Bab 23

2.2K 148 9
                                    

Bulan ini merupakan bulan yang amat sibuk bagi aku dan Redza.

Aku sedang mengambil peperiksaan untuk tahun akhir. Manakala Redza sibuk dengan dua pekerjaannya iaitu, pensyarah dan CEO di syarikatnya. Alhamdulillah Redza pandai membahagikan masanya.

Peperiksaan sudah seminggu dijalankan. Ada baki tiga minggu lagi untuknya. Jadi, setiap malam dia akan stay up untuk cover mana yang perlu. Kadang-kala Redza akan menemaninya untuk subjek-subjek tertentu. Antaranya ialah subjek yang diajar oleh suaminya sendiri, Redza.

Kebetulan hari ini tiada paper dan esok hari sabtu dan ahad cuti. Jadi, bolehlah dia lebih relaks sedikit.

Telefon pemberian Redza aku buka dan pergi ke gallery. Aku tersenyum sendiri apabila melihat gambar-gambat yang dirakam sewaktu meluangkan masa dengan umi hari itu.

"Lepas ni boleh lah call umi selalu. Tak adalah asyik sekat-sekat je." Seloroh umi. Aku hanya tersengih kecil.

Tiba-tiba aku teringatkan akan satu hal.

Terus aku bergegas ke dapur. Iqie yang baru sahaja menuruni anak tangga, terus menyapaku mesra.

"Akak, nak pergi mana?" Aku memberhentikan langkahku.

"Akak nak buat chocolate muffin. Nak teman akak buat tak?" Iqie memanganggukkan kepalanya berkali-kali. Matanya seakan bersinar-sinar sehingga keterujaannya dizahirkan sekali dengan lompatan kecil.

Aku ketawa halus. Aku mendukungnya ke ruangan dapur dan aku menudukkan Iqie di atas kitchen island.

Aku mengeluarkan bahan-bahan yang diperlukan dan diletakkan di sebelah Iqie.

"Bismillah, here we go!"

***
"Sejak Qistina tolong mama masak, makin berselera pulak mama tengok angah makan. Selalunya sepinggan dah cukup, sekarang tak sah kalau tak dua pinggan. Bukan angah sorang je, yang lain pun sama." Redza yang mendengarnya hanya terbatuk kecil.

Aku yang duduk di sebelahnya terus memberikannya segelas air kosong kepadanya.

Ya. Sejak aku bermain tanah liat dengannya, Iqie menyuruhku duduk disebelah Redza. Alhamdulillah sekarang dia sudah menerima aku.

"Bolehlah lepas ni Qistina je yang masak. Mama boleh bersara dah ni." Mama tergelak kecil.

"Mana boleh mama. Masakan mama jugak yang power."

"Ha. Betul tu. Nanti tak tenang saya nak kerja dekat pejabat." Kata-kataku dibalas dengan baik oleh papa. Mama kelihatan sudah tersenyum malu.

Alahai. Bahagia rasa tengok mama dengan papa.

Raihanah seperti biasa dia memilih untuk diam. Jarang sekali aku ingin mendengar suaranya. Kalau ditanya sepatah, dibalasnya sepatah juga.

Tapi malam ini, riak wajahnya begitu ketara pada pandangan mataku.

Selepas selesai makan malam, mereka berkumpul meluangkan masa bersama di ruang tamu. Memandangkan esok ialah hari Sabtu, jadi bolehlah tidur lambat sikit.

Aku tidak menyertai mereka kerana ingin membasuh pinggan mangkuk. Sudah menjadi rutin setiap hari aku untuk membasuhnya.

Tiba-tiba aku teringat akan muffin coklat yang dibuatnya bersama Iqie petang tadi.

Aku mengeluarkannya dari peti sejuk dan dihidangkan di atas piring. Lalu, aku mengambil teko dari kabinet untuk membancuh air teh o.

"Wah. Bau sedap ni." Tegur Mak Imah. Pembantu rumah ini. Aku tersengih kecil.

Mr Heartless (On Hold)Where stories live. Discover now