Aku menuruni anak tangga bersama dua bag yang berisi pakaian dan beberapa barang peribadi.
Mama yang duduk di ruang tamu memandangku dengan penuh sayu. Aku tersenyum nipis. Serba salah ingin berpindah rumah.
"Qis tak payah lah pindah ye? Nanti mama pujuk Redza lagi." Aku mengambil tempat di sebelah mama.
"Kalau boleh, Qis pun tak nak. Tapi nak buat macam mana." Mama menarikku dalam pelukannya.
"Mama minta maaf. Mama tak sangk--"
"Tak apa. Bukan salah mama. Bukan salah sesiapa." Badan mama terhinjut sedikit.
"Ala. Mama jangan nangis. Susah hati Qis nak pindah ni." Pujukku lembut seraya jariku mengesat air mata yang mula bercucuran di pipi putih mama.
"Nanti dah tak ada orang tolong mama masak."
"Mak Imah kan ada? Qis janji, tiap minggu Qis ajak Redza balik sini eh? In shaa Allah." Mama akhirnya tersenyum manis.
"Mak Imah tak tinggal sini dah. Nanti Mak Imah duduk sekali dengan Qis dan Redza." Dahiku berkerut seribu.
"Kenapa mama?" Soalku.
"Qis dengan Redza kan sibuk. Nanti Mak Imah bolehlah tolong sikit-sikit kat sana nanti." Makin bersalah aku dibuatnya apabila mendengar jawapan mama.
Terasa seperti isteri yang tidak bertanggungjawab pula.
"Mak Imah akan bekerja sampai petang saja. Nanti Pak Mid yang jemput balik." Aku mengangguk perlahan.
"Susah-susah je mama. Kesian mama nanti tak ada peneman." Mama tergelak kecil.
"Tak apa, tak menyusahkan pun. Bik Santi ada teman mama." Aku tersenyum nipis.
Kelihatan kelibat Redza mula mendekati kami. Disusuli dengan papa yang berada di hadapan Redza.
"Barang semua dah siap?" Soal papa. Aku mengangguk tanda sudah.
"Jom?" Soal Redza. Aku terus bangkit dari duduk dan bersalaman dengan mama dan papa.
Mama memelukku lama. Erat dan hangat. Terasa tubir mataku berat menahan sebak.
Rindu umi. Rindu mama.
"Nanti ada apa-apa, jangan segan nak call mama tau. Kalau Redza buat Qis, bagitau mama. Jangan pendam. Taulah mama nak buat apa dengan dia nanti." Aku tertawa halus dan menghapuskan air mataku supaya tidak terus mengalir.
"Sudah-sudah lah tu awak peluk menantu kesayangan kita tu. Tak bernafas dia nanti." Seloroh papa.
Mama melepaskan pelukan kami dan mencebik perlahan.
"Awak suka tau kacau line saya nak berdrama. Menyampah." Papa tergelak kuat.
Iqie masih lagi tidur selepas puas menangis kerana aku dan Redza ingin berpindah.
Habis saja solat Subuh berjemaah, Iqie terus meluru ke arahku. Kalau diikutkan hati, memang dia tidak mahu berpindah. Tapi apakan daya.
Banyak kali juga dia memujukku agar aku dan Redza tinggal di sini. Lagi melemahkan jiwanya apabila mata adik iparnya bengkak kerana terlalu banyak sangat menangis.
Selepas dipujuk, akhirnya Iqie tidur di ribaku. Iqie masih lagi tidur sewaktu kami bersarapan.
Mahu dikejutnya tetapi ditegah oleh mama.
Oleh itu, sehingga sekarang aku tidak bertemu dengannya.
Rai hanya berkurung di dalam bilik tidak mahu keluar.
YOU ARE READING
Mr Heartless (On Hold)
ChickLitMemegang status sebagai anak yatim piatu langsung tidak memberi kesan kepada Nur Qistina Humairaa'. Namun, dia berubah setelah pertemuannya dengan seorang lelaki. Tak, lebih tepat lagi, Mr. Heartless. "Cuba senyum sikit? Muka dah handsome dah" -Nu...