Bab 12

1.8K 117 3
                                    

Cincin belah rotan yang tersarung di jari runcingnya ditilik. Sesuai dengan saiz jarinya. Tidak terlalu besar dan tidak terlalu ketat. Ngam ngam orang kata.

Kalau boleh dia tidak memerlukan cincin ini. Membazir. Tapi keluarga belah lelaki teruja nak bagi. Katanya sekali sekala labur duit untuk bakal menantu. Aku termagu sendiri.

Lagi seminggu sahaja lagi dia bakal menempuh alam perkahwinan. Persiapan pun sudah hampir siap. Cuma dirinya sahaja yang belum bersedia untuk menjadi isteri orang.

Aku melepaskan keluhan kecil. Sejak kebelakangan ni, Amir sudah jarang bercakap dengannya. Nak jumpa pun susah. Hanya waktu dia menghantarku ke universiti dan hantar balik. Itupun kalau bersembang, dua tiga patah je dia balas. Kalau dia jenguk umi pun dia seperti berusaha tidak mahu bertembung denganku.

Aku ada buat salah kah? Tapi Amir bukan jenis yang suka merajuk tak tentu pasal.

Aku menampar pipiku perlahan.

"Qistina" aku memusingkan kepalaku untuk melihat gerangan yang menegurku.

Umi

Aku tersenyum manis.

"Ye umi, ada apa?" Balasku lembut.

Umi duduk bersebelahan denganku di gazebo ini.

"Boleh tolong umi tak?" Aku mengerutkan keningku. Sejak bila umi minta izin dengan aku untik menolongnya?

"Mestilah boleh umi. Nak tolong apa?"

"Tolong belikan cili merah dengan garam boleh?"

"Okay umi. Taknak barang lain? Beras ke, gula ke, lada benggala ke, ik-"

Belum sempat aku menghabiskan ayatku, tangan umi laju mencubit pinggangku.

"Aduh-aduh"

"Tulah. Main-main. Beras ada lagi. Kalau tak ada pun, larat ke nak angkat sayang oi" aku tersengih kecil.

"Qis siap-siap dulu eh?" Pintaku sambil mengangkat punggungku.

"Tak menyusahkan Qis ke? Sepatutnya umi nak suruh Amir tolong belikan, tapi dia ada meeting last minute pula"

"Benda kecil je umi. Dekat je kedai dengan rumah. 30 minit je" balasku sambil mengucup pipi tuanya.

"Jangan risau-risau okay? Doakan Qis selamat pergi dengan selamat pulang"

Umi mengangguk perlahan.

***
"Hati-hati berjalan tu. Kalau ada kereta, berhenti. Pandang kiri kanan. Kalau ada orang tak kenal, jangan dekat. Apa-apa call umi." Nasihat umi panjang lebar.

"Nak bawa payung tak? Cuaca panas ni." Aku meggeleng perlahan.

"Tak payah lah umi. Sekejap je in shaa Allah." Kelihatan umi menggeleng perlahan. Faham benar dengan kerenah anaknya sorang ni.

Aku tersenyum kecil. Haih umi. Ni yang tambah sayang ni.

"In shaa Allah umi. Qis pergi dulu ya? Assalamualaikum" ucapku setelah menyalam tangan umi.

Terik panas matahari yang menyengat tubuh ini benar-benar menguji imannya. Salahnya juga menolah tawaran uminya tadi. Tanggung sendiri lah jawabnya.

Aku mempercepatkan langkah apabila mataku tertancap pada sebuah kedai runcit.

Setelah selesai membeli barang, aku terus mengambil langkah untuk pulang ke rumah. Takut uminya menunggu lama. Nanti lambat pula nak siapkan makanan untuk tengahari nanti.

Kepalanya yang kian berdenyut aku picit perlahan. Dirinya memang tidak boleh berjemur tengah panas lama-lama. Nanti geng-geng migrain ni datang tanpa dipinta.

Mr Heartless (On Hold)Where stories live. Discover now