Bab 20

2.3K 119 10
                                    

Aku berkerut menahan cahaya yang menerobos ke dalam anak mataku.

Perlahan-lahan aku cuba membuka mata sepenuhnya.

Hospital.

Terbantut tangan kanannya ingin menyentuh kepala kerana terasa sakit dicucuk IV drip.

"Kau nak air ke?" Kepalaku menoleh ke arah suara tersebut.

Kelihatan Redza yang berpakaian baju melayu yang berwarna hitam dan lengkap berkain pelikat. Kopiah dikepalanya dibuka dan diletakkan di atas meja yang bersebelahan dengan katilku.

Aku mengangguk perlahan.

Redza menyuakan segelas air kosong ke mulutnya.

Terasa pedih di hujung bibirnya apabila dia cuba membuka mulutnya.

Tiba-tiba Redza menjauhkan semula gelas tersebut. Aku memandangnya hairan.

Tak nak kasi aku minum ke?

Redza kembali menyuakan gelas kepadaku yang di dalamnya terdapat satu straw.

"Guna straw senang sikit nak minum." Aku menyedutnya perlahan.

"Sekarang dah pukul berapa awak?" Soalku dengan nada suara yang sedikit serak.

"Lagi sepuluh minit nak pukul sepuluh malam." Dah berapa lama aku tidur ni?

"Nak makan apa-apa ke? Aku pergi beli." Aku menggelengkan kepalaku tanda tidak mahu.

Terasa sakit di bahagian perut apabila aku ingin menarik nafas.

Aku memegang tangan Redza. Terhenti perbuatannya yang mahu bangun dari duduk itu. dia mengangkat sebelah keningnya terhadapku.

"Boleh tak nak cabut IV drip ni? Susah nak gerak." Dia mengerutkan dahinya.

Dia paling tak suka pakai benda alah ni. Sebelum ni boleh lagi tahan. Bila belek semula tangannya yang dicucuk itu terdapat beberapa kesan lebam. Mesti uratnya halus sehinggakan doktor terpaksa cucuk banyak tempat.

"Mana boleh. Kau kurang air dalam badan." Aku terdiam memandangnya. Minta simpati mungkin?

"Sakit sikit je. Tahanlah." Lantas, dia mengucup belakang tapak tangan kiriku yang dicucuk IV drip tersebut.

Terkebil-kebil aku memandang wajahnya.

"Dah, tidur." Tuturnya tanpa nada sebelum menyelimutkan kembali tubuhku. Kemudian dia menutup suis lampu yang menghadap wajahku.

'Dia tak marah ke?' Bisikku dalam hati.

***
Aku hanya memerhati Qistina yang sedang terkial-kial memegang sudu untuk makan.

Sepatutnya IV drip itu dicucuk belah tangan kirinya. Tapi nurse mahupun doktor tidak jumpa uratnya di tangan kiri kerana uratnya yang halus.

Maka selamatlah IV drip di bahagian tangan kanan isterinya.

Aku menolak kerusi supaya kedudukanku lebih dekat dengan Qistina. Mangkuk bubur dan sudu itu aku ambil darinya.

"Nah." Aku menyuakan sudu ke arah mulut Qistina.

Qistina membuka mulutnya dengan saiz bukaan yang kecil kerana luka di tepi bibirnya itu menyukarkan untuk membuka dengan lebih luas.

Perlahan-lahan aku memasukkan sudu itu ke dalam mulutnya supaya tidak terkena dengan luka tersebut.

Kelihatan Qistina memejam mata erat sewaktu ingin menelan bubur itu.

"Perut sakit lagi?" Dia hanya mengangguk perlahan.

Mr Heartless (On Hold)Where stories live. Discover now