Aku menutup mulutku yang sedang menguap. Entah kali ke berapa dia menguap. Aku memaksa mataku supaya bertahan dengan godaan syaitan yang dari tadi galak menyuruhku tidur.
Kalau boleh, memang dia ingin melayan nafsu tidurnya, tetapi kerja yang diberikan oleh Sir Raziq tak siap lagi.
Aku menepuk kedua belah pipiku dengan sedikit kuat. Er. Bukan sedikit, tapi memang kuat sehingga berair mata dibuatnya.
"Tepuklah sampai lunyai pipi tu" perbuatan menepuk pipi serta merta terhenti.
Hampir terputus lehernya memandang ke arah suara yang menegurnya itu.
'Sejak bila dia bangun?' Getusku dalam hati.
"Awak nak makan?" Soalku lantas menutup laptop dan bingkas daripada sofa.
Tanpa menunggu balasannya, aku mencapai mangkuk yang bersisi sup ketam dan dicampurkan dengan bubur yang dimasak olehnya sebelum datang ke hospital.
Aku duduk di atas kerusi yang bersebelahan dengan katil Sir Redza.
"Makanlah. Saya masak. Maaf tak sedap dan dah sejuk sikit. Tapi in shaa Allah rasa dia okay." Tuturku lembut sambil menyuakan sesudu ke arahnya.
Sir Redza hanya diam memerhati. Sehingga lenguh tanganku dibuatnya.
"Makan lah sikit. Lagipun ketam elok untuk orang Denggi ni." Tuturku lagi dan mendekatkan sudu ke arah bibirnya.
"Aku tak nak makan lagi" Sir Redza memalingkan wajahnya. Aku mengekalkan riak wajahku agar tidak berubah terlalu ketara.
"Mana boleh macam tu. Pagi tadi awak makan roti je. Itu pun suju je. Sekarang nak masuk waktu Zohor. Kalau perut kosong je, macam mana nak cepat sihat?" Pujukku lembut.
Dia hanya menggeleng perlahan. Aku tidak berputus asa dan terus mencuba. Namun tidak lama, semangatku terus hilang begitu saja apabila dia menepis tanganku kuat
Berdeting bunyi sudu itu terjatuh di atas lantai. Lalu diikuti dengan bunyi mangkuk kaca yang pecah.
Aku terkaku.
"Bila aku cakap tak nak, means no. Aku rasa kau pun faham kan? Bila aku nak makan, aku makan lah" bicaranya dingin.
"Mm-maaf" Aku menggigit bibirku perlahan.
Lantas aku mengutip sudu dan serpihan mangkuk kaca yang sudah berderai.
Entah mana silapnya, jariku tercucuk dengan serpihan kaca dan menyebabkan jariku berdarah. Aku memejam mata kuat. Aku berusaha mengesat jariku yang berdarah tapi dia masih mengalir malah lagi banyak.
Mukaku berubah pucat. Peluh audah membasahi wajahku. Badanku tidak mampu melakukan sebarang gerakan.
Kepalaku terasa mencucuk-cucuk. Aku mengenggam kain bajuku erat.
Tiba-tiba aku merasakan lenganku disentuh. Aku membuka mataku.
Terdapat seorang jururawat perempuan.
"Cik okay? Tak apa biar saya bersihkan" Dia membantuku untik bangun.
Aku cuba mengimbangi tubuh badanku.
"Eh, jari cik berdarah"
Aku terus rebah dan semuanya menjadi gelap.
***
"Redza." Mama menyeru namaku.Aku hanya diam tidak berkutik.
"Kenapa boleh sampai jadi macam ni?" Aku menghela nafas perlahan.
"Angah tak sengaja. I didn't expect boleh sampai macam tu. Sorry ma." Hanya itu sahaja yang boleh dia ungkapkan.
Jujur. Dia tidak sangka sekuat itu dia tepis. Lebih-lebih lagi emosinya mudah terganggu waktu Denggi ini.
"No need to say sorry to me angah. Angah dah besar, and mama tak perlu cakap panjang." Aku menganggukkan kepalaku perlahan.
"Mama nak balik dulu tau. Nak mama datang tak lepas ni?"
Aku menggeleng perlahan.
"It's okay ma. Just rest at home. Angah boleh jaga diri." Balasku lembut.
Lalu mama keluar dari bilikku.
Tidak lama kemudian, kedengaran pintu wardku dibuka.
Mama tertinggal barangkah? Kelihatan seorang doktor lelaki yang berkot putih menghampiriku. Aku menyandarkan badanku ke kepala katil. Malas.
"So, macam mana keadaan Dato' Redza harini?" Aku menjeling tajam dan mengacukan penumbuk ke arahnya.
"Kau tak payah nak acah dengan aku. Kang ada yang masuk ward sebelah bilik aku ni nanti." Doktor lelaki itu hanya tersengih.
"Makin garang pulak bila kena Denggi ni. Ups. Lupa. Memang orang sakit ni emosi dia tak betul." Ucapnya dan melepaskan tawanya.
Aku mengetap gigiku. Ada benar yang dikatakan oleh sahabatnya itu. Buktinya, apa yang dia telah lakukan kepada isterinya beberapa jam tadi.
"She's fine.. right?" Solaku perlahan.
Dr. Syahir menghentikan nafsu ketawanya.
"She? Siapa? Isteri kau?" Aku menganggukkan kepalaku.
"Alhamdulillah, dia okay je. Cuma-" belum sempat Dr. Syahir ingin menghabiskan percakapannya, aku sudah memotong.
"Cuma?"
"Cuma, blood pressure dia rendah and, dia tak boleh dengan darah" Aku mengerutkan dahiku.
"Fobia dengan darah?" Dr. Syahir memganggukkan kepala buat kesekian kalinya.
Patutlah.
"Ehem. Risau nampak?" Aku mencebik perlahan.
"This is about humanity lah" Dia memandangku dengan wajah yang tidak percaya.
"Serious-lah? Tak sangka Ice Prince pun ada sifat humanity?" Okay. Ni serious nak menganjingkan aku ni.
Tanpa menghiraukan sahabatnya yang satu itu, dia mengambil keputusan untuk memejamkan mata.
***
Dua minggu berlalu begitu pantas. Akhirnya aku boleh discharge. Alhamdulillah, keadaanku semakin pulih cuma terdapat beberapa bintik merah di badanku.Normal untuk orang denggi.
Mataku tertancap pada isterinya yang sedang mengemaskan pakaianku untuk dimasukkan kedalam bag.
Sejak kejadian lepas, dia tidak berani untuk menyuapku makanan.
Fikiranku melayang seminggu selepas kejadian itu berlaku.
Qistina meletakkan mangkuk tingkat di sebelah laci disebelah katilku. Sewaktu dia ingin melangkah keluar, aku memegang lengannya.
Matanya memandangku tidak berkelip.
Aku membetulkan suaraku.
"Sorry" ucapku dan melepaskan pegangan di lengan isterinya.
Dia tersenyum manis ke arahku.
"Tak ada apa-apalah. Salah saya jugak sebab paksa awak. So, sekarang ni kita dua kosong-kosong lah kan?" Balasnya ceria.
Aku hanya menganggukkan kepalaku perlahan.
Aku tersentak apabila bahuku disentuh.
"Awak. Jom balik?" Aku hanya diam tidak membalas dan memgambil langkah keluar daripada ward itu.
'Buat malu je kantoi berangan'
***
Soooo hyeeee guys!
Sorry for those yang tggu chapter baru. Something happened.And, Sis nak update tapi phone tak nak bagi kerjasama. Bila nak start writing sekat laptop, idea taknak keluar 😭😭😭😭
And, sorry jugak sebab bab ni pendek dan bosan ya amat. In shaa Allah i'll try my best utk hupdate secepat mungkin. 😚😘😙
#vote&comment#
YOU ARE READING
Mr Heartless (On Hold)
ChickLitMemegang status sebagai anak yatim piatu langsung tidak memberi kesan kepada Nur Qistina Humairaa'. Namun, dia berubah setelah pertemuannya dengan seorang lelaki. Tak, lebih tepat lagi, Mr. Heartless. "Cuba senyum sikit? Muka dah handsome dah" -Nu...