Bab 19

2.1K 130 4
                                    

Selesai menunaikan solat Isya' berjemaah, aku mula mengatur langkahku menuju ke dapur untuk menghidangkan juadah untuk makan malam. Lauk-pauk aku letakkan di atas meja makan.

Lalu, aku menyusun pinggan dan gelas di atas meja. Kelihatan adik ketiga Redza, Raihanah memasuki ruang dapur.

Aku tersenyum manis ke arahnya. Dia hanya membalas dengan senyuman tipis.

Aku menggigit bibirku perlahan. Yeah. Sebelum ni pernah aku katakan bahawa cuma adik bongsu Redza sahaja yang tidak 'ngam' dengan aku.

Tapi bila diperhatikan semula, bukan Rifqi sahaja. Malah Raihanah pun melayan aku acuh tak acuh.

Tiba-tiba kakiku ditolak kuat. Nasib sahaja tangan aku sempat memaut kabinet dapur itu.

"Hish! Sibuk je." Aku tak tau nak sedih ke nak gelak bila Rifqi marah aku kerana aku menghalang laluannya.

Tak jadi nak sedih sebab suara marah dia comel sangat!

"Kau tunggu siapa lagi? Semua orang dah duduk dekat meja makan. Kau sorang je terlongok dekat sini." Terhinjut bahu aku dibuatnya apabila Redza datang mendekat kepadaku secara tiba-tiba dan terus mendekatkan mukanya ke telingaku.

Cepat-cepat aku bergerak ke meja makan dan mengambil tempat di sebelah Raihanah.

Sejak kejadian di mana Rifqi memarahi aku kerana tempat duduk, aku membuat keputusan duduk di sebelah Raihanah saja. Membiarkan Rifqi duduk di sebelah Redza.

Seusai doa makan diaminkan, kami mula menikmati juadah makan malam ini.

Raihanah kemudiannya ingin mengambil sayur yang berdekatan dengan aku. Tangan Raihanah seperti terkial-kial ingin mengambilnya kerana jauh darinya.

Tanganku terus mencapai mangkuk yang terisi sayur campur tersebut dan menghulurkan kepadanya.

Dia kelihatan terpinga-pinga pada awalnya.

"Rai nak lauk ni kan?" Soalku dengan tangan masih menghulurkan lauk tersebut.

Lambat-lambat Rai menyambut hulurannya.

"Thanks." Tuturnya perlahan.

Aku tersenyum tipis.

'Tak apalah Qistina. Lama-lama okay-lah tu.' Pujukku dalam hati.

***
Selepas aku menyudahkan kerja membasuh dan mengelap pinggan mangkuk, aku terus membawa diri ke dalam bilikku.

Yang lain semua sudah masuk ke dalam bilik. Pada awalnya mama berkeras mahu menolongku, tapi aku menolak dengan lembut dan menyuruh mama pergi berehat.

Aku menutup pintu dan menguncinya. Keningku berkerut apabila Redza masih menghadap laptopnya di atas katil. Aku melihat jam dinding di biliknya.

Lagi lima minit nak pukul 12 malam.

Mungkin dia ada banyak kerja lagi kut.

Aku mula merebahkan badanku di atas katil empuk itu.

Tidak lama kemudian aku mengubah posisi baring dari posisi duduk. Mungkin Redza terganggu dengan gerakan yang dibuat olehku, dia mula memandang wajahku yang dari tadi menatap wajah Redza.

"Aku hensem sangat ke malam ni sampai kau pandang aku tak lepas?" Aku mencebik perlahan. Perasan betul.

"Awak. Esok saya balik lambat sikit tau. Dalam pukul 6 petang macam tu." Terangkat kening Redza mendengar ucapanku.

"Sebab?" Balasnya sepatah.

"Esok Madam Rina buat extra class. Lepastu saya nak buat research dekat library kejap. Boleh?" Pintaku lembut.

Mr Heartless (On Hold)Where stories live. Discover now