Kereta yang dipandu oleh Redza membelok ke kiri. Aku teragak-agak untuk menegur suaminya itu setelah lama berdiam diri.
"Rifqi okay ke?" Soalku perlahan.
"Okay je. Kenapa?" Balasnya tanpa memandang ke arahku.
"Sorry pasal pagi tadi." Aku menyematkan jari antara satu sama lain. Takut.
Dia diam tanpa ada ura-ura untuk membalas ucapanku.
Marahkah dia?
"Iqi tak biasa dengan orang baru." Beritahunya setelah lama berdiam diri.
Aku hanya mengangguk perlahan.
"Nanti saya kena makan dekat dapur lah ye?" Entah nak kata bergurau ataupun tak.
Dia diam buat kesekian kalinya. Aku sudah menggigit bibir perlahan. Sudah menjadi tabiatnya menggigit bibir.
Sering ditegur oleh umi kerana aku pernah menggigit bibir sehingga berdarah. Itupun berlaku apabila dia berasa terlalu takut ataupun terlalu marah.
Suasana dalam kereta mewah itu sunyi seperti awal-awal dia masuk sebentar tadi.
'Kenapalah rasa macam lama sangat nak sampai rumah ni' kataku di dalam hati.
Akhirnya akau memgambil keputusan untuk tidur. Lebih-lebih lagi kepalanya yang terasa mencucuk-cucuk dan perutnya terasa senak itu membuatkan dia tidak selesa.
***
Terasa bahuku disentuh perlahan. Aku membuka mataku walaupun kepala terssa berat.Ingatkan tidur ni boleh lah dapat kurangkan rasa sakit di kepalanya itu.
Makin bertambah adalah.
"Bangun. Dah sampai." Ucap Redza lantas keluar dari perut kereta tanpa menungguku.
Aku memejamkan mata untuk beberapa saat kerana kepalanya terasa berpusing.
Perlahan-lahan aku keluar dati kereta dan menuju ke dalam rumah.
Kelihatan Rifqi berlari-lari ke arah Redza yang sedang membuka kasut itu.
Aku memegang sisi kereta untuk mengimbangkan badanku yang tidak stabil ini. Sebelah tangan lagi aku menyentuh perut yang terasa sakit sekali.
Takkanlah..
"Angah nak dukung." Kedengaran suara Rifqi yang sedang merengek dekat Redza.
Aku membuka langkah kakiku dengan perlahan-lahan. Perbualan antara Redza dan Rifqi tidak lagi aku endahkan.
Cahaya matahari yang memancar itu cukup menyukarkannya untuk membuka mata. Sakit. Tambahan dengan perut yang terasa senak.
Baru aku ingin membuka langkah yang seterusnya, aku sudah jatuh terduduk. Aku memusingkan kepalaku beberapa kali mengharapkan rasa sakit itu hilang.
Nak minta tolong mungkin Redza dah masuk dalam.
ketika tanganku ingin mencapai tiang, terasa lengan dan pinggangku dipaut erat.
Aku tidak mampu untuk melihag gerangannya kerana beban yang ditanggung di kepala dan perut cukup berat.
"Boleh jalan tak?" Kedengaran suara Redza di tepi telingaku.
Aku hanya mengangguk perlahan. Aku memegang lengan Redza dengan erat supaya dapat menampung badannya
Belum sempat aku ingin melangkah, terasa tubuhku melayang.
Cepat-cepat aku memaut leher Redza. Sedaya upaya aku membuka mata untuk melihatnya.
"A-awak. Saya boleh jal--" terhenti ucapanku apabila Redza memotong percakapannya.
YOU ARE READING
Mr Heartless (On Hold)
ChickLitMemegang status sebagai anak yatim piatu langsung tidak memberi kesan kepada Nur Qistina Humairaa'. Namun, dia berubah setelah pertemuannya dengan seorang lelaki. Tak, lebih tepat lagi, Mr. Heartless. "Cuba senyum sikit? Muka dah handsome dah" -Nu...