Dedicated to Psycholynn 😊
-----------------------------------------------------
Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. Kaki tidak henti melangkah sejak dia berada di hadapan pintu bilik Sir Redza.'Nak masuk ke tak nak?' Entah kali ke berapa soalan itu bermain dalam kotak fikirannya.
Dia menyandarkan tubuh badannya pada pintu sambil jari digigit kuat bagi menghilangkan rasa gentarnya.
'Nak masuk ke ta-'
"Arghh!" Kemain kuat aku jerit apabila pintu bilik itu terbuka. Dan lebih memeranjatkannya lagi apabila pinggangnya diapaut kemas.
Hilang oksigen dan semangat yang dia kumpul tadi.
"Dah tak reti nak bangun ke? Kalau badan ringan tak apa juga. Ni dah serupa anak gajah. Boleh patah tangab aku ni lama-lama." badan aku berdiri tegak apabila suara itu bersuara.
Fuh. Untuk pertama kali dia cakap lebih daripada 5 patah perkataan. Kalau tak selama ni sepatah sepatah je.
Aku terkial-kial memandangnya.
"Saya nak kena tidur bilik mana?" Soalku perlahan. Yelah. Selalunya dalam novel kan bila kahwin rela-tak-rela ni asing bilik.
"Kau fikir ni novel ke nak tidur asing-asing?" Sir Redza membalas sambil kening belah kanannya terangkat.
"Er, so, tidur dalam bilik awak lah?" Dia sudah membuat muka. Menyampah mungkin dengan aku yang lambat nak faham ni.
Terus dia menarik tangan aku masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu tersebut.
Aku menelan air liur. Pahit.
Lalu dia menyilangkan tangannya ke dada sambil merenungku dengan pandangan yang tajam.
"Aku bukan lelaki macam dalam novel yang suruh isteri duduk bilik lain. Dan aku bukan lelaki dayus suruh isteri tidur dekat sofa atau atas lantai." Aku terdiam mendengar ucapannya.
"Bila kita berdua dah diijab qabulkan, automatic aku dah ada tanggungjawab. And yes, tanggungjawab aku adalah kau. So, lepas ni tak payah nak menggedik tanya soalan macam tu." Dia mengambil nafas sebentar sebelum menyambung.
"Aku akan laksanakan tanggungjawab aku as suami. Cuma satu aku tak mampu janji dekat kau." Dia memandangku lama dan meletakkan kedua belah tangannya di atas bahuku.
"A-apa dia?" Hilang langsung keyakinanku apabila berhadapan dengan suaminya.
"Aku tak pasti aku mampu ada hati dengan kau. I'm sorry for that. Aku harap kau tak paksa aku dan aku yakin kau pun sama kan?" Aku tersentak.
Bukan kerana dia tak mampu jadikan aku yang bertakhta di hatinya. Tapi waktu dia menuturkan ayat,
'Aku yakin kau pun sama kan?'
Jujur aku katakan sekarang. Aku tak pasti dengan hatiku sendiri. Macam mana kalau dalam tempoh perkahwinan mereka, dia akan jatuh cinta?
Aku menganggukkan kepalaku dengan tidak rela. Tapi dia bersyukur kerana suaminya tidak seperti di dalam drama yang selalu ditayangkan dalam televisyen.
Tapi, tak kenal maka tak cinta kan?
***
Setelah selesai menunaikan solat fardhu Isya' berjemaah yang diimankan oleh suamiku sendiri, aku mengambil keputusan untuk berehat sebentar tepi kolam.Selalunya waktu begini di rumah Qaseh, dia akan menghirup udara malam di gazebo yang terletak di luar bilik aku dan umi.
Haih. Baru sehari tak jumpa umi dah rindu tahap gunung kinabalu. Kalau sebulan mau kalah tinggi gunung Everest.
Aku tersenyum sendirian. Tidak dia sangka bahawa keluarga Sir Redza baik-baik belaka semuanya.
Baruku tahu bahawa Sir Redza mempunyai empat orang adik beradik termasuknya. Sir Redza merupakan anak kedua, dan atasnya ialah perempuan. Kakaknya sudah berkahwin. Bawah Redza seorang perempuan dan akhir sekali ialah lelaki yang baru berusia tujuh tahun.
Tapi dia masih tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan kakak sulung Redza kerana dia mengikuti suaminya yang kerja di Brunei.
Aku menggigit bibirku perlahan. Tapi, ada satu masalah yang menimpanya sekarang. Adik bongsu Sir Redza kelihatan tidak senang akan kehadiranku.
Atau perasaan aku sahaja?
"Mama suruh masuk bilik. Lagipun dah malam." Terjungkit badannya apabila disergah sebegitu.
Suaminya itu memang suka sergah orang eh? Nasib tak termasuk dalam kolam. Kalau tak sia-sia je buat drama Korea malam-malam buta ni.
Aku mengangkat punggungku dan mengikuti langkah suaminya.
Apabila aku memasuki dalam biliknya, aku berdiri tegak di hadapan pintu yang sudah ditutup.
Aku menggaru kepalaku yang masih dibaluti dengan tudung syria labuh.
'Nak bukak ke nak tidur sekali dengan tudung?' Soalku di dalam hati.
Aku mengambil keputusan untuk membukanya sebelum mendapat sindiran pedas daripada suaminya yang terchenta.
Aku membuka tudungku dan disangkutkan di penyidai. Rambut yang diikat dilepas.
"Blonde huh?" Suaminya yang berada di atas katil menyoal.
Boleh kejung aku macam ni kalau setiap masa dia sergah macam tu.
"Nn-ni bukan dye rambut." Balasku gagap.
Huh. Memang hilang gaya bila berbual dengan Sir Redza. Tak biasa.
Kelihatan dia mengangguk perlahan dari pantulan cermin solek di hadapanku.
"So, I'm the lucky one lah ni?" Oleh kerana suara Redza teramat perlahan menyebabkan aku tidak dapat tangkap apa yang dikatakan oleh Sir Redza.
"Pardon?" Aku sudah memandang ke arahnya.
"Tak. Nothing." Aku hanya mengangguk perlahan.
Aku mengambil tempat di sebelah kirinya. Aku teragak-agak untuk menanyakan soalan dekat Sir Redza.
Mungkin kerana aku memandang dia terlalu lama menyebabkan dia berpaling ke arahku.
"Why? Aku bet kau nak tanya something. Nak tanya pasal apa?" Soalnya tanpa nada.
"Er. Tak ada apa-apa lah." Balasku sambil membaringkan tubuhku di atas katil yang empuk dan memejamkan mataku rapat.
Aku merasakan Sir Redza juga sudah baring sepertiku. Perasaan gementar semakin rancak bertandang dalam dirinya kerana pertama kali dia tidur sekatil dengan lelaki memang membuatkan jiwanya galau.
Suasana menjadi sepi. Yelah kan. Nak tidur mana ada kena bising.
Aku membaca doa sebelum tidur dan berzikir untuk menternteramkan hati ini. Dan alhamdulillah berjaya.
Sebelum aku masuk ke alam mimpi sepenuhnya, sempat telingaku menangkap suara suaminya berbicara.
"Jangan risau. Aku tak akan sentuh kau melainkan kau yang bagi."
Dan sempatlah aku tersentak sampai nak tersedak sebelum aku pergi melompat masuk dalam mimpi.
***
#vote&comment#
YOU ARE READING
Mr Heartless (On Hold)
ChickLitMemegang status sebagai anak yatim piatu langsung tidak memberi kesan kepada Nur Qistina Humairaa'. Namun, dia berubah setelah pertemuannya dengan seorang lelaki. Tak, lebih tepat lagi, Mr. Heartless. "Cuba senyum sikit? Muka dah handsome dah" -Nu...