih tepat lagi, Mr. Heartless. "Cuba senyum sikit? Muka dah handsome dah" -Nu...